Monday, June 7, 2010

I just ate my heart



kisah makan hati #1

bila saya kata saya tidak tahu:



mungkin sbb

1. saya memang tidak tahu.

saya bukannya robot yang sudah di programkan utk tahu semua benda.
tapi encik google kan ada utk minta tolong.
dan saya memang belum habis menuntut sesuatu ilmu atau kemahiran.


2. saya tak mahu beritahu.

sbb saya rasa kalau saya terangkan anda bukannya tahu pun. penat explain itu ini. anda masih terpinga pinga. tambah2 kalau dalam telefon, dan anda expect saya utk terangkan utk benda yg sepatutnya saya ada di depan dan ajar.

dan utk mengelakkan keadaan itu, saya cuma cakap saya tidak tahu.

dan anda dgn serta merta cop saya
*satu ayat dibiarkan kosong*

kalau anda pandai sangat, buatlahh.

kalau nak tahu, saya 'tak kecil hati' dgr anda cakap macam tu
dan kalau ikut hati, mmg saya nak letak je terus phone tu.

tapi saya masih respect anda. mungkin anda terlepas cakap.
dan anda tak perasan.



kisah makan hati #2


kalau anda merupakan tuan rumah, hendaklah anda salam dgn tetamu yg hadir serta pandang muka dan senyum. serta tuturkan ucapan terima kasih dalam keadaan yg ikhlas kerana sudi hadir. dan mempersilakan tetamu masuk dgn beriya. bukan macam mahu tidak mahu.

*sila bayang kan tuan rumah yg beriya mengajak tetamu masuk*

even penat sekali pun, kena jugak senyum. jangan bukan buat muka tahi. kerana anda tuan rumah, muka perlu manis.


mengenai doorgift. kami bukan nak sangat pun setakat telur rebus tu. boleh rebus dekat rumah kot. tp tak perlu laa nampak sangat ke'pilihan kasih'nya ituu.

yg datang pakai baju cantik2. gaya macam mak datin sikit. baju lip lap lip lap sikit. pakai shades agak2 harga dua tiga ribu dihulurnya doorgift.

kami yg datang pakai baju kurung dgn sandal ni langsung tak dipandang.

hey, kami tetamu lah.


ye lahh, kenduri dekat rumah org kaya2. kami ni siapa je pun. habuk tepi jalan je.
kami datang dari jauh utk memenuhi undangan.


No comments: