ayah begitu nampak begitu tergesa gesa sekali ketika pulang dari rumah utk makan tgh hari bersama kami. kami tiga beranak hairan, kenapa sampai macam tu sekali. biasanya kalau kelam kabut macam tu mesti nak kena berkejar utk buat sesuatu lah tu.
dan ya, ayah berkejar utk ke sekolah semula. ada mesyuarat katanya.
oooo, mesyuarat ke. patutlahhh.
ayah mula mencedok lauk, dan makan dgn agak cepat dari biasa. emak juga begitu. kata emak dia perlu masuk ke pejabat, kerana waktu itu jam sudah menunjukkan pukul dua.
adik dan aku tak perlu nak tergesa gesa, sbb kami mmg x ada benda utk di kejar. adik nmpk tenang mencedok spagetti (dia sorang je makan spagetti. semalam dinner punya x habis) dan menyuap masuk ke mulut.
tp disebabkan aku lihat kedua ibu bapa aku agak laju. aku pun terikut.
tapi aku jugak yg lambat habis. ambil feel masa makan. tak best kalau makan laju sangat.
tak sempat aku dan adik aku kemas meja makan. ayah sudah pun mem'broommmm' motosikal nya dan hilang dari pandangan, lesap ke sekolah. emak yg ketika itu sedang bersiap, hairan akan kepantasan ayah yang terus hilang selepas makan.
aku cuma cakap
"iye laahhh, ayah bukannyaaa kena pakai tudung, pakai make-up, bubuh gincu sikit sambil tgk cermin."
itu kelemahan perempuan kalau bab bersiap. lambat. semua nak perfect. tudung x boleh kedut, tak boleh ada gelembung, baju nak kena iron, seluar kena match, nak pilih kasut yang ada dekat sepuluh, gincu, bedak alas, foundation, celak, pemerah pipi. aaah, macam macam.
itu perkara normal setiap gadis atau wanita buat kalau bersiap.
tetapi aku tidak.
kalau bagi aku 15 minit cukup lahh *kalau keadaan terdesak*. untuk aku mandi dan bersiap pakai baju dan tudung lengkap. 15 minit adalah jangka masa paling cepat utk aku siap. aku pernah buat kott rekod ni. pergh. rasa bangga di hati. haha.
dalam masa 15 minit apa yang aku buat?
10 minit mandi. sabun dgn gosok gigi sudaaa.
5 minit pakai baju seluar dan tudung.
tadaaaa! dah siap.
haha. aku memang mcm tu. tak pakai bedak, tak pakai lipstick, tudung suka hati. kadang2 horror gila. lantak lah.
tudung pulak, tak pernah nak buat fesyen fesyen. pin satu kt bawah cukup. cara ni selamat dan confirm menutup asset yang ada. hahaha.
dan disebabkan aku seorang yang pantas dalam hal hal bersiap. membuatkan aku kadang kadang geram menunggu orang bersiap. aku kurang gemar menunggu.
menunggu buat aku rasa terseksa. argh.
perasan tak. tajuk post ni. sumpahh tak boleh belaaaaaaaaaaah! HAHAHAHA :DD
gambar sempena post ni. ツ
10 comments:
hahahah dayah sempoi! tetap comel!!!!
hehe..terer gilaa dayah siap 15 minit je..and, tajuk post best! :D
hahha, yeahhh!
laju gle ko siap dayah. macam laki. anddd, sape pny bibir tu seksi gila weei. cm bibir heroin prince of persia. seriously hot
ok dayah...pasal ko gelak bile sebut asseet tu...haha..ak pon nak gelak...awk ni klaka la dayah....
muli: aku baru develop skill tuh masa dekat pasum. hahaa.
bibir sape aku x tauu, main kebas je. hahahaa
qayyum: gelak pulak. mende betul ape. hahaa. aset kena jaga laah. hahaaha.
pergh..bibir 2 seksi gler..tergoda r..hahahaha
hahaha, mira kau pun tergoda ker? hahhaha
ak pn xgemar tgu org siap sbb ak pn THE FLASH mcm ko dayah! ahhaha
pakai tudung yg stok2 endon tu, SERIOUS SENANG. ^^
aku x de laa sampai tudung indon tuh. HAHAHAHAHAHA. kalau aku pakai tudung tuuu, lahi the flaaaassshh arhh. hoho
Post a Comment