aku yakin dan pasti.
charger handphone LG KU990r aku ada dalam stor.
sebab masa aku berpindah dari kolej 12 dulu, aku dah cek satu bilik yg barang aku tak tinggal satu pun dekat sana.
aku pasti.
namun bila aku balik, aku terlupa akan phone aku. sekali tgk, bateri dah kong ting tong. bila aku kat rumah aku memang macam tu. phone hilang entah ke mana. 24/7 depan laptop.
top up pun tak pernah sejak dari bulan lepas, tapi ada baki lagi RM3.50. cukup laah tuh. kalau yg nombor celcom lagi best. sejak dari bulan Februari tak pernah top up, tambahan dapat kredit RM30 dari celcom masa bulan Mac hari tu. dan masih ada baki RM 15.30.
hebat kan aku? HAHA
sebenarnya kantoi kat situ,
nampak sangat diri sendiri tak ada orang yg nak mesej atau call.
atau
nampak sangat aku tak pernah mesej atau call orang.
=='
bukan aku kedekut kredit.
ini antara sebab2nya.
sebab pertama
aku malas nak taip mesej.
sumpah malas. tambah2 kalau guna touch screen tuh. asyik asyik salah. walaupun dah guna dekat 2 tahun, sepatutnya aku dah masak dengan perangai phone tuh.
tapi memang punn, kalau ikutkan. aku SEORANG saja yang faham perangai phone tuh. kalau masa nak snap gambar lagi laah. asal aku suruh org ambilkan gambar aku. dia mula buat perangai. gambar mesti, confirm jadi blur. sebab tu gambar aku paling x ada. huh! menggedik kan?
nak minta tolong orang lain taipkan mesej. hmmph, hampeh. dia akan buat perangai jugak. tekan tekan dia tak mahu jalan.
sebab kedua
aku lebih suka online. sebab ianya PERCUMA! apa apa yang percuma aku suka ^^
buat apa aku bazirkan wang kalau aku boleh buat benda tu percuma. *kedekut gak sbnrnya.
aku ada FB, kalau ada yg rindu boleh tinggalkn wall post. kalau nak borak boleh chat. kalau tak mahu chat, boleh komen komen.
utk respon yg lebih pantas. boleh terus buzz aku dekat yahoo messenger. jgn tanya pasal skype. aku dah buat register hari tu, tapi dah lupa password =='
kalau nak tahu perihal hidup aku. apa yang berlaku di sekeliling, boleh baca blog aku.
aku ada blog, ada tumblr jugak. twitter pon boleh. kadang2 aku buka juga.
dan kalau nak tanya soalan, tetapi tak berani nak tanya depan2. boleh tanya di formspring.
semuaaaaa dah tersedia secara online kan? haha :))
*sedang bajet hot. BHAAAHAHAHA :DD
tapi sbb ada kemudahan internet, aku sampai terlupa sahabat aku yg sorang tu. aku tau dia dah lama tak online. aku ada teringat nak tinggalkn wall post. dan aku ada tinggalkn wall post.
tau tau, dia call. cakap aku dah sombong sekarang. dah lamaaa tak contact dia. padahal aku tengah cuti, kiranya tak ada masalah utk contact dia.
mesej pun dia pun tak.
aku gelak. tak tahu nak bagi alasan apa.
dan sekarang sahabat baik aku tu tgh exam.
good luck ye, wanita anggun!
semoga yang terbaik bersama kamu.
sebab ketiga
coverage dekat kawasan rumah aku tak pernah penuh =='
kalau cakap dalam phone kejap dengar, kejap tak. almaklum laah, duduk dah dekat kawasan hulu. belakang rumah ada hutan pulak tu.
nak gayut lama2 pun tak syiok.
duduk dekat ruang tamu baru ada coverage. sikit. -_____-'
tapi tak kan nak bersembang dalam phone dekat ruang tamu?
tapi nasib baik wireless dia tip top. tee hee hee.
.........................................................................
siapa kat sini ada guna phone rumah?
aku boleh gayut guna fixed line, sbb line kt rumah aku PERCUMA!
kan aku ckap semua benda percuma aku suka. HAHAHA!
.........................................................................
mp3 player pun entah kemana.
bila nak guna baru meraban cari.
kalau nak basuh pinggan aku selalu dgr MP3 sambil pakai sarung tangan getah
warna merah :)
tangan sensitif konon. huh.
No comments:
Post a Comment