Thursday, August 25, 2011

Aku lah surirumah bermusim !

*baca dengan gaya Doraemon punya tajuk cerita*

Okeyyyy baru jengah blog blog dalam list 'Them'
Dah lama tak bukak blog dierang ni.



HOMAIGAAAD.


RAI. BUAT. PAVLOVA (!)


Hari tu aku yang semangat semangat nak buat. End up yang buat Taiko, Wowo, dgn Rai.

Aku tak buat lagi. Gaaah!
Duduk KKB susah nak cari baraang.


Manaaa nak cari strawberry dgn whipping cream kat sini?!

SOBSS

Aku dah usya resepi dia. Senang je.
Aku ada tanya pakar pakar yang dah pernah buat. Wowo dgn Fatin Hilmi.

Memang senang pun.

ONE DAY, AKU KENA BUAT JUGAK. #SemangatWaja

Business untung banyak, untung senang


Bulan bulan puasa macam ni laah sibuuk nak main game.
Game nak yang ada kena mengena dgn makanan je.

Terliurr kau tauuu main game ni.



Ini baru sikit. Mula mula tak mencabar, lamaa aku pun naik pening nak layan order customer aku.

Makin lama makin banyak pulak songehnya.






Yang bestnya kann game ni, ada 3 jenis restoran.
Jual Burger, Cake @ Waffle, dgn Lasagna

Nampaak sedap kaaaan :9







Kena lah susun makanan tu ikut apa yang customer order.
Mula mula 2 lapis je. Lama lama berlapis laaapis o.O



Agak agaaak dah banyak sangat songeh, kau tutup je kedai.


Game ni best! Nak banding dgn Wedding Dash atau pun Dinner Dash. 
Mungkin sebab aku dah boring main game tu kot. 

Plant vs Zombie aku suka gak. Tapi aku dah sampai level yang agak susah *bagi aku je lah orang lain main senang je PFFT* aku dah malas nak main. 

Aku mmg cepat give up punnn kalau main game. hahahha.


Siapa nak download Game ni download kt sini


Download je game tu, dia dalam format .rar
Jadi korang kena extract lah lepas tu.

Right click >> Extract Here



ENJOY!




Wednesday, August 24, 2011

Kurang Air



#WW aku dah post. Yang previous post. Tak puas lahhh, aku still nak tulis something gak. Muahaha.

Kadang kadang tak faham jugak blogger ni kannn. Kata 'wordless', tak perlu kata kata.
Kau letak gambar pastu publish je lah.

Tak perlu caption bagai bagai.


Semalam aku jumpa resepi Puding Karamel dekat iluvislam. Sumpah aku teringin nak buat.

Telur    
Susu    
Gula    

Semua bahan asas ada. Bahagia hati aku kejap.

Dia kata kena bakar. Fine. Oven pun ada. Tapi dia nak aluminium foil.
Alamak. Tak adaaaa. Tak apalah, aku decide nak buat jugak.



1. Sediakan Karamel dulu. Gula dimasak dgn air sampai keperangan.

Bukak api, letak gula + air sikit. Kacau kacau. Kacau lagi.
Tapi tak perang perang.

Aku ambil keputusan, sbb dia tak perang lagi. Aku pun tuang dalam tray pembakar tu.



Then sambung baca resepi, laptop atas meja makan.

'Masukkan gula untuk karamel ke dalam periuk dan air sedikit demi sedikit.
Air tidak perlu terlalu banyak tetapi jangan pula terlalu sedikit. 
Gunakan api yang sederhana besar, kacau gula didalam periuk tersebut sehingga berwarna keperang-perangan dan tidak terlalu pekat.'




AMAGAD. Tambahkan air sikit, sikit. Aku tak buat step tu!


Aku pun tgk balik gula dalam tray aku. 




Dia dah start mengeras. Daaaang!






Dah jadi gula gulaaaa lah pulak.








Simpan telur, simpan susu. 


Masa utk membuang karamel yang dah jadi gula gula tu.
Gigih gila, nak buang gula keras tuu.


Susaaaah tauu tak.


Langkah ini perlu utk tutup bukti. Supaya mak tak tanya 'Apa yang dah kamu buat??'




dengan segala usaha gigih, aku berjaya mengcungkil semua gula keras tu.












Puding Karamel;  FAIL.








Pukul 5.30pm mak balik.


'Mak, tadi kaklong ingat nak buat Puding Karamel'
'Isyy, toksah laaa. Ingat senang ke nak buat'
'Kaklong tgk resepi dia kata senang je.'
'Habis tu kamu buat ke?'
'Tak buat pun. Aluminium foil tak ada'







#WW


Harry Potter in S U B M A R I N E

Malam ni seperti malam malam yang lain, tak tahu apa nak di buat. 
Tapi selalu tidur lewat malam jugak.
Sebab tunggu download material siap.

Jadi nak penuhkan masa lapang, aku ingat nak tengok movie mana yang dah aku download dan siap join






Baca review orang cakap best. Aku pun tengok lahh. 45 minit lah jugak aku tengok. Tapi malas nak habis kan.

Mungkin style movie ni bukan minat aku. Sebab sesetengah orang suka cerita macam ni. 

Nak tahu pasal apa, pergi cari review sendiri. 


Aku Stop. Fikir fikir fikir. Nak tengok apaaa eh.

Hrmmm, Harry Potter Deathly Hollow Part 1 tak tengok lagi. 
Tengok ni dulu lah 


Sorry laaa aku tak tengok laagi  Harry Potter Deathly Hollow Part 1 neyhhh haaa. Adoi nyaa punnn.



Dari mula sampai habis, perasan tengok cerita ni dalam ketakutan. Sebab he-who-must-not-be-named nakkan Harry. Mereka bersahabat perlu bersembunyi dan lari. Dan dalam masa yang sama mencari baki Horcruxes yang tinggal utk menghapuskan Voldermort. 

Memang berdebar lah dari mula sampai habis. 
Walaupun mula mula agak samar, apa yang mereka perlu buat aku macam tak faham.



Besok sambung tgk HP deathly hollow part 2 pulak.


Dah pukul 2 pagi. 
Pukul 5 nak bangun sahur.

Selamat malam dan Assalamualaikum. 






Tuesday, August 23, 2011

Pernah dulu aku ketagih berblogging. Adaaaa saja benda aku nak tulis.
Ada sajaa benda aku nak kongsi. 

Kadang post yang biasa biasa je pun aku ambil masa 2, 3 jam utk siapkan -___-'

Selalunya ambil masa bahagian utk Post Tittle.
Dan tajuk post aku selalu pelik pelik. HAHA.

Melihat keadaan aku yang agak kronik ketika itu, mak nasihat aku untuk berhenti blogging.

'Kak long, sudah sudaaah laa tuuu blogging'
'Bukan ada faedah pun, buang masa'

Masa tu aku ambil tak endah je nasihat mak.



Sekali lagi, mak tegur. Nada makin tegas.
'Kamu nak result elok ke, tak elok?'
'Kurang kurang lahh Facebook, Blogging tu semua'

Masa tu mak tak tau, aku makin rancak bertwitter.
Tweet sana, tweet sini. 
Dah gaya macam anak burung. 


Dan aku mula slow dan menjauh, dalam bidang blogging ni. 
Lagi pun aku tengok, blog aku tak setanding blog mereka.
Blog aku tak ada contest, blog aku plain. 
Blog aku tak ada benda best. 

Cuma kisah aku dan persekitaran aku.

Sampai satu  ketika, aku berhenti. Tiada lagi post dari aku. 

Mungkin sebab aku dah tak ada cerita nak jual. Sebab habis semua aku tweet.

Jadi tak ada kisah aku nak post kat sini.


Mungkin sebab aku ikut jugak cakap mak.
Alhamdulillah, result aku meningkat.

Memandangkan zaman selepas SPM. Zaman PASUM. 
Merupakan zaman kejatuhan aku. 
Jadi pencapaian result aku kali ni agak membanggakan. 
Tapi tak ada lah sampai 4flat weyhh. 

Agak skeettttt.



Mesti korang kata, kata dah berhenti. Ni kenapa ada lagi post?




BECAUSE I CAN.