my face turned red when I am mad. I can't hide it.
semalam dalam tren
aku terlelap. tapi lelap aku tak lena.
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....
semalam masa mandi
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....
sebentar tadi di dapur
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku semalam
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....
argh!
aku tak sangka.
okey, aku gembira pada awalnya.
betul, aku tak tipu. aku gembira mula mula.
tapi tidak selepas itu
entah di mana silapnya. yang aku pasti aku bukan silapnya. tapi ada yang silap. ada org yang silap. aku harap manusia itu sedar. dia x boleh buat macam tu.
ambil kesempatan.
kau jangan ingat kau boleh lepas selama lamanya. kalau kau terus buat perangai macam tu. orang akan hilang kepercayaan dekat kau.
aku menyesal. aku malu.
eyh, pelik. terbalik. bukan kau ke patut malu dan menyesal?
owh lupa. kau x de perasaan malu. bajet dgn muka kau tuhh, gigi yg tersusun cantik bila kau senyum, muka kau yg bajet 'sweet dan innnocent' tu akan sentiasa menolong kauu? aah, tidak lagi lepas ni. aku dah hilang kepercayaan. mungkin aku baru terkena dua kali.
ada orang dah kena banyak kali boleh bersabar. tapi bukan aku.
kalau kau betul betul terlupa, buat lah gaya terlupa. bukan buat gaya kau gembira dan puas sbb rancangan kau berjaya. rancangan kau mengambil kesempatan tu.
kalau kau betul betul terlupa, aku betul betul minta maaf sebab dah salah sangka.
tapi aku yakin aku x salah sangka. sbb ramai org cakap dgn aku, kau mmg macam tu.
minta maaf. mood aku sucks semalam dan hari ini. semoga aku cepat sembuh.
.....................................
seperti juga aku, emak dan ayah juga sudah hilang kepercayaan terhadap aku.
dan aku sudah menjangkakannya.
emak tanya pukul berapa balik? aku kata petang kott, tapi tak lewat. aku berjanji.
namun perkara yg aku janjikan, aku tak tunaikan.
di sebabkan keretapi yang-sekarang-ni-menyediakan-koc-wanita itu.
aku lambat, sekali lagi.
dari pukul 5.30pm menunggu. tren delay sehingga 6.15pm.
semua berasak asak.
aku dah agak, kalau pukul 5.30pm nak naik tren, masak lahh.
pukul 7.15pm lebih kurang baru sampai rawang.
sampai sahaja rawang, tren ke Kuala Kubu Bharu baru sahaja jalan.
dan tren selepasnya pukul 8.05pm.
hah. amek kau!
masuk sahaja kereta. mak terus warn 'no more'.
aku diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram,
balik di rumah. ayah diam. x bercakap apa.
okey, kena faham. ayah tgh marah.
sbb ini kali kedua, aku balik lewat.
maaf ayah. tak bermaksud nak balik lambat. betul. serius.
aku ambil keputusan utk tidak online malam tadi. langsung tak.
FB status: bila ayah diam tak berkata apa. itu bahaya.
No comments:
Post a Comment