Tuesday, May 4, 2010

satu persoalan




sedang di dalam perjalanan. aku terlihat signboard bahu jalan sebelah kiri.
aku diam.

dalam hati berkata
'jalan baru turap lah'

tak sampai 100meter, kembali semula ke jalan asal yg tidak berturap.
'masalah kewangan kot. tapi nak jugak buat'

tiba2, ayah bersuara
'buat jalan berturap pun nak kena bg tahu ke siapa yg buat. dah mmg tanggungjawab pihak berkenaan lah buat jalan. itu pun perlu ke nak letak signboard'

sambil menggelengkan kepala, dia memandu kereta penuh cermat.

ayah berkata lagi.
'tapi tak boleh salahkn pihak tersebut juga. sbb pihak yg lagi satu pun sama. pihak yg satu lagi memulakan dulu, dan mereka juga mahu tunjukkan apa yg mereka telah buat utk masyarakat. sbb kebiasaannya, pihak yg satu lagi akan menaikkan papan tanda besar, lagi gah mahu menunjukkan keprihatinan mereka kepada rakyat. buat sekolah, klinik, baik pulih infrastruktur. sepatutnya x perlu nak bg tahu, sbb itu sememangnya tanggungjawab mereka utk kepentingan rakyat. kalau tak mahu bertanggungjawab, jangan memerintah. senang.'

'habis tu, mcm mana dgn ibu bapa yg membesarkan anak2 mereka?
bagaimana dgn guru2 yg berhempas pulas mendidik anak murid mereka?
perlukah anak2 mereka memakai name tag bertulis 'ibu bapa saya yg membesarkan saya'?
perlukah guru2 tersebut menaikkan papan tanda 'kami yang mendidik anak2 puan puan dan tuan tuan'?

tak perlu bukan?
kerana dah sememangnya, tanggungjawab seorang ibu dan bapa membesarkan anak mereka. dan tanggungjawab seorang guru mendidik anak murid mereka.'


aku mengiyakan apa yg ayah ckp. emak cuba menambah sesuatu, tetapi aku lupa apa yg mak cuba bangkitkan. adik khusyuk mendengar lagu dgn headphone di telinga.




aaah, ini semua permainan politik. mahu memancing undi rakyat.
sesudah pilihanraya kecil. semua pun kembali ke asal.

kuala kubu bharu, aman semula. lengang. seperti tiada pernah berlaku apa2.





aku terbayang lagi... aku sedang memakai name tag tersebut.
patutkah aku bangga atau patutkah aku malu?




nota: perbualan diantara kami, tidak mungkin se'skema' ini.




6 comments:

nisa' said...

what name tag?

Unknown said...

name tag yg ayah aku ckp tuh.



'ibu bapa saya yg membesarkan saya'
hahaha.

mira m said...

k.dayah..
sgt stuju ape yg k.dayah ckp..

Unknown said...

actually, tu semua ayah kite yg ckp. kite mengiyakan je.

EmanTheHalia said...

smart ar dayah. =)

Unknown said...

thanks aimman!