Friday, June 4, 2010

jauh perjalanan, lagi lama tidur



cuti sekolah dah nak dekat. jadi buat siapa2 yg nak pergi bercuti atau pulang ke kampung, hati hati dalam perjalanan.

jadi di sini ada beberapa tips yg selalu saya dan keluarga amalkan sebelum dan semasa bercuti.


1. booked hotel paling2 dua bulan awal.

untuk mengelakkan dari tak dapat bilik.
tambah tambah kalau nak bercuti waktu cuti sekolah.

kali ini pun nyaris nyaris dah penuh.

kalau balik kampung tak perlu kot nak booked bilik kt rumah nenek


2. bertolak awal pagi.

saya yakin pasti, tempat yg hendak dituju akan sampai tepat pada waktunya, atau pun lagi awal dari waktu nya. supaya petang sudah boleh rehat. kalau zaman kecik2 dulu, boleh pergi swimming pool! seronokkkk weyh. w.pun mandi dengan adik saje.


3. bawak bantal.

haha. jgn gelak. saya masih buat ni sampai sekarang. saya tak mempunyai bantal busuk ye. pegi laa mana pun (dgn family lah) kalau kena overnight. balik kampung, pegi laa jalan kemana pun. bantal saya pun akan sampai jugak.


4. pakaian secukupnya

ni mesti laa kena ada. jgn sampai terlupa pulak. pernah terjadi (cerita dulu laaa), siapa entah tak bawak yg kecik kecik tu *jgn tuduh saya eh*
terpaksa laa mak pegi beli yg baru.

kalau tertinggal berus gigi tak pe lagi. guna jari gosok gigi. bersih gak. *jgn tiru* tak sopan.


5. susun atur plan dan backup plan

ayah memang cekap bab ni. semuaaa dia dah atur.
lepas ni apa, lepas tu pegi mana, bila makan, bila boleh tidur, berapa lama boleh tidur.
mcm contoh perjalanan ke Sg Petani, Kedah dari tol PLUS tanjung malim mengambil masa 4 jam. jadi ayah akan cakap 'sape nak tidur, boleh tidur. ada lagi 4 jam nak sampai' dan saya merupakan org pertama yg tidur. dan paling banyak tidur atas kereta. tak ada siapa boleh challenge. haha. dan akan terjaga bila dah tersedak sedak.

tak tau lah apa sebab. kalau tidur dalam kereta selalu tersedak atau batuk. pelik betul.


6. sapu 'rain act' dekat cermin depan

apa tujuan 'rain act'? ini adalah cecair yang disapu pada cermin utk mengelakkan cermin menjadi kabur pada waktu hujan. dgn adanya 'rain act' ni, cermin akan jadi lebih clear, dan menyebabkan pemanduan menjadi kurang merbahaya ketika hujan lebat.
saya takut bila hujan lebat gila sampai tak nampak kereta depan.
dan akan ambil keputusan dgn tidur. haha. tidur lagi.


7. pastikan MP3 milik anda di charge penuh.

ini bagi memastikan anda tidak bosan mendengar lagu yang di pasang oleh ayah anda yg anda sendiri tak tahu lagu dari tahun apa.
jika anda tidak mengambil langkah ini, anda dicadangkan utk tidur sahaja.

kalau dgr MP3 jgn kuat sangat, nt tak dengar mak ayah punya gosip.
waktu dalam kereta baru boleh dgr semua cerita. haha.

tapi selalunya saya akan tidur =='


8. jangan tidur dalam perjalanan

okey, sila gelak. gelak kasi guling guling. cepat. guling lagi. kasi masuk longkang.
sekarang bangun. tarik nafas. okeyh, gelak balik. guling lagi. lagi lagi.
dah stop. cukup cukup.

ini peringatan boleh diguna pakai utk sesiapa yg jarang tgk jalan dan rumput. selain dari itu, boleh tidur macam saya.


9. bawak charger phone

ini penting utk mengelakkan daripada kehabisan bateri. tambah tambah kalau tgh holiday buat masa yg panjang. kredit tak perlu top up kot.


10. tinggal kan makanan utk kucing

ini tipu. saya tak pernah tinggalkan makanan pun. HAHA.
biar mereka berdikari.
jaga diri ye.


11. baca doa perjalanan

mohon Allah selamatkan perjalanan pergi balik.
saya buat ni, sekali dgn doa tidur. lepas baca doa, terus tidur.




6 comments:

Syafiqah Takiyudin said...

betol la dayah..:)

SyaQila OsMaN said...

kejam ah x tnglkn mknn kucing..hahaha

ili comelllll hah!! said...

klakar btol lh dayah nie :D!!!
ahaha bantal mmg wajib!!! ^^!~~

Unknown said...

ika: hehehe.

syaq: biar dierang cari makanan sendiri. lagi pun aku bela kucing dekat luar je pon. haha

ili: tp ini mmg bende betul ake buat. yeah, bantal tu mesti ade! pegi hotel pun =='

jerin nazri said...

hahahha..dari awal sampai abes,tido je kejenyer ko dayah .:D

Unknown said...

haha, tu laaa pasal. aku kalau masuk kete, dan tau perjalanan tu lama. aku akan automatik tido. hahhaa