Friday, May 7, 2010

dua hari




benar, org kata.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
jadi ini sedikit tips bagaimana mahu bertutur agar tidak terlajak kata.



1. fikir dahulu sebelum bertutur.

pastikan anda kaji dahulu siapa yg anda sedang bercakap dengan. terutamanya jika beliau lagi tua dari anda. sila hormat. jgn kurang ajar.

walaupun mungkin fakta yg anda berikan itu benar. jangan tunjuk pandai. kerana mereka yg menyekolahkan anda. mereka makan garam lagi byk dari anda.


2. kawal nada suara

mungkin anda mahu mengekspreskan yg anda betul dgn cara anda sendiri. tp sila ingat. mereka bukan kawan anda.

jika nak bercakap dgn kawan juga ada caranya.
sama juga jika anda mahu bercakap dgn mereka.


3. jgn bercakap penuh emosi

emosi di sini, bermaksud penuh kemarahan. kerana sbb2 yg saya nyatakan tadi. anda sedang bercakap dgn beliau yg mana, beliau merupakanseorang yg lagi tua dari anda dan sudah lama makan garam daripada anda.

anda akan menyesal.

cuba kawal.

walaupun anda sememangnya sedang menghadapi bad day di sebabkan rembesan hormon yg dtg saban bulan.




jika anda terlupa utk membaca satu, dua dan tiga di atas.
dan telah membuat mereka marah, kecil hati dan merajuk.

ya, mereka juga merajuk. jika anda fikir anda sahaja boleh merajuk. fikir semula. they are humans too.

tapi rajuknya tak akan lama jika anda ambil langkah seterusnya.
harap harap lah.




4. terus minta maaf

siapa pun akan marah jika seseorang bersikap kurang ajar dan berlagak pandai dengannya, dan bercakap secara kurang ajar dan tidak fikir akan apa yang dituturnya.

jika anda pernah berbuat demikian, fikir semula. fikirkan yg anda berada di tempat beliau.
fikirkan apa yang anda akan rasa.

jadi minta maaf dalam keadaan yg segera. dan ikhlas. ini penting.

anda diingat kan agar tidak berharap yg beliau akan memaafkan anda secepat itu.
jadi biar perasan beliau reda dahulu. biar beliau settlekan hati beliau.

dan minta maaf sekali lagi.

jika beliau masih lagi belum cool. ulang semula perkara diatas.



sampai bila?
soalan yang bagus

sampai beliau sudah bersedia memaaafkan.
susun tutur kata sehingga beliau nmpk keikhlasannya.








................................................................................

nota:
disebabkan saya terlupa nak baca tips 1,2 dan 3.
saya runsing 2 hari. jiwa kacau.
nak duduk dalam rumah sendiri pun takut.


................................................................................



No comments: