Saturday, June 19, 2010

perkara2 fantastik dan terhebat!



dgn ini berakhirlaah holiday trip paling adventure, paling fantastik, paling jauh, paling banyak duit habis, paling banyak aku tidur dlam kereta, paling banyak makan macam macam, semuaa laah paling.

haha, penutup dekat cameron best. tp masa turun bawah x seronok. jalan yg bengkang bengkok buat aku pening. dan rasa macam nak munt*h. aku cuba tidur, utk hilang kan rasa mual tu. selepas setengah jalan baru boleh lelap. selagi aku tak lelap, selagi tu laa aku pening.

turun dari cameron, but kereta mmg tak payah cakap. pergh, barang sampai ke bumbung. dgn sayurnya, beg baju busuk, ice box (ayah beli ikan dgn udang dkt Perlis hari tuh), barang2 yg dibeli dari t'ganu semuaaaa ada sekali. mmg dahsyat arh. on the way balik mmg tak singgah mane dahh, singgah lunch je kat Tapah. dan terus non stop sampai KKB. mmg dah x larat nak singgah menyinggah dahh.

tapi yg best jalan ngan family aku ni, x de sape pun suka berenti berenti. jarang laa berenti nak kencing ke, buang air ke. boleh di kira dengan jari. kalau stop pun, utk isi minyak, dan makan. tu je. jadi x de laah buang masa sangat kann.

gambar tak payah cakap lah, tak terkira banyak nya.

ayah aku ni kadang kadang, macam2 gak gaya die nak ambil gambar. macam itu lah, macam ini lahh. haha. aku snap jer. dan ayah aku suka snap gambar kereta die. kalau comel x pe la jugak. kereta pun berhabuk.




masa balik sungai petani, aku ngan adik aku sempat lagi tgk wayang. toys story 3 dgn karate kid. nak dibandingkan dua2 cerita ni, toys story 3 lagi best kott dari karate kid. toy story merupakan wayang pertama yang ayah dan emak aku bawak aku tgk. masa tu umur aku 6 tahun (released date cerita tu 22 November 1995, selepas di googled) sama umur dgn Andy dlm cerita tu!

tak rugi tgk toys story 3 w.pun umur dah masuk 19 tahun. cerita die kelakar dan straight to the point. tp nak gelak kuat kuat x boleh, sbb masa tu wayang org sikit. malu laa nak gelak. haha.

karate kid bosan, sbb duration die lama sangat, dkt 2 jam 30 minit. cerita die macam terlalu panjang. nak sampai part yg best tu lambat.




malam esok nya nak ke Cameron, ada mesej dari roommate aku dulu, cik fatehah. bertanyakan khabar result UPU aku.

alamak, dah keluar ke? ade org kata Jumaat tgh hari. tp cik fatehah kata mmg dah keluar. dan beliau dah cek pun.

emak dan ayah dah mula suspen. tapi aku cool lagi masa tuh. aku malas nak serabut serabut, lagi pun mana ada internet masa tu (dkt Sg Petani) lagi pun dah lewat malam.

dgr cerita malam tu mak ayah aku x lena tidur. aku siap berdengkur, lupa pulak hal tadi tu.

esoknya dgn pertolongan rakan rakan seperjuangan, cik ngeng ngeng, cik B dan cik fatin (hah, 3 sekali kauuu) tolong semak kan aku punya keputusan.

dan Alhamdulillah, aku diterima masuk ke Universiti Malaya lagi utk kos Ijazah Pertama Sains dgn Pendidikan. pilihan pertama aku.

sbnrnya aku macam tak nak. tapi nak. macam mana tu?
tak nak sbb kena jadi cikgu.
nak sbb dekat UM.
nak ke, tak nak ke, aku kena terima dgn hati yg terbuka. dan redha.
pasti ada hikmah nya.

aku teringat dekat interviewer aku dulu. kalau ada laah, no phone encik encik sekalian, memang saya nak call dan cakap terima kasih sangat sangat. sbb bagi saya soalan soalan mencabar, tak tercapai dek akal saya yg masih mentah. dan terima kasih sangat sangat sbb saya berjaya lepas temu duga hari tu.

terima kasih banyak banyak!



ini antara soalan soalan yang kerap di ajukan.

1. kau duduk kolej berapa?
aku duduk kolej 9. ada siapa siapa sembilan?

2.kolej 9? jauhhh tuhh
ya, agak jauh. tak silap dah dekat luar. kott.

3. kau pegi ker?
yep, aku pergi. tak ada sebab aku tak mahu pilih kos tu. sbb aku yang letak first choice *padan muka*

4. jadi cikgu laa ekk?
nampak nya macam tu lah :)
panggil saya cikgu dayah. tak nak cikgu nabila atau cikgu ila atau cikgu nab. tak best. HAHA. demanding betol.

5. baik jadi lecturer.
cadang cadang macam tu lahh. tapi kena further master lah. *degree tak start, sibuk la pulak master cik D oiy*

6. yang lain lain macam mana? *soalan femes.
perlu ke aku senaraikan? hrmm, x perlu kott. ramai sangat.

7. budak SEMASHUR kat UM ramai ker?
setakat yang aku tahu,
cik fatin sofia
cik hazirah
cik shazleen
encik ahmad kamal


aku sendiri pun ada banyak persoalan jugak.

1. bayaran macam mana?
2. pinjaman ke, biasiswa ke ada?
3. macam mana nak apply pinjaman?
4. surat tawaran dia pos ke?
5. medical check up lagi? *tak suka!
6. berapa org satu bilik?
7. aku ni duduk fakulti mana? fak sains ke, fak pendidikan? keliru




saya mahu jadi cikgu biologi yang super cool! macm teacher madeq dan teacher rosliza!
dan pensyarah biologi yang paling cool! macam Puan K, Dr Shida, Dr Kamarudin, Puan Mahanom.
hahaha :)

tahniah buat rakan2 semua!

No comments: