Monday, September 27, 2010

kepada adik tersayang




Hrmmmm.


HOW ABOUT .. NO






Tunggu aaaa lepas SPM. Tapi bukan pegi situu laaaah.
Pegi tempat lain.


Okeh?


jiwa kacau


Bayang kan.

Weekends Sabtu dan Ahad. Anda tidak pulang ke rumah. Anda berada di kolej.
Dan anda merasa sangat bosan dan juga agak lonely.

Anda cuba utk menghiburkan hati dgn membuka laptop anda utk berada di atas talian.

dan


INTERNET TAK ADAAAAAA!


Mmg dem! aaaaa

Sepuluh kali cuba, sepuluh kali gagal.



Haaaaih~


Sememangnyaaa, weekend yang lepas adalah yang terbosan.
Terperuk di dalam bilik. Sampai anda pening kepala, sebab tak ada aktiviti utk di buat. Dan pada malam hari Sabtu anda pening dan terus jatuh sakit. Suhu badan anda meningkat, anda demam malam itu disertai dgn selsema.

Pathetic gilaaa kan hidup aku.


Ada orang kata, ada hikmahnya tak ada internet 2 hari.



Agaaaak aaa, memang ada punn.
Dia yang Maha Mengetahui, suruh aku study. Sebab pagi tadi ada test :D *eyhh, sukaaa pulakkkk


Daaan, kalau ada internet mesti anda susah nak study sungguh sungguh kaaan?


Walaupun rasa macam dah bacaaa je semuaa, still bila jawab tadi ada jugak yg x tahu. Hmmpph.




PERINGATAN: Jangan jadi kan hidup anda seperti gadis ini. Melarat sungguh gadis ni.



Kan best kalau aku tak tahu Internet tu apa.

kan best kalau aku tak pernah ada account Facebook.

kan best kalau aku tak tahu apa itu blog.

kan best kalau aku x tahu seronok dan lalainhya internet.

semuaaanyaa dah terlambat.

Friday, September 24, 2010

misteri: gambar tiga orang



pernah dgr pasal larangan mengambil gambar yang mengandungi 3 orang dalam satu gambar?
okeh, ayat ni macam tak berapa menjelaskan situasi.

mari saya tunjukkan contoh situasi


maaf lah ye, mereka mereka ney tak memakai tudung

okeh, inilah contohnya.

actually, saya pun tak pernah dgr sebelum ni.

tadi pagi selepas memakan waffle perisa kaya + butter *sedaaap weyy
di bawah pokok yang dahan nya besar, daunnya warna hijau dan mempunyai akar yg besar, cik Ida ajak bergambar.

kami ni merupakan bakal cikgu cikgu gila kamera. pantang di ajak bergambar, jom je!
mula2 saya snap gambar cik Ida dan cik Erica.
kemudian giliran saya pula di dalam gambar, jadi cik Ida pula snap gambar saya dan cik Yatt, dan cik Wani pun mahu join sekali.
jadi ada 3 orang dalam satu gambar.

tiba2 cik Erica tegur.
'eh, mana boleh ambil gambar tiga orang'

'eh, ha'aah lah'
cik Ida tiba2 teringat.

cik Yatt menyampuk
'mana bolehh percaya. karuttt tuu'

saya terpinga pinga.
'wey, apa dia wey? aku tak tahu apa apa punnn'
'kenapa kenapa?'
saya mendesak

serius, saya agak blur. apa yang mereka cakapkan ni?

salah seorang dari mereka pun explain.
'orang kata.. kalau ambil gambar 3 orang. yang tengah tengah tu akan 'pergi dulu'

saya agak kurang percaya. 'ye kerr, betul ke?'

'entah laaah, tapi banyak kot berlaku kes macam tu'



tiba2 cik Yatt menyampuk lagi.

'dulu kakak aku penah ambil gambar aku. time tu malam.'
'gambar aku sorang dalam rumah dekat ruang tamu'

'bila tgk balik gambaar tuuu, ada macam figure ni tgh pandang aku'
'aku takut gilaaaa, aku menangis kot tgk gambar tu'

okeyyy, yang ni saya seram sikit laaah.

lebih kurang macam ni laaa contoh nyer





Cik D: Semua yang berlaku kerana Allah SWT. Jangan percaya sangat yang karut marut tu.


Thursday, September 23, 2010

surat khabar percuma, saya suka. kalau kena bayar ...


Saya tak suka

sejak sejak, banyak cerita 'hot' dekat s/khabar. rasa rugi pulak kalau tak baca.
tapi kalau beli paper rasa membazir pulak.
baca dekat bilik study ISB kena queue, dan selalu kena tunggu pakcik botak tu habis baca *pssst, dia selalu conquer surat khabar.

nasib baik Berita Harian ada sediakan naskhah percuma. yang boleh diambil, di bawa pulang, dan di baca secara PERCUMA.


tapi naskah nya agak terhad. ada dalam 3-4bundle kot. so, siapa cepat dia dapat lah :)
tak semua orang tau ada paper free ney. haha.

tak de laa, aku ni ketinggalan zaman sangat. macam masa dekat sekolah dulu. kalau ada paper sampai je kat tangan akuu, paper dah macam belacan. siap berebut nak baca dulu. kena cop dulu pulak tuu.
ada yang agak tidak berperikemanusian, siap sorok dalam laci meja lagi. cehs.

masa dekat PASUM lagi laaaa. tak baca paper langsung. macam katak di bawah tempurung. dahsyat dahsyat.

baca paper dekat internet tak best owh. tak ada feel langsung.



nak baca paper sambil duduk dekat kerusi yang best.


Bukan dalam surat khabar jer ada cerita hot. *ehem ehem*


Saturday, September 18, 2010

procrastination is my new best friend



cuti raya selama dua minggu hampir sampai ke penghujung nya. esok.
ramai yang mengeluh dan berasa amat malas sekali utk pulang ke kolej.

sumpaaah, semua punnn nak bagi tauu malas nak balik

masing masing malas mahu kemas barang
malas nak naik bas
malas nak naik tren

fuuh, nasib baik ayah ada utk hantar saya pulang.

Alhamdulillah, saya rasa 2 minggu yg diberikan cukup utk saya
merehatkan minda, meluangkan masa bersama family, bergurau senda, makan masakan mak,
ajar adik Bio sikit sbb die dah nak trial SPM daah.

tapi bila dah nak balik ni mulaaa laah, baru nak teringat itu ini tak buat lagi. yg habes urus lagi. sampai pening2 kepala, kerut2 muka, tarik muka 14 belas, mengamuk tak tentu pasal.

padan muka

hari tu tak mau buat.

dah perangai sukaaa nak buat last minute cam tu aaaa jadi.
suka sangat procrastinate.


procrastination is my new best friend (Ashwan *if I not mistaken*, 2010)
kalau salah quote bagi tau ye, later I correct it




kaki aku pendek aaaa



AMARAN: entry ni bukan utk tujuan menunjuk nunjuk.


Aku ambil kunci motor dan poyo2 nak bawak. tapi aku tak pandai start

Ayah kataaa, kalau nak bawak boleh. tapi start sendiri.
aduhhh, ni mmg akuu lemah gilaaa

Ayah aku yakin, yg aku tak boleh punyaa bawak motor tuuu.

aku tendang tempat start motor tu *weyy, apa nama benda alah tuu?*
tak boleh bolehhh.

frust akuu

ada pakcik ni parking kereta depan aku, aku pelik apesal dia tak keluar keluar dari kereta
tapi aku tak peduli, aku masih lagi mencuba start motor tu.
dekat 15minit gaak aaaa
berpeluh peluuhhh bebbbb
lenguh tangan kaki wa

sekali pakcik tu keluar dia sengih tengok aku.
ejek akuuu laaa tuu
lantak akuu laa motor ayah akuu


aku kata aku mesti start gaaak motor ni hari ni!



last last aku fed up



aku masuk rumah.

timbul idea nak suruh adik aku pulak cuba.
baru aku nak ajar adik aku
*ceyyyh, sendiri tak pandai nak ajar adik*

baru aku press minyak + tendang menatang tu dgn cara korang akan rasa tak appropriate
tiba tiba
breng breng

weyhh! enjin hiduuup laaaa!

aku press lagi minyak supaya enjin tak mampuusss


aku separuh menjerit,
aku rasa makcik duduk tingkat tiga pun boleh dengar

happy bagai mendapat iPod Touch satu punyaaa girang

wooohoooo!

dapaaat aaaaa merasa 3,4 round
hahaha!



*okeyy dayaaahh, poyo sangaaat daaah tuuuu, orang lain pandai bawak kapal selam lek je ponnn, kau dapat start enjin pon bising + kecoh macam joyah

gila lame. isy isy isy.
kesiaaaan laaa kat budak sorang nih.

[ini kes balas dendam sebab ayah tak mau kasi aku drive semalam]




apesal aku sibuuuuk sangat nak memanduuu weyyhh?


.............................................................................


bagus anak mak rajin baca Quran. adik pun sama.
kena rajin baca Quran supaya pintu hati tak tertutup.

pandang mak, senyum.

aku tanya mak
'mak, sejuk tak perut mak sekarang?'

mak jawab
'isyy, sejuuuukkkkk' j

ya Allah

jadikanlah aku dan keluargaku tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. yang sentiasa mentaati suruhan-Mu dan menjauhi segala larangan-Mu

Amin

Wednesday, September 15, 2010

pintu tutup pukul sepuluh




budak2 yg nak dtg beraya tadi, datang balik lebih kurang pukul 10pm.

mak malas nak layan. jadi aku yang keluar lagi dan beritahu
'cik yati dah tidur lah' *tipu sunat*
'datang esok ye, esok kan cuti'
'pukul 5 pagi kiterang sampai'

aiyark!

semata mata nak duit raya. haaaaaih.



aku masuk dalam rumah, mak geleng kepala.
mak hairan dah pukul 10pm x balik rumah lagi ke?
parents budak2 tu tak risau ke?

dah laa macam macam kes zaman zaman sekarang ni.
siang tak selamat
malam punnnn tak selamat

duduk dalam rumah pun boleh kena bunuh tau.
macam kes Ustazah & anak dkt PD tu.

sebab kalau time aku kecik2 duluu, malam duduk dalam rumah.
9.30pm tido.
tiada pengecualian.

aku pun hairan jugak.
kalau aku kecik kecik nak tiduurrr dahh

yang putih itu



assalamualaikuummm. kami datang nak berayaaaa~
loceng elektrik di tekan.

*ting tooong*

adeyh. mak ayah aku keluar pergi beli microwave laaaak. macam mana ni? mak tak tinggalkan duit raya pulakk.

bukak je laah pintu.

ada sekumpulan kanak2 (jiran jiran aku jugak).

'cik Yati tak de laaaah'
'alaaaaaaa, kenapa takde?'
'nanti cik yati balik, korang datang ye'
'okey'

'kak, kenapa ada putih tuuu?'


sambil tangan nya menunjuk ke arah dahi aku



dem!
aku lupa yang aku pakai bedak sejuk sebab ada jerawaaaaat.

Thursday, September 9, 2010

ohyeahraya!



1. esok raya.

oh yeah raya!

tapi sebnrnya saja buat2 excited. tapi wa sebenarnya cool je.
tak macam dulu2 laaah, masa kecik2 wa excited gilaaa.

tak sabar nak main bunga api. tak sabar nak mandi raya.
tak sabar nak pakai baju raya. tak sabar nak salam salam minta ampun.
TAK SABAR NAK DAPAT DUIT RAYA.


sejak dah berumur sembilan belas tahun ni. wa rasa income tahun ni semakin kurang.

tapi wa yakin! kalau setakat RM100 tu masih dalam tangan laah. haha.

sebb dah nak hari raya ni kaaaan, tak mauu laa merjuk merajuk lagi. tak cool laah macam ni.
sbb esokkan kita nak bermaaf maafan.



2. tadi saya balut ketupat.

saya tak anyam ketupat. saya balut ketupat.

mak tak tolong punnn. saya habiskan balut ketupat dgn sebesen pulut, tp di tolong oleh Mak Cik Nurull di akhir akhir perjuangan.

tapi tabik laah dekat ayah, ayah balut ketupat satu besen pulut sorang2. *tabik spring*


orang belah utara tak makan ketupat nasi. kami makan ketupat daun palas yg isinya pulut.
yang dicicah dgn gulai daging, serawa durian, serunding daging atau ayam mahupun susu pekat manis cap junjung.

proses nak buat ketupat tersebut nampak senang. tp sebenarnya leceh jugak.

mula2 kena buka daun dan bentukkan seperti ketupat palas tanpa isi.
ini memudahkan utk sesi pengisian pulut, kerana daunnya sudah terbentuk.

kemudian pulut dimasak. pulut dimasak half cook.

dan apabila pulut sejuk sedikit, bermulalah tugas saya dan tukang balut yg lain utk memasukkan pulut kedalam daun palas yg telah di bentuk.

keudian diikat dan dipotong ekornya.

dan malam nanti baru di kukus.

leceh kaaaan?


makan mmg laaa senang, masuk mulut & telan.




3. macam2 juadah raya esok

maktok buat laksa, nasi impit.
tengah hari ada nasi tomato, ayam masak merah, kuah dalca.
ketupat daun palas tu wajib. mesti makan dgn gulai daging.

adik pulak nak makan bihun goreng.

kuih raya lagi.

perghh, jenuh.



4. sejak akhir akhir ni ramai yg tukar nama

dulu masa FIFA World Cup dah jenuh aku tgk.

saya keliru laah.

laksa kuah ikan parang
samprit ceri merah
lemang panas terbabom
lontong mak terbaik
makmor inti kacang badam
almond manchester

okey, saya exagerated je tu =='

tapi apa2 pun, saya harap demam raya ni lekas reda.
sbb saya naik semak tgk nama2 seperti itu.



5.baru sahaja membaca CNN entertainment punya news.

yg direcommend oleh saudari Julianazareena di FB.

dan ini satu perenggan yg buat wa melopong o.O


"Every time Bieber tweets, his messages have to be delivered to more than five million people who then endlessly retweet it," Curtis explained to Mashable. "Apparently, his account receives more than 60 @-replies per second for a while after he tweets, which is something Twitter wasn't originally designed to handle."

sumpah wow.


Q: apa kena mengena news ni dgn entry raya ni.

A: saja saja, tak ada kena mengena pun.



PENEGASAN:
SAYA BUKAN SEORANG PEMINAT JUSTIN BIEBER MAHUPUN PEMBENCI JUSTIN BIEBER.
SAYA BERSIFAT NEUTRAL.



6. okey laaah, ni yg terakhir.

buat kali kedua dan secara rasminyaaaa.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua.


thanks uyu sebab tulis note selamat hari raya dekat FB yg sungguh mengharuuukaann. sobs sobs.



dan terima laah, MV Raya Oh yeah oleh Yuna


raya oh yeah!


kurang setuju dgn Intro MV ni, sbb yuna salam semua member lelaki instead of salam semua member perempuan.

yang lain2 saya tiada komen.

heyy, saya nak jugaakk cinta di hari raya!


Saturday, September 4, 2010

mengharapkan sampul kad raya dan . . .


sampul duit raya!



1.aku suka bila teringat time kecik2 duluu kalau lagi 2 minggu nak raya, aku akan minta ayah atau mak belikan kad raya.

supaya aku boleh bagi atau pos dkt kawan kawan dan sepupu2.



2. aku suka bila dapat kad raya. tambah tambah kalau yang di pos dekat rumah.

aku ingat lagi, aku pernah ada satu buku log yang aku tampal kan semuaaaa kad raya yang pernah aku dapat.

tak silap buku tu warna merah.

dan sumpah aku tak tauuu kat mana buku tu sekarang.


aku rasa mak dah buang.
=='


3. aku suka bagi kad raya.

tambah tambah kalau dapat balasannya. kalau aku bagi kad raya, wajib balas balik.
taaapi setakat ni aku x pernah pos kad raya dekat mana2 artist mahupun Perdana Menteri.

kalau dapat balasan punnn, bukan dierang yg tulis. cheit.



4. aku tak suka bila kena tulis dalam kad raya tu.

sebab aku tak pandai mengarang. mengarang dan blogging bukan benda yg sama ya.
selalunyaa, aku akan karang satu ucapan yang sama utk setiap orang. haha.

dan adik selalunya akan pas kad raya dekt aku, utk aku isi.

dan dia hanya tinggal tanda tangan.



5. aku dan adik aku wajib hantar kad raya dekat:-

  • maktok ani
  • wan saad
  • maktok minah
  • mak ramlah
  • ayah Bomba
mak ramlah dan ayah bomba merupakan mak dan ayah kesayangan aku no 2 selepas mak dan ayah kandung aku sendiri.

kadang2 naik confuse sbb ada 2 mak dan ayah. susah nak explain.

jadi konklusinya,
bila bahasakan mak aku sendiri aku sebut mother you
bila bahasakan ayah sendiri aku sebut father you

apa motif mother/father you. salahkan kak Liza. sbb dia yg start dulu. haha.
*kak liza merupakan anak mereka* akak, kaklong dah promote akak. haha!

bila aku cakap dgn parents aku
mak jadi mak ramlah
ayah jadi ayah bomba

fuuuh.

mereka yang bela aku dan adik aku dari aku kecik sampai aku darjah 6, sama seperti anak mereka. kami 2 beradik mmg manja dgn mak ayah angkat aku ni.

dan kami masih melawat mereka di Kuala Pilah bila ada masa terluang.



6. aku suka lekatkan duit satu sen dalam kad raya

habis duit satu sen ayah aku utk buat bayar bil
kira macam duit raya laaah. haha!

kadang2 dapat balasan 20sen!


tapi sekarang satu sen dah tak laku.




jadi tahun ini amat menyedihkan, koleksi kad raya aku ada 2 tiga keping je :(





ini kad raya Liyana Haziyah bagi *anak abang kitam
handmade gituuu. comeeyl jer.
dulu aku pun suka buat kad sendiri. lebih kurang mcam ni laaa. haha





ini kad raya Erica bagi :)
nanti krismas saya kasi awak pulaaa.




kasi through FB ponn diterimaaa. thanks yana!




ini kad raya dari abang kitam dan kak ina. tapi Haziyah yg tulis.


*ehem* sarah, iman dengan damiya bila nak balas. hehehe :DD



kepada yang sudi membalas dan memberi kad raya.
TERIMA KASIH BANYAK BANYAAAAK SAYA UCAPKAN




S E L A M A T H A R I R A Y A
M A A F Z A H I R B A T I N

Friday, September 3, 2010

satu, dua, SERIBU!


nampak takk ada hit counter dekat sebelah tu ------------->


saja je letak. tak ada motif tertentu.
*actually aku nak tgk sama ada blog aku ni laku ke tak macam waffle panas. haha.

dan hasil yg aku lihat..

boleh tahaaan laaaah. baru letak seminggu tp angka yg di pamerkan agak memberangsangkan *senyum lebar lebar*

well, thanks guys for supporting me!



hari tu ada terbaca cik Hawa punya entry. rupanya, blogger sendiri pun dah ada counter sendiri. dkt situ kita sendiri boleh tgk statistic blog kita. siapa audience, dari mana, etc etc. mahsyuuk gaaak.

meh aku tunjuk sikit dekat korang aku punya statistik.



SILA KLIK GAMBAR UTK LEBIH JELAS



sila ke dashboard masing2 >> stats >> audience
jom la share korang punya stats :)

buku berkandang kandang, baju bergendong gendong



'weyh, kau bawak balik buku?'
'tak punnn, kalau aku bawak balik pun, confirm tak baca. aku tak mau jadi macam kt Matrix duluuu bawak buku berkandang kandang, taaapi satu pon tak usik'
'oooo, okey okey'



'kau janji, jangan bawak balik buku jugak. biar aku dgn kau sama'


erk o.O