Friday, June 11, 2010

ke pantai kita pergi! #1



besok dah nak start round satu M'sia.

bermula dari desaru, Johor. kemudian Kuala Terengganu. diikuti dgn Besut, Terengganu. pulang ke Sungai Petani, Kedah dan Simpang Empat, Perlis. dan sebelum pulang ke Kuala Kubu Bharu tercinta, kami singgah dulu Cameron Highland, Pahang utk satu malam.

fuuh. sapu satu M'sia.

kalau ikutkan tips ber'holiday' yg telah saya post kan dulu.


7. pastikan MP3 milik anda di charge penuh.

ini bagi memastikan anda tidak bosan mendengar lagu yang di pasang oleh ayah anda yg anda sendiri tak tahu lagu dari tahun apa.
jika anda tidak mengambil langkah ini, anda dicadangkan utk tidur sahaja.

kalau dgr MP3 jgn kuat sangat, nt tak dengar mak ayah punya gosip.
waktu dalam kereta baru boleh dgr semua cerita. haha.

tapi selalunya saya akan tidur =='


ingat lagi tips diatas?

utk pengetahuan semua, mp3 player kesayangan sudah rosak. sobs. rasanya die merajuk.
ahh, mengada ngada lah kau. aku dah tengah kering nak beli yg baru punn.

habis tu macam mana neyhh. ini antara keperluan penting jugak. haaaih.
nampak nya terpaksa laaah layan lagu yg ayah pasang.

dan disebabkan saya akan agak sibuk minggu depan. jadi kurang lah masa utk on9 dan mungkin tiada update utk minggu depan. atau tgk lahh macam mana. kalau hotel ade sedia wifi free bagus laah jugak ^^

haha. terok betul. internet tak ada mula laah nak resah.





No comments: