Sunday, May 16, 2010

dua sifar sifar




ada seorang budak perempuan, jiran sebelah rumah, nama Dina. umur 6 tahun kalau tak silap. dia baru potong rambut. kalau tak, rambut dia panjang. boleh buat tocang. kalau tidur mak dia tak bukak tocang tu, sbb kalau die bangun nanti mesti rambut dia serabai.

dia memang suka dekat mak aku. kira mcm dia tu anak angkat mak aku lah. saya tak jeles ye.
dia suka masuk rumah aku, dan mak aku mesti kasi dia buku dgn pensel warna. lepas tu, mereka melukis dan mewarna bersama. sekali lagi, saya tak jeles.

sekali tgk muka Dina tgh mewarna dgn gembira tu macam watak Mary dalam cerita Monster, Inc. ingat tak cerita comel tu?



tiba2 aku teringat perkara2 favourite aku masa kanak2
dan ini antaranya,




mewarna dan melukis

pantang pegi kedai jumpa buku mewarna mesti nak suruh emak beli. walaupun dekat rumah yang ada pun tak habis lagi mewarna.

macam2 buku ada. tapi ingat laa jenis yang macam mana aku suka.
tp kalau yang ada gambar robot2, kenderaan ataupun pokemon dan sewaktu dgnnya aku tak akan ambil. aku lebih suka yang gambar2 macam anak patung, bunga2, yang comel comel laah. yg macam nampk boyish aku x suka.

aku selalu paksa mak atau ayah aku lukis kan gambar rumah. hahaha. bila ingat balik kan, antara perkara wajib yg kena ada atas kertas, rumah sebijik dgn 2 biji tingkap dekat atas kiri dan kanan penjuru rumah, dan sebuah pintu. bumbung mesti warna merah. dinding mesti kuning.

sebelah rumah ada pokok kelapa. belakang rumah ada 2 bukit, dengan matahari terbit.

dekat halaman rumah mesti ada anak ayam tgh makan. kereta sebijik. kereta pon mesti nak merah. pastu ada jalan depan pintu rumah, jalan raya nak pergi mana pun aku x tahu. HAHAHAHA.

setiap kali mintak lukis, gambar tu jugak aku mintak.




main paper doll

masa tu paper harga dia 40sen. ada macam2 design baju. cantik cantik.
aku dgn adik, masing2 ada sorang satu bakul. penuuuuuuh dgn paper doll.
bakul tu konon2 rumah dierang lah. tempat die tidur.

setiap minggu mesti beli sorang satu.
setiap kali ada yang latest mesti aku suruh ayah beli.
taukeh kedai pun dah tau kalau nmpk muka aku mesti sbb nak beli paper doll.

tapi paper doll x tahan lama. kejap je dah lunyai. benda murah.

start main mesti kena pakaikn baju pastu berlakon sikit. contoh lakonan

'nak pegi kedai kejap nak beli makanan'
'jom pegi!'

pastu aku jadi tukang jual. adik aku beli.

'nak yang ni lah'
'yang ni harga rm100 *harga nak up je'
'mahal lahh, kalau yang ni boleh?'
'boleh, yang ni murah'

balik rumah makan sikit ada lakonan lagi, pastu tidur.
konon2 dah esok, buat balik benda sama.
sampai bosan.
selalunya masuk kali ke 3 dah bosan. HAHAHA.




main masak masak

berangan mcm chef. masak guna pasir, tanah, rumput, daun kering, bunga kertas.
air campur tanah jadi milo, teh ais --'

set memasak lengkap sorang satu. ayah beli masa pegi pasar dekat Wang Kelian. sampai sekarang aku ingat lagi set memasak tu. entah mana pergi aku x tahu.

setiap kali masak x penah habis. lepas tu kena kemas balik. itu part paling x best.





selalunya aku main dgn adik aku. sbb aku tak reti berkawan sangat masa kecik2 dulu. sbb jiran aku selalu bertukar, x sempat nak rapat. dierang pindah.

jiran bawah bukit sikit budak lelaki. sama baya dgn aku, mula2 aku segan nak kawan dgn dia. tp sejak masuk tadika sama, kelas pon sama. aku pun kawan laa dgn dia. masuk darjah satu sekolah pun sama. tp aku tukar sekolah masa darjah 2. dan lost contact.

tp aku dapat tahu dia tukar sekolah jugak masa darjah 3. tak silap.
masa habis UPSR aku dengar dia dapat masuk SEMASHUR.
aku pun x sangka.

bila aku masuk masa form 4 aku teringat, member zaman kanak2 aku. mmg dia ada kt situ. tp kejap je. elok aku masuk 3,4 bulan lepas tu dia keluar. aku sempat tegur dia sekali dua.


dulu masa aku kanak2, aku selalu terfikir
sampai bila aku boleh mewarna?
sampai bila aku boleh shopping alatulis?
sampai bila aku boleh main semua ni?
aku risau nanti bila aku dah besar aku tak beli buku warna.
aku takut bila aku dah matang, aku dah x nak buat semua perkara di atas.
sbb aku sangaaat suka buat semua perkara2 diatas. dan aku harap aku boleh main mcm tu sampai aku besar.

dan hakikatnya memang seperti yang aku risaukan.



4 comments:

ika takiyudin said...

haha..part paper doll paling xtahan..aku pon suke main paper doll weh..kat kwasan perumahan aku ade cam kedai kat umah la kan..then hampir setiap hari la jalan kaki gi umah org tuh beli paper doll..(selang 2 baris dari rumah aku)

nabilahidayah said...

HAHHAHHAA :))

hari hari rasa nak beli paper doll kott.

sampai aku rasa dah ketagih kott

Qamarul Iqmal said...

weyh..ak pon maen masak2 jgk..kire ak pondan la eh?..haha..tp aku masak kayu, batu ngn daun..konon2 daging, ikan dan sayur..haha

nabilahidayah said...

rilekkk arrr, chef kat M'sia ni pon ramai lelaki kann? hahha :))

ha'aaah, aku pun pernah guna kayu, batu ngan daun gaak. HAHAHHA :DD