Wednesday, June 30, 2010

random #9



pernah terfikir soalan apa yang sukar dijawab oleh anggota 2PM?




soalan yang sukar dijawab adalah:

what are you(2PM members) doing at 2pm?


bobbo hagoshipso!


credit to tumblr

orang yang tak ada internet lagi susah



one word, sucks!



dulu pernah Encik Muli menulis mengenai ketidakpuasan hati nya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN). dan kali ini giliran aku pula.



pertama, kena beli no pin dekat BSN. tak kisah sangat, sbb kt KKB ni hampir semua bank ada. dan lagipun ayah yang beli.

kedua, daftar di http://epinjaman.ptptn.gov.my/. daaaaan di sini laah timbul masalah jiwa.
webpage yang sepatutnya di buka, tidak dapat dibuka. cuba punya cuba, lebih sepuluh kali cuba untuk mendaftar sebagai pengguna kali pertama. tak jugak dpat dapat.

oooo, rupa2nya aku dpt maklumat kena bukak browser Internet Eplorer 6 (IE) dan ke atas.

okey, fine. baiklah. cuba lagi.

dgn harapan setinggi Gunung Everest, aku cuba lagi.


keputusannya?

NEGATIF.
dank!

kata tadi guna BROWSER INTERNET EXPLORER ENAM DAN KE ATAS sekarang apacer? tak boleh jugaaak beb.

masa tu baru pukul 4.15pm. rasa2 orang belum punched card kaan?
dekat situ diberi talian HOTLINE : 03-2092 7788
mmg HOT. langsung x boleh lepas. enganged.

100 kali refresh pun website still kosong. apakaaaaaah?!


lalu aku cuba bertanya kepada member yg sudah selesai mengisi borang.

namun org lain yang respon dulu.



statement :

'dah daftar PTPTN? aku x boleh daftar dohw. web page die x boleh bukak. kau buat mcm mane?'



respon:
1. tak payah daftar, guna MAS je.
2. kawan aku kata mmg x boleh guna Firefox, kena guna IE
3. semalam aku pun tak boleh bukak, tapi aku pegi cc depan rumah aku tiba2 boleh! ajaib!

*aku tak suka respon nombor satu, sbb ianya respon yang menyakitkan hati.
utk pengetahuan, 'MAS= mak ayah support'. aku dah laaa tgh emo sbb tak boleh masuk webpage tu, lepas tu ditambah lagi dgn respon yang menyakitkan hati buat aku geram dan menyampah.

boleh fikir logik tak sebelum komen. kalau mak ayah aku boleh support sepenuhnyaaaa tak payah laaa aku pening kepala, sakit jiwa, sakit hati nak isi borang YANG HANYA BOLEH DIISI DIATAS TALIAN SAHAJA. *faham faham bila aku dah guna CAPS tu*


nak mintak orang tolong isi pun, susah gak. ada banyak hal ehwal yg hendak di isi.


kenapa kena guna IE? gila kuno.
kenapa tak boleh load? UPU punya okey je. mantap && terbaik.
kenapa date line hari ni *30/6? ade dateline ke? x tau pulak.
kenapa server anda lembab? ade org kata PTPTN miskin

rupa2nya bukan aku seorang yang mengalami masalah ini. hanya setakat yang aku tahu, hanya 2 org sahaja yang mampu mengisi dgn jayanya. yang lain, stuck sama seperti aku.




dan utk kesekian kalinya mencuba dan masih tidak berjaya. aku fed up dan putus asa
'and yes, PTPTN's webpage still sucks && the Operator too. pick up the phone laaah!'



boleh saya tanya sesuatu?

tak ada cara lainkah untuk apply mende alah ni? cara oldskool mungkin lebih berkesan isi guna borang dan pos.
sbb sepatutnya isi secara online memudahkan kerja. bukannya menyusahkan.

dan, come on laaaaah, tak still guna Internet Explorer kott?




Monday, June 28, 2010

untuk di ikuti atau tidak di ikuti



punyai blog bukan utk punyai sejuta pengikut.
punyai blog hanya utk kepuasan hati.

punyai blog bukan utk punyai sejuta pengikut; salah niat.


saya jadi pengikut anda, bila saya rasa blog anda seronok utk diikuti.
jika tidak seronok, saya tidak ikut.

terima kasih.


we ------ Muslim follow Allah.
we, obey Allah.

Your heart is still waiting for me, say no!


correction : My heart is still waiting for you, say yes.


saya pergi OU semalam, dgn harapan dpt jumpa B2ST jugak. actually, kebetulan je pun maksu nak bwk pegi OU.

saya call Nisa' Mohd, tanya 'B2ST dekt OU ke hari ni ?'
cik Nisa' Mohd kata 'ha'aaah, tp kena kena tunggu pukul 5 utk fan meeting'

tgk jam, pukul 12.52pm.

haaih, tak ada peluang lah nampak nya.


tengah jalan nak keluar ke tempat kereta. lagu 'Say No ---- B2ST' dimainkan.
ceyt.kentutberapikambinggurunbetul.

Saturday, June 26, 2010

Hush, keep quiet, hear me say



jauh bau bunga, dekat bau tahi.


aku rasa emak rindu kan adik. ayah juga. aku? sikit lah.
haha. okey, tipu. rindu laah jugakk ;)

ayah selalu tunggu SMS adik.
emak selalu tanya, adik dah call ke?

tu lahh, kalau ada dekat selalu gaduh. bila berjauhan baru tau.


rasa lain macam keluar makan 3 org je.
rasa lain macam makan Secret Recipe dgn emak je.
sebb selalu ade adik sekali.

agaknya macam mana keadaan, bila dierang makan tiga orang je?
tanpa aku.


FYI: adik pegi camping dekat Sik, Kedah.




__________________



liyana fizi tu dulu yg kumpulan Estrella tu eh? die comel kott.

Friday, June 25, 2010

cik cantik manis yg kacak



saya rasa dia kawan perempuan saya yg kacak.

hari ni hari jadi kawan saya, nama dia Nurul Hazirah. dia kata dia kawan saya && juga peminat saya. betul tak tipu. dia mmg peminat saya. dia yang cakap arhh. bukan saya tau.

kalau dulu masa beratur ambik kunci bilik, kami beratur sama2. confirm! kami roommate. tapi, entah. tak terfikir masa tu nak jadi roommate. tak ada jodoh kott. jodoh saya lagi kuat dgn Cik Fatehah.

selalunya kami mmg geng bab2 membahan org dan memangkah org. HAHAHA. dan cik Hazirah seorang yg otaknya geliga. idea tak pernah kering. kadang2 rasa malu pulak gelak sorang2 depan laptop. tapi peduli hape kan? lantak lah.

kalau kita masih kat PASUM confirm. dan yakin pasti, saudari akan dicampak didalam tasik. rugi laaaah.

tak pe, saudari masih dekat UM kaan? tasik UM macam lagi bessst je. hrmmmm.


apa pun, selamat hari jadi laaah.

terima kasih sbb jadik kawan
yg boleh aku tumpang tidur masa roomate kau x de,
yg boleh aku ajak gosip,
yg boleh aku call ckp merepek2 sbb free,
yg boleh aku CINTAI
*tipu je eh, hehehe*,
yg boleh aku mengadu masalh,
yg boleh dgr cerita tak best aku,
yg boleh aku pinjam sabun mandi time sabun mandi aku kena curik,
yg kasi aku pinjam kasut utk pergi dinner,
yg selalu datang lepak bilik aku
yg pakai shawl dgn cunnya
yg suka warna purple

weyh, jom tgk wayang nt! hahaa :DD







kacak kan?

Thursday, June 24, 2010

S.O.S ---- Send Out Someone (help me)




emak cakap kalau aku terus macam ni ----- internet 24/7

"bai bai laaah, UM kamu tu"


aku diam. sedang berfikir. bila aku mahu berhenti. bila aku mahu slow down. sekarang cuti mmg lah. lepas ni? macam mana? dpt ke aku slow down?

aku di tahap ketagihan melampau. nak tolong sendiri pun tak mampu. nak mintak tolong pun aku tak tau la ade org boleh tolong ke?

sampai ade member tanya. kau tak bosan ke FB 24/7?

aku jawab 'tak, aku ada byk alternative' *sambil HAHA.




Help me ~

Wednesday, June 23, 2010

kemusykilan besar : WC



mcam mana korang boleh kata pemain bola tu handsome?
aku tak nampak muka pun time dierang sibuk berlari dekat padang. laju sangat kott x dapat nak tgk muka pon.


macam mana korang tgk WC dgn gembira?
aku sakit telinga dgr bunyi yg macam lebah tu.
*baru tahu semalam nama menda alah tu vuvuzela


macam mana korang larat tunggu game tamat?
sedangkan nak tunggu bola gol sikit punya lama. dan bosan. orang tgk bola nak tgk gol je. baik tgk highlight je, lagi best. kejap kejap,gol. HAHAHA


macam mana korang boleh tidur kemudian bangun balik semata mata nak tgk bola?
aku tak dapat arh. jam loceng pun belum tentu lagi weyh.


macam mana rasa nak rasa happy bila bola GOL! ?
aku teringin nak rasa.


macam mana korang pilih pasukan favourite?
aku tak ada pasukan favourite. South Korea bukan pasukan favourite. itu sebb aku ikut adik aku. yang pasti die bukan sokong korea sebab pemain nya. faham faham lah ye.


macam mana korang tahu pasukan tu terel ke tak main bola?
hrmmmm.


macam mana rasa tgk bola dekat mamak?
kena spend duet kat situ sikit eh?

Tuesday, June 22, 2010

pakai baju uniform putih, ingat kan hati murni



cik ngeng ngeng memberi pesanan:

1. klu k0 jmpe ad s0runk nurse india ati2 ckit aw.. mulut die cam nk kne sel0tep jer ngn ak smlm.. huhuhu.. gudluck eh

2. klu k0 nmpk,, 0wg gler tuh pkai s0ngk0k,, pastuh ad kain pak arab petak2 kat leher dye.. k0 duk ja02 aw..

3. wat appmnt b4 pkul 4 stgh, klu ta nnt dye tama0 lyn..

translate

1. kalau kau jumap ada sorang nurse india, hati hati sikit tau.. mulut die macam nak kena selotep je dgn aku semalam.. huhuhu.. goodluck eh

2. kalau kau nampak, orang gila pakai songkok, lepas tu ada kain pak arab petak2 dekat leher dia.. kau duduk jauh jauh tau.

3. buat appointment before 4 setengah, kalau tak nanti die tak mau layan



saya datang pukul 2.45. saya datang nak buat appointment. bukan nak buat medical check up. dan saya rasa masa tu tak ramai orang pun. saya ikut prosedur. ambil nombor giliran dan tunggu. saya tunggu, dan tunggu. dan tunggu.

nombor yg ada di screen, kekal. tidak naik naik.

saya tunggu lagi, bila giliran saya mahu sampai.

dan sabar yang menggunung tadi kian merudum. saya ketuk pintu bagi salam. tak ada orang menyahut. mereka tak dgr kott. x pe lah, tunggu kejap lagi, kejap lagi dia panggil kot. hrrmmph.

harapan meleset sama sekali. nombor yg tadi, masih kekal. nampk org keluar masuk bilik tu sesuka hati. tak guna nombor pon.

aiik, pelik jugak. saya pun pergi mencuba nasib. ketuk, bg salam. dan terus masuk.

ada seorang nurse dekat dalam bilik dgn seorang pelajar sedang buat meds check up jugak.


'assalamualaikum nurse, saya nak buat medical check up ni. nak buat appointment boleh?'

'appointment apa pulak, dah penuh xboleh buat dah. budak budak ni bukan nak dtg awal awal, dah suntuk baru nak datang, org sibuk ni. banyak lagi kerja nak buat' nada membebel, marah marah.

aiik, kite ni sikit punya baik kasi salam, tanya elok elok. boleh pulak cakap macam tu? tiba tiba nak marah marah. apehal weyh.

'awak nak masuk mana neyh?'

'UM'

dgn rasa tak best, rasa macm nak balik terus je. malas nak layan makcik tu.

*makcik tuh bebel lagi, ntah ape butir butir. tak pasti*

'nah awak amek borang ni, isi sampai sini. lepas tu pegi bayar, X-ray, urine test, dtg sini balik, pastu jumpa doktor'

aiik, aku pelik lagi. kata dah penuh. boleh pulak dapat buat terus hari ni. pelik pelik.

'awak buat cepat cepat, sebelum pukul 4 kene siapkan semua. kalau tak saya tak nak layan'

*bebel bebel lagi*

angguk je lah. dan senyum. sikit pun tak buat muka meluat dan menyampah. entah, tiba2 rasa hati ni masih banyak sabarnya. lagi pun, sebelum datang tadi mmg dah prepare fizikal dan mental. mak dah pesan, mak cik tuh songeh nye banyak. sabar je lah.

tgk jam. dah pukul 3.30pm. sempat ke? hati sendiri berdetik.

'aah, buat je lah mana yg sempat'

1. bayar RM 20

2. X-ray *uurghhhh, x suka!



'3.50pm dah ni, sempat ke eh?'

rasa2 macam tak sempat, saya terus menghubungi ayahanda tercinta. suruh datang ambil di hospital. saya sorang2 dekat hospital.

ingat mmg dah nak balik. esok dtg balik. pegi jumpa mak cik tadi. die suruh habis kan jugak, sementara sempat.

text dekat ayah
'tunggu kt bilik 8, die suruh habeskan'



3. urine test *tunggu result dlam 5 minit.

4. jumpa makcik tu balik. *haaaih

cek mata, ambil BP (blood pressure), timbang berat, tinggi
*die buat semua benda tu sambil membebel lagi =='

'dah tauu nak pegi apesal lambat buat appointment. tgk kan dah lambat. dah pukul 4 neyh, aku nak balik pun susah. korang ni x habis2 menyusahkan aku yada yada yada'

ambil no untuk jumpa doktor. tunggu lagi. dekat 15 minit lagi.

jumpa doktor. doktor tgk borang. tgk X ray. cop dan sign. siap.


agak was was, saya tanya nurse India kat situ
'dah siap? boleh balik?'

'dah siaap, boleh balik x de masalah' dgn nada yg amat menyenangkan hati berbanding makcik tadi tuh.



legaa dah sikit. medical check up saya siap dalam sehari. w.pun terpaksa menadah telinga menerima bebelan.

kesian cik ngeng ngeng, beliau punya belom siap. w/pun dia buat awal dari saya.

lepas ni siapa nak buat medical check up dekat HOSPITAL KUALA KUBU BHARU sila siapkan diri dari segi mental dan fizikal. jgn cepat emosi. rilek sudaa.


saya cerita lah hal di hospital dgn emak.
ini point yg emak keluarkan

1. mak cik tu mmg macam tu. kita tak buat salah pun. tapi dekat mata dia, semuaaaaa pun salah.
2. kalau dah tak suka buat kerja tu, tok sah keja. berenti keja. senang. orang pun tak meluat.
3. tak ada orang komplen pasal dia ka?


buat pengetahuan semua. ini kali ke EMPAT medical check up saya. dan worst.
pertama, masa masuk SEMASHUR,
kedua PLKN,
ketiga PASUM
dan ini yg keempat.
sebelum ni okey je. ikut prosedur. x de la marah marah sangat.

agak nye die dah bosan kott.



lagi satu, kalau staff kerajaan, boleh balik pukul 4 ke? bukan kalau ikut pekeliling JPA kena punched card pukul 5 laaah. ikut suka hati je.


saya tgk doktor yg dekat Jabatan Pesakit Luar tuh, ramai lagi patient nak kena rawat tauu. masa tu dah 4.15pm. patient ada lagi 50 org. dierang x bising pon kalau kena balik lewat.



tak silap, tahun lepas pun makcik yg sama. dan masa ayah pegi Haji dulu pun kena dkat makcik tu jugak. dan ayah pun kena marah marah jugak.



Monday, June 21, 2010

tweet deck!



sorry kalau aku nampak jakun sikit pasal menatang ni. haha.

tapi mende alah ni mmg satu pakej yg hebat! sangat efficient (setakat ni) cepat, dan smart.
boleh tweet, hantar status dekat fb. boleh tgk fb news feed, boleh komen dan like dekat situ terus, notification yg pantas.

banyak lah lagi! yg penting tweet deck ni mantap.

dan dapat mengatasi masalah over capacity dekat twitter homepage yang buat aku selalu rasa nak mengamuk.


they call it STUPID WHALE



ini application utk computer. bukan utk smart phone je. desktop pun boleh


download di sini | tweetdeck (desktop)
selamat mencuba!

tak guna ada tweet deck kalau tak ada akaun twitter!
so, create one!



ini rupa tweetdeck aku :)



come and join me at twitter!
we tweet almost anything and everything!
so lets tweet!


tweet deck yang cool!

random #8



aku selalu tidur lewat malam.
bukan aku buat kerja pun. bukan aku buat apa pun.
apa yang aku tunggu?

aku pun tak tahu.
sedar sedar dah pukul 12 malam.

masa terbuang macam tu saja.


Sunday, June 20, 2010

ayah ku gagah perkasa



saya cakap dgn mak
'eh, hari ni father's day kan? alaa, kaklong ngan adik tak beli pape pun. kesian ayah. hari tu mother's day beli jugak kek'

'alaaah, ayah kamu tu tak dak nak kesah aih pasai hadiah ka apa, ka. kamu dapat masuk UM pun dia dah cukup gembira'


legaaa hati bila dgr mak cakap macam tu.


ayah balik dari pasar

'happy father's day, ayah'

'eh, hari ni ke?' ayah hairan

ye lahh, sambil salam tangan dan cium dua2 pipi ayah. diikuti oleh adik.
ayah tersenyum





gambar paling terbaru. diambil masa di cameron highland :)

Saturday, June 19, 2010

perkara2 fantastik dan terhebat!



dgn ini berakhirlaah holiday trip paling adventure, paling fantastik, paling jauh, paling banyak duit habis, paling banyak aku tidur dlam kereta, paling banyak makan macam macam, semuaa laah paling.

haha, penutup dekat cameron best. tp masa turun bawah x seronok. jalan yg bengkang bengkok buat aku pening. dan rasa macam nak munt*h. aku cuba tidur, utk hilang kan rasa mual tu. selepas setengah jalan baru boleh lelap. selagi aku tak lelap, selagi tu laa aku pening.

turun dari cameron, but kereta mmg tak payah cakap. pergh, barang sampai ke bumbung. dgn sayurnya, beg baju busuk, ice box (ayah beli ikan dgn udang dkt Perlis hari tuh), barang2 yg dibeli dari t'ganu semuaaaa ada sekali. mmg dahsyat arh. on the way balik mmg tak singgah mane dahh, singgah lunch je kat Tapah. dan terus non stop sampai KKB. mmg dah x larat nak singgah menyinggah dahh.

tapi yg best jalan ngan family aku ni, x de sape pun suka berenti berenti. jarang laa berenti nak kencing ke, buang air ke. boleh di kira dengan jari. kalau stop pun, utk isi minyak, dan makan. tu je. jadi x de laah buang masa sangat kann.

gambar tak payah cakap lah, tak terkira banyak nya.

ayah aku ni kadang kadang, macam2 gak gaya die nak ambil gambar. macam itu lah, macam ini lahh. haha. aku snap jer. dan ayah aku suka snap gambar kereta die. kalau comel x pe la jugak. kereta pun berhabuk.




masa balik sungai petani, aku ngan adik aku sempat lagi tgk wayang. toys story 3 dgn karate kid. nak dibandingkan dua2 cerita ni, toys story 3 lagi best kott dari karate kid. toy story merupakan wayang pertama yang ayah dan emak aku bawak aku tgk. masa tu umur aku 6 tahun (released date cerita tu 22 November 1995, selepas di googled) sama umur dgn Andy dlm cerita tu!

tak rugi tgk toys story 3 w.pun umur dah masuk 19 tahun. cerita die kelakar dan straight to the point. tp nak gelak kuat kuat x boleh, sbb masa tu wayang org sikit. malu laa nak gelak. haha.

karate kid bosan, sbb duration die lama sangat, dkt 2 jam 30 minit. cerita die macam terlalu panjang. nak sampai part yg best tu lambat.




malam esok nya nak ke Cameron, ada mesej dari roommate aku dulu, cik fatehah. bertanyakan khabar result UPU aku.

alamak, dah keluar ke? ade org kata Jumaat tgh hari. tp cik fatehah kata mmg dah keluar. dan beliau dah cek pun.

emak dan ayah dah mula suspen. tapi aku cool lagi masa tuh. aku malas nak serabut serabut, lagi pun mana ada internet masa tu (dkt Sg Petani) lagi pun dah lewat malam.

dgr cerita malam tu mak ayah aku x lena tidur. aku siap berdengkur, lupa pulak hal tadi tu.

esoknya dgn pertolongan rakan rakan seperjuangan, cik ngeng ngeng, cik B dan cik fatin (hah, 3 sekali kauuu) tolong semak kan aku punya keputusan.

dan Alhamdulillah, aku diterima masuk ke Universiti Malaya lagi utk kos Ijazah Pertama Sains dgn Pendidikan. pilihan pertama aku.

sbnrnya aku macam tak nak. tapi nak. macam mana tu?
tak nak sbb kena jadi cikgu.
nak sbb dekat UM.
nak ke, tak nak ke, aku kena terima dgn hati yg terbuka. dan redha.
pasti ada hikmah nya.

aku teringat dekat interviewer aku dulu. kalau ada laah, no phone encik encik sekalian, memang saya nak call dan cakap terima kasih sangat sangat. sbb bagi saya soalan soalan mencabar, tak tercapai dek akal saya yg masih mentah. dan terima kasih sangat sangat sbb saya berjaya lepas temu duga hari tu.

terima kasih banyak banyak!



ini antara soalan soalan yang kerap di ajukan.

1. kau duduk kolej berapa?
aku duduk kolej 9. ada siapa siapa sembilan?

2.kolej 9? jauhhh tuhh
ya, agak jauh. tak silap dah dekat luar. kott.

3. kau pegi ker?
yep, aku pergi. tak ada sebab aku tak mahu pilih kos tu. sbb aku yang letak first choice *padan muka*

4. jadi cikgu laa ekk?
nampak nya macam tu lah :)
panggil saya cikgu dayah. tak nak cikgu nabila atau cikgu ila atau cikgu nab. tak best. HAHA. demanding betol.

5. baik jadi lecturer.
cadang cadang macam tu lahh. tapi kena further master lah. *degree tak start, sibuk la pulak master cik D oiy*

6. yang lain lain macam mana? *soalan femes.
perlu ke aku senaraikan? hrmm, x perlu kott. ramai sangat.

7. budak SEMASHUR kat UM ramai ker?
setakat yang aku tahu,
cik fatin sofia
cik hazirah
cik shazleen
encik ahmad kamal


aku sendiri pun ada banyak persoalan jugak.

1. bayaran macam mana?
2. pinjaman ke, biasiswa ke ada?
3. macam mana nak apply pinjaman?
4. surat tawaran dia pos ke?
5. medical check up lagi? *tak suka!
6. berapa org satu bilik?
7. aku ni duduk fakulti mana? fak sains ke, fak pendidikan? keliru




saya mahu jadi cikgu biologi yang super cool! macm teacher madeq dan teacher rosliza!
dan pensyarah biologi yang paling cool! macam Puan K, Dr Shida, Dr Kamarudin, Puan Mahanom.
hahaha :)

tahniah buat rakan2 semua!

Thursday, June 17, 2010

expectation, leads to disappointment




saya sangat setuju dgn quote ni. kadang kadang bila kita terlalu mengaharap, benda yg kita harapkan tak menjadi. dan lantas menyebabkan anda kecewa.

ini beberapa contoh situasi



situasi #1

anda mengaharapkan spain menang malam ini, anda mmg mengharapkan spain meang, supaya anda boleh menang duit taruhan. beratus beratus habis.
tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

apa yang berlaku, anda kecewa. poket kopak, jiwa merana.



situasi #2

anda mempunyai seorang kekasih. cantik, menawan, ayu, sopan santun. tip top lah. anda memang berhasrat nak masuk meminang. dan mmg anda berharap utk jadikan dia isteri anda.

namun, tiada jodoh. ada org lain potong line. melepas.



situasi #3

di mana emak mengaharapkan si anak boleh membantu keluarga. belajar rajin rajin. kerja besar besar. supaya boleh laa hilangkan beban emak dan ayah.

apa yang terjadi?

si anak jadi tahi judi, kaki botol, penagih, mat rempit.

kecewaaa hati emak dan ayah



situasi situasi di atas hanyalah contoh, tiada kene mengena dgn hidup penulis.


penulis tak kata jangan berharap. tapi kadang kadang, terlalu menaruh harapan pun payah jugak. lain yang jadi.

tapi kalau kita nak kan sesuatu, kite kena laa berusaha, insyaAllah apa yang kita harapkan menjadi ;)

Wednesday, June 16, 2010

hottest VIP ever! A+ weyyy. tip top arhh



aku mula minat Kpop *artis2 korea punye lagu* masa aku form 3 kalau tak silap. dan ni semua adik aku yg pengaruh aku. dan ianya bermula dengan kedatangan DBSK (dong bang shin ki) dan Bi Rain ke Malaysia.

dulu2 zaman tak ada internet, adik aku selalu beli magazine cerita pasal Taiwan Pop. magazine tuh mmg tulis mandarin sepenuhnyaaa, dan aku serta adik aku langsung tak faham pun. adik aku beli, aku tumpang sekaki je. contoh majalah adik aku selalu beli Epop. kalau beli punn, tgk gambar je lahh. pastu gunting tampal dalam buku. buku tu khas utk koleksi artist yg kiterang minat. aku ada satu, adik aku satu. sebelum buat buku artist, kiterang buat buku lirik. semuaaa lirik yg jumpa, semua aku tampal. aku rasa ade lagi kott buku2 tu. haha. ni kire hobi laah. org kumpul stem, kiterang kumpul gambar.

dah baca majalah Taiwan pop. malam malam buat homework dgr radio Mandarin. channel 101.8; MY FM.

sbb asalnyaa, kiterang suka dgr lagu taiwan. paling aku suka sampai sekarang Jay Chou! semua lagu dia aku tahu. tapi x reti la nak nyanyi dgn lirik yg betul.

sambil dgr lagu, dgr laa sekali iklan pasal DBSK nak datang M'sia. masa tu lagu Rising Sun paling top. sedap wohh lagu tuu. setiap malam tunggu kt radio, sbb nak dgr lagu Rising Sun.

jadi sejak dari tu laaah, aku layan lagu lagu korea. dan sekarang dah tak dgr lagu Taiwan Pop lagi daaah. lagu Melayu aku tak pernah layan. tapi tahu laa jugak sikit sikit.

dulu mmg laaah, minat gila gila. terutama DBSK. tp sejak masuk SEMASHUR dah kurang sikit minat masa tu. sbb jarang dgr. tapi masa tu, peminat Kpop mmg x ramai lagi kt SEMASHUR.

tapi sekarang bila org tanya kau minat group Kpop yang mana? aku pun tak tahu lah nak jwab. sbb semua pun aku layan.

2PM,
2AM,
BIG BANG,
B2ST
CN Blue
MBLAQ,
SHInee
SuJu
SNSD
Epik High
f(X)
2ne1
F.Cuz
bla bla blaa

arh, banyak weyh. kalau aku tulis semua pun bukan korang tauu pun

aku cuma nak cerita jer, macm mana aku boleh terjebak dgn Kpop neyh, sbb tadi aku sibuk dok register jadi fan dierang tuh.

artist Kpop punya fan mmg fanatic habis. dan sangat dedicate dgn group kesayangan dierang.
dan siap ada gelaran lagi.

setakat yg aku tahu

big bang : VIP
b2st : be2tifull
DBSK : cassiopeia
SNSD : SNE (sebut sowon)
CN Blue : Boice
suju : E.L.F (everlasting friends)
MBLAQ : A+
2PM : hottest
UKISS : kiss me
SS501 : triple S
wondergirl : wonderful
SHInee : shinee world (shya-wol)
FT Island : primadonna
Kara : Kamilia
2ne1 : black jack

yg paling latest Jay Park punya fanclub JAYWALKERS *selepas dibetulkan adik*

semua nama2 ni, bukan main letak je. ada sebabnya.

setakat yg aku dah register, aku sekarang A+, VIP, Hottest!

Sunday, June 13, 2010

use your brain


use your brain, use your brain laaaaa sebut macm PCK ---- Pua Chu Kang Pte Ltd



tgk tajuk pun dah tahuuu kann, ini mesti entry emosi.

aku mmg jarang baca surat khabar.
dan bila sekali baca, aku mesti emo.

semua benda aku rasa tak kena, semua aku ngomel kan.
ini tak betul, itu tak betul.
macam makcik makcik.

aku ngomel sorang2. kalau ade yg dgr, mesti komplen aku ni baca paper bising.

x payah laa baca paper, tgk TV pun. tambah2 kalau tgk berita. telinga aku cepat je panas. ada saja nak dikomplen. tengok laaaa mak ayah dia jugak. haha.

tak tauu laaa, bila aku dah start driving nnt. semua aku nak komplen kott. tapi aku mulut je bising, tak de laaa sampai nak maki hamun semua.

tp aku bukan jenis panas baran, cuma kadang2 emotional sikit. bese laaaah, perempuann kannn.

menyampah pulak aku baca paper kalau bab bab anak dara orang lari dari rumah ikut mamat-indon-muka-tak-berapa-nak handsome atau pun ikut mamat-bangla-hari-hari-ketiak-bau-masam.

tak punnnn,

sbb terpedaya dgn mamat yg jumpa dekat laman laman sosial. kalau dah kt laman2 sosial tuuu, tau tauu laaa, mesti laaa mamat-melayu-yang-nak-merosak-gadis-perempuan-bangsa-sendiri. sbb mat2 indon dgn banglaaaa, tak berapa reti nak main fb dgn twitter.

kalau dah start dgn 'hai, boleh berkenalan'
baik kau stop, dan blok mamat tuh.

jangan percaya.

aku mmg tak puas hati laah, kalau perempuan lari ikut jantan ni.
dgn, kalau perempuan nangis sebab lelaki. tak kisah laa siapa yg salah.

ikut sukaaa haaati kauuu je, tinggal kn keluarga, semata mata nak ikut jantan.

atas alasan,
'tak bebas'
'tak nak susahkan mak ayah'
'nak cari duit sendiri'
'nak berdikari'

kaau tak pernah bace paper ke minah minah yg nak lari ikut jantan woiyhh.
*haaa, kannn dah emooooo dahhhhh*

die jual kauu, kau kena rogol, kau jadi pelacur, kau jadi orang gaji.
kau suka?

aku mmg cukup tak faham laaah.

ingat best ke tinggal merempat.
ingat best ke kerja.
ingat best ke berdikari.
ingat best ke ikut jantan tu.

belum tentu hidup kauu terjamin oiyhh.

tak nak menyusahkan mak bapak konon, pigidahhh.

kau tak tauuu, mak ayah kauuu kt rumahhhh macam nak mati cari kauuu. tak senang duduk weyyyy. teringat kat anak-yang-tak-kenang-budi dah makan ke belom, sihat ke, sakit ke, duduk kat mana, dgn siapa, selamat ke.

aku kesiannn kat mak ayah kauu. kau x kesian?

duduk rumah lagi best kott, boleh tgk TV, makan mak masak, duit ayah kasi, kasih sayang melimpah ruah.

apa rasional kauuu lari keluar rumahh. dunia kt luar tu kejam. bukan semua orang boleh percaya.

ayah aku selalu pesan
'trust nobody'
ayat ni mmg macam kejam. tp betul.

sbb kadang kadang.
harap kan pagar, pagar makan padi.


ini kesan akibat aku baca surat khabar.
emosi yg mendalam.

ke pantai kita pergi! #2



klik gambar utk imej lebih memuaskan ;)



hari ini merupakan hari kedua holiday trip kami.
perjalanan mengambil masa hampir sembilan jam! WHOAH.
mana tak nyaa, dari hujung peta sampai dah nak habis peta dahh travel.
tgk laluan hijau

ayah laa kesian. sebab die sorang je yang drive. tapi penumpang ni penat jugakk.
tapi macam biasalaa. aku tidur je lah. hahaha.
hampir 80% masa aku dalam kereta aku tidur. tudung mmg tak payah cakap lah. dah herot herot dahh. dgn jalan yg gedegak gedegak. ayoiiyh.



bagus gak hotel Felda Residence ni, ade sedia free wifi ^^



Saturday, June 12, 2010

sepak laaa bola tu kuat kuat



sana sini orang cakap pasal FIFA 10.

dan saya memang tidak into it. dan nasib baik ayah pun tak berapa menggila sangat pasal FIFA 10 ni. jadi kami 3 org perempuan di rumah sangat bernasib baik. kalau ayah bukak pun, kejap kejap je.

tapi kalau Kedah ---- pasukan kegemaran ayah yang lawan. aisyyy. mmg payah lahh. TV ayah laa yg empunya. kami semua masuk bilik buat hal masing masing. tinggal ayah sorang sorang jerit goal! bila bola berjaya di gol kan. kesian ayah, x de geng.

ada sekali tercuri dgr perbualan ayah
'saya suka tgk Manchester United lawan. sbb depa main syok. tapi kalau depa kalah lagi saya syok. sama macam England. kalau depa kalah lagi saya suka'

=___________='

macam mana nak describe tu? suka, tapi kalau kalah lagi suka. ayoiyh.




Friday, June 11, 2010

ke pantai kita pergi! #1



besok dah nak start round satu M'sia.

bermula dari desaru, Johor. kemudian Kuala Terengganu. diikuti dgn Besut, Terengganu. pulang ke Sungai Petani, Kedah dan Simpang Empat, Perlis. dan sebelum pulang ke Kuala Kubu Bharu tercinta, kami singgah dulu Cameron Highland, Pahang utk satu malam.

fuuh. sapu satu M'sia.

kalau ikutkan tips ber'holiday' yg telah saya post kan dulu.


7. pastikan MP3 milik anda di charge penuh.

ini bagi memastikan anda tidak bosan mendengar lagu yang di pasang oleh ayah anda yg anda sendiri tak tahu lagu dari tahun apa.
jika anda tidak mengambil langkah ini, anda dicadangkan utk tidur sahaja.

kalau dgr MP3 jgn kuat sangat, nt tak dengar mak ayah punya gosip.
waktu dalam kereta baru boleh dgr semua cerita. haha.

tapi selalunya saya akan tidur =='


ingat lagi tips diatas?

utk pengetahuan semua, mp3 player kesayangan sudah rosak. sobs. rasanya die merajuk.
ahh, mengada ngada lah kau. aku dah tengah kering nak beli yg baru punn.

habis tu macam mana neyhh. ini antara keperluan penting jugak. haaaih.
nampak nya terpaksa laaah layan lagu yg ayah pasang.

dan disebabkan saya akan agak sibuk minggu depan. jadi kurang lah masa utk on9 dan mungkin tiada update utk minggu depan. atau tgk lahh macam mana. kalau hotel ade sedia wifi free bagus laah jugak ^^

haha. terok betul. internet tak ada mula laah nak resah.





nak adil masuk court lah


kadang kadang, hakim pun bukannya betul sangat.



hidup mmg kadang kadang tidak adil.


aku punya laaah usaha 2 tahun. tapi hasilnya biasa2 je.
engkau usaha 2 hari. hasilnya, wow. sama macam aku usahakan utk 2 tahun.

tak adil, tak adil.




monolog hati :
tak apa D, usaha lagi. tp benda yg kau usahakan 2 tahun tu bukan penting sangat punn yokk.
baik kau usaha benda faedah sikit. ade laaa jugakk benda nak dibanggakann.

pakai tudung, pakai selendang



contoh gadis semasa.





tadi ade nampk kt page cik YUNA

memang ada nampak cik Yuna kita tweet pasal mende alah neyh. tapi aku buat tak tau je lahh. sbb nampk mcm x de faedah je.

lepas tu tadi nmpk lagi, die letak link di atas. dan saje laa usha usha page die, ade sape sape ke letak gambar.

dan ramai gak letak gambar yg telah di edit. hrmm, boleh tahan.
dan sememangnyaa diriku sedang dilanda kebosanan. jadi aku pun mula mengedit gambar. ada 3 gambar aku hantar.

masa aku buat tu, aku tak sedar pun ni sbnrnya contest. HAHAHA. aku buat saja suka suka je. lepas tu baca sekali lagi. baru perasan ni sbnrnya contest.

dalam banyak gambar tu cik Yuna ada pilih beberapa gambar utk diletakkan di dalam tumblr beliau. dan dari senarai yg di dalam Tumblr tu baru die akan pilih Top 5. tak silap contest ni habis akhir bulan enam ni.

dan salah satu gambar yg aku edit berjaya memasuki Tumblr beliau. YAYYY!
haha, belum tentu menang. saje je letak.





kepada owner gambar minta maaf, saya cilok gambar anda. dan saya tak letak credit pun. dan saya sendiri pun tak tahu siapa owner gambar ni. yang pasti saya jumpa di Tumblr, dan saya edit sendiri.

bila tgk balik kann. rasa macam nak cakap 'cantik jugak aku edit' HAHAHA.
sila ignore budak perasan ni.



tak rugi aku sibuk mereblog gambar. boleh jumpa benda benda menarik.


ada seorang member pernah tanya.

kau reblog based on ape eh?

jawapan aku.
saja suka suka. mana2 cantik dan comel aku reblog lah. tak ada motif langsung. tp kalau anda rasa ianya spam. anda boleh unfollow saya.

lagi satu, aku reblog utk followers aku yg menanti post post menarik utk mereka reblog balik.


psssst, follower aku ramai gakk. hahahaa. *ahh, poyo lagi*

.............................................................

pernah tak terjadi dekat anda, bila anda suka benda baru, benda lama yg ada dgn anda sekarang ni seakan akan merajuk?

err


ni contoh

'nak beli iPod touch laaah'
dan tak semena mena bila nak guna mp3 player sedia ada, ia akan buat hal.
x mau ON lahh, hang lahhh, nak charge x boleh. macam macam laahh.



it happens to me, ALL the time.
haihhhh.
belom papehal dahhh merajuk


Thursday, June 10, 2010

terdesak, mendesak, didesak



sesak nafas aku

bila aku ajak sungguh sunguh maksud nya aku beriya nak ajak kau.
tp kalau aku dah ajak jgn buat 'tak nak arhh'


sebb aku x mahu jadi 'pushy'

bila aku nampak macam terlalu mendesak, kau akan terdesak.
lantas keikhlasan tu hilang, lalu menjadi terpaksa.

dan bila terpaksa, muka kau nampk tak ikhlas bila datang.


dan bila aku ajak tak beriya ajak kau.
bukan maksud aku x mahu kau datang.

seperti sebab diatas.

aku x mahu jadi 'pushy'

bila aku nampak macam terlalu mendesak, kau akan terdesak.
lantas keikhlasan tu hilang, lalu menjadi terpaksa.

dan bila terpaksa, muka kau nampk tak ikhlas bila datang.




dan kau ade org nak blame bila benda yg aku ajak kau buat bersama tu tak best. kau akan blame aku. sbb aku yg ajak kauu buat benda tak best.


Wednesday, June 9, 2010

kisah adik beradik



semalam ada kelainan sikit dalam rutin harian aku.
selalunya, waktu petang pukul 4 sampai 6 saya penuhkan masa dgn tidur.
dan bangun pukul 6 baru nak solat asar dan basuh pinggan =='

tapi semalam adik ajak main badminton. HAHAHA.

berpeluh laaa jugak, peluh lebih sebb banyak asyik kutip bola tangkis. ceyh.


ade angin, cm susah sikitlahh nak main.

ini pun sbb adik yg ajak. kalau tidak jumpa atas katil je lah ;)



.............................................................





ini kerja kami adik beradik. berbalas tweet dan komen. padahal bilik sebelah sebelah.

Monday, June 7, 2010

hajat malam ini



nak tidur awal.
sebab hari ni tak tidur petang.
jadi kena tidur malam awal sikit.



................................................




mereka tiga orang shopping spek mata. huh. dengki. masing masing beli spek baru.




nak jugakk.
tapi tgk adik sendiri cakap apa.



adeyhh. baek tak payah.



gambar background twitter adik aku censored sikit, terlalu panas. HAHAHA ;D


I just ate my heart



kisah makan hati #1

bila saya kata saya tidak tahu:



mungkin sbb

1. saya memang tidak tahu.

saya bukannya robot yang sudah di programkan utk tahu semua benda.
tapi encik google kan ada utk minta tolong.
dan saya memang belum habis menuntut sesuatu ilmu atau kemahiran.


2. saya tak mahu beritahu.

sbb saya rasa kalau saya terangkan anda bukannya tahu pun. penat explain itu ini. anda masih terpinga pinga. tambah2 kalau dalam telefon, dan anda expect saya utk terangkan utk benda yg sepatutnya saya ada di depan dan ajar.

dan utk mengelakkan keadaan itu, saya cuma cakap saya tidak tahu.

dan anda dgn serta merta cop saya
*satu ayat dibiarkan kosong*

kalau anda pandai sangat, buatlahh.

kalau nak tahu, saya 'tak kecil hati' dgr anda cakap macam tu
dan kalau ikut hati, mmg saya nak letak je terus phone tu.

tapi saya masih respect anda. mungkin anda terlepas cakap.
dan anda tak perasan.



kisah makan hati #2


kalau anda merupakan tuan rumah, hendaklah anda salam dgn tetamu yg hadir serta pandang muka dan senyum. serta tuturkan ucapan terima kasih dalam keadaan yg ikhlas kerana sudi hadir. dan mempersilakan tetamu masuk dgn beriya. bukan macam mahu tidak mahu.

*sila bayang kan tuan rumah yg beriya mengajak tetamu masuk*

even penat sekali pun, kena jugak senyum. jangan bukan buat muka tahi. kerana anda tuan rumah, muka perlu manis.


mengenai doorgift. kami bukan nak sangat pun setakat telur rebus tu. boleh rebus dekat rumah kot. tp tak perlu laa nampak sangat ke'pilihan kasih'nya ituu.

yg datang pakai baju cantik2. gaya macam mak datin sikit. baju lip lap lip lap sikit. pakai shades agak2 harga dua tiga ribu dihulurnya doorgift.

kami yg datang pakai baju kurung dgn sandal ni langsung tak dipandang.

hey, kami tetamu lah.


ye lahh, kenduri dekat rumah org kaya2. kami ni siapa je pun. habuk tepi jalan je.
kami datang dari jauh utk memenuhi undangan.


Sunday, June 6, 2010

ini bukan kisah baru



dah lapuk sikit lah.


encik artist : ini bukan Amerika Syarikat di mana rakyatnya berfikiran lebih terbuka dan sangat terbuka.
saya rasa saya faham isu encik. encik cuma mahu bergurau bukan?
tetapi 'awak busuk' bukannya lawak yg terbaik.
malah, tak lawak langsung


peminat wangi: nampak sangat awak tak fanatik dgn encik artist. bukan saya suruh awak jadi fanatik. tapi kalau awak betul betul minat. awak akan terima seadanya. mungkin awak tak busuk pun. encik artist cuma bergurau.
alaaaah, 'awak busuk' bukannya teruk sangat pun.
tak payah laaa sebar satu Malaya sbb dua patah perkataan. di mana kalau dalam bahasa melayu, dua patah perkataan itu cuma frasa ayat sahaja. x cukup syarat nak jadi ayat pun.

awak nak pujian ke? meh saya kasi 'awak cantik bak bidadari, harum semerbak kasturi, wajah mu nan ayu tiada bandingan, pipimu mulus bak putik kapas, kakimu langsing bagai hujung ranting'

cukup? saya boleh tambah lagi. tak kisah sikit pun.


para wartawan hiburan: dah tak ada cerita lain ke? dah masuk minggu kedua kott isu ni. bosan lah.




aduhh, ini laaah Negaraku. benda kecil, tak penting langsung nak heboh macam boleh tinggal kesan dekat ekonomi negara. atau pun kalau tak selesai boleh sebabkan perang dunia lagi sekali.

haaihhhh.


Friday, June 4, 2010

jauh perjalanan, lagi lama tidur



cuti sekolah dah nak dekat. jadi buat siapa2 yg nak pergi bercuti atau pulang ke kampung, hati hati dalam perjalanan.

jadi di sini ada beberapa tips yg selalu saya dan keluarga amalkan sebelum dan semasa bercuti.


1. booked hotel paling2 dua bulan awal.

untuk mengelakkan dari tak dapat bilik.
tambah tambah kalau nak bercuti waktu cuti sekolah.

kali ini pun nyaris nyaris dah penuh.

kalau balik kampung tak perlu kot nak booked bilik kt rumah nenek


2. bertolak awal pagi.

saya yakin pasti, tempat yg hendak dituju akan sampai tepat pada waktunya, atau pun lagi awal dari waktu nya. supaya petang sudah boleh rehat. kalau zaman kecik2 dulu, boleh pergi swimming pool! seronokkkk weyh. w.pun mandi dengan adik saje.


3. bawak bantal.

haha. jgn gelak. saya masih buat ni sampai sekarang. saya tak mempunyai bantal busuk ye. pegi laa mana pun (dgn family lah) kalau kena overnight. balik kampung, pegi laa jalan kemana pun. bantal saya pun akan sampai jugak.


4. pakaian secukupnya

ni mesti laa kena ada. jgn sampai terlupa pulak. pernah terjadi (cerita dulu laaa), siapa entah tak bawak yg kecik kecik tu *jgn tuduh saya eh*
terpaksa laa mak pegi beli yg baru.

kalau tertinggal berus gigi tak pe lagi. guna jari gosok gigi. bersih gak. *jgn tiru* tak sopan.


5. susun atur plan dan backup plan

ayah memang cekap bab ni. semuaaa dia dah atur.
lepas ni apa, lepas tu pegi mana, bila makan, bila boleh tidur, berapa lama boleh tidur.
mcm contoh perjalanan ke Sg Petani, Kedah dari tol PLUS tanjung malim mengambil masa 4 jam. jadi ayah akan cakap 'sape nak tidur, boleh tidur. ada lagi 4 jam nak sampai' dan saya merupakan org pertama yg tidur. dan paling banyak tidur atas kereta. tak ada siapa boleh challenge. haha. dan akan terjaga bila dah tersedak sedak.

tak tau lah apa sebab. kalau tidur dalam kereta selalu tersedak atau batuk. pelik betul.


6. sapu 'rain act' dekat cermin depan

apa tujuan 'rain act'? ini adalah cecair yang disapu pada cermin utk mengelakkan cermin menjadi kabur pada waktu hujan. dgn adanya 'rain act' ni, cermin akan jadi lebih clear, dan menyebabkan pemanduan menjadi kurang merbahaya ketika hujan lebat.
saya takut bila hujan lebat gila sampai tak nampak kereta depan.
dan akan ambil keputusan dgn tidur. haha. tidur lagi.


7. pastikan MP3 milik anda di charge penuh.

ini bagi memastikan anda tidak bosan mendengar lagu yang di pasang oleh ayah anda yg anda sendiri tak tahu lagu dari tahun apa.
jika anda tidak mengambil langkah ini, anda dicadangkan utk tidur sahaja.

kalau dgr MP3 jgn kuat sangat, nt tak dengar mak ayah punya gosip.
waktu dalam kereta baru boleh dgr semua cerita. haha.

tapi selalunya saya akan tidur =='


8. jangan tidur dalam perjalanan

okey, sila gelak. gelak kasi guling guling. cepat. guling lagi. kasi masuk longkang.
sekarang bangun. tarik nafas. okeyh, gelak balik. guling lagi. lagi lagi.
dah stop. cukup cukup.

ini peringatan boleh diguna pakai utk sesiapa yg jarang tgk jalan dan rumput. selain dari itu, boleh tidur macam saya.


9. bawak charger phone

ini penting utk mengelakkan daripada kehabisan bateri. tambah tambah kalau tgh holiday buat masa yg panjang. kredit tak perlu top up kot.


10. tinggal kan makanan utk kucing

ini tipu. saya tak pernah tinggalkan makanan pun. HAHA.
biar mereka berdikari.
jaga diri ye.


11. baca doa perjalanan

mohon Allah selamatkan perjalanan pergi balik.
saya buat ni, sekali dgn doa tidur. lepas baca doa, terus tidur.




Thursday, June 3, 2010

beratur panjang, rajin cari makanan


aku tgk tong sampah aku nmpk korang
aku tgk titisan air oren aku nmpk korang
tengok dinding nmpk korang dok beratur, tapi tak berapa nak lurus
aku makan tumpah sikit, karang berderet deret korang datang
aku duduk atas kerusi. aku nampak korang lagi
ni kerusi aku lah

aku tertinggal lauk ikan atas meja
aku terlupa nak tudung roti
dekat botol sos cili
korang jugaaak aku jumpa

hah, tu siapa tak angkat gelas air minum tu.
dah la air manis.
kejap lagi ade laaa tu yang nak datang.

haaaih semut.
penat laa aku tgk korang, kat mana2 pon ada. ridsect mak aku beli bulan lepas dah ringan dahh.
tak boleh sikit. kejaaaap kang korang mesti datang nak kerumun.


aku cakap aku benci kat korang. mak kate tak baik. korang pun makhluk Allah.