Saturday, May 29, 2010

hari hujan, tapi katak diam



aku tersedar selepas mendengar suara mak nyaring mencerit bangun dah pukul enam.
aku terpisat pisat bangun.
otak aku ligat berfikir.
kot ye pon kenapa subuh awal gila. pukul enammm? fuuhhh. awal kott.

aku lihat di luar jendela. agak kelam.

aku lihat sekali lagi. hrmm.

aku tahu aku bangun utk solat
masuk bilik air amik wudu'
nak solat waktu apa ni? subuh ke asar? aku keliru

aku mula bermonolog dalaman
D, kau tidur pukul 3.30pm lah tadi. mesti laaa kena solat asar.

sumpah. aku ingat aku tidur malam.
haiishhhhh.


formspring #20


Q: what's ur best event of the year?


hrmmm, ape ye. setakat sampai bulan 5 neyh. aku rasa ada 3 event yang aku rasa best utk tahun ni.


1. sambutan birthday aku dekat UM dulu

kau nak tau,dierang sambut dua hari awal. dierang buat dekat tasik pukul 1 am. baling belon air, baling tepung dan terjun dalam tasik. haha. kesian dierang penat nak prepare utk malam tu. penat angkat baldi. tapi starting die macam awkward skett, aku dah syak something. haha. mmg sah. aku dah agak. aku kena. tapi bukan aku sorang, semua yg turun semua kena. HAHAHA. THANKSSSS GUYSSSS. mmuahh!


2. masa study week before final exam.

pelik tak? aku suka study week? agaaga. bukan, sbb masa tu budak2 semashur jadi rapat gila. study sama2 dekat library. rasa macam adik beradik kott. pastu lagi 2 hari nak exam kiterang buat kerja gila pegi mid makan KFC jer. hahaha :))


3. habis PASUM lahh!

hahaa, best best! setelah setahun struggle gila *ceyh poyo.



only question will be answered.


senang hati *senyum senyum*




dengan tenang aku cakap dgn emak
'mak next week kaklong nak keluar pegi .... *tmpat dirahsiakan* 2 malam sampai Jumaat. dah janji ngan member, heeeee *sengih sengih* '

masa tu telinga dah siap sedia. takut takut emak mula menarik picu M16.
namun jangkaan aku salah.
aik, pelik.

mak cuma cakap
'mmhh'

fuuhh, lega.

kemudian baru cakap dgn ayah yang masa tu baru pulang dari solat subuh di masjid.
'ayah, kaklong nak pergi _________ tauu. pergi rabu balik jumaat. hari sabtu kata nak pergi kuala pilah kan?'

ayah cuma tanya
'nak pergi dgn siapa? dgn apa?'

okeyhhhh, aku dah tak sabaaarrrr sangat!

mmm, aku senyum lebar lebar. mula ingat nak sambung tidur balik lepas subuh.
tak jadi, terus segar. dan terus bukak TV dan mula menonton kungfu panda buat kali kedua di HBO.
padahal malam tadi dah tgk. tgk kali kedua pon kiterang gelak2 lagi.

hari tu aku minta nak keluar pegi alamanda pun dierang macam tak kisah. tapi tak jadi lahh pulakk.

besok keluar lagi, pegi kalumpang resort buat kali ke tiga dalam satu minggu. ada gathering dengan budak2 sekolah rendah. hahaha.

hari ni ada 3 tempat nak pergi. cari pengalaman. *ehem ehem* HAHAHAHA



mak ayah ni cool laaahhhh!
da BOMB!
I love you!
*pelukciumpelukcium*

Thursday, May 27, 2010

random #7






FB semakin bosan.
.
.
.
patutkah aku ambil off day? beberapa hari tanpa fb.
.
.
.
hrmm
.
.
.
.
.
.
.
mungkin aku patut buat demikian.


beberapa perkara yg aku tak tahu, dan aku nak tahu apa sebabnya.





1. macam mana boleh buat duit dgn hanya klik sesuatu link?

yg ini paling tak faham. cuma daftar, tanpa modal sesen pun. suruh org klik website. dengan hanya satu klik, duit boleh masuk.

ada tu, satu klik RM10. WOW! banyak kott. kalau sehari klik 10 kali pun cukup arh. sehari RM100. kalau 30 hari RM3000. pastu mintak tolong member klik. whoahh, banyak arhh camtuh. kalau nak lagi banyak, kena klik laaaagi banyak. kena USAHA SUNGGUH2 LAAH.

sbb ada slogan cakap USAHA TANGGA KEJAYAAN. peribahasa SIKIT SIKIT LAMA2 JADI BUKIT pon boleh diaplikasi juga dekat situasi ni ye.

kalau macam tu, x payah belajar sungguh2 lahh. x payah susah2 cari kerja. sbb boleh buat dapat duit senang mcm tu.

kesian tgk mak ayah aku tak cukup tangan cari duit nak sara keluarga. orang lain dapat duit senang je. beli mouse sebijik sudaa.

tapi cara mak ayah aku cari duit halal. yg klik klik tu di tanggung halal ke weyh? entah mana datang duit tu? tiba2 je boleh dapat.

call me old fashion, sbb aku memang x percaya dgn EASY MONEY.
sumpah aku tak faham macam mana modus operandinya.



2. macam mana boleh dapat virus dekat YM?

pernah tak terjadi dekat korang, tiba2 ada org hantar "Trang Web nay coi cung hay, vao coi thu di http://nhattruongquang.0catch.com"

aku panggil ni "tomyam siam"

orang cakap ni virus. jgn klik. tp kalau klik jadi ape? kita dapat virus tu eh?
tp sbb org cakap jgn klik. aku x pernah klik.
jadi aku x tau laa apa yg jadi kalau kita klik link tu.

aku selalu dapat dari seorang member aku ni. rupa2nya, dia x tahu dia selalu hantar "tomyam siam".

tak lama lepas tu, aku pulak yg kena. ramai yg pelik apalaaah cik D ni hantar. merepek2.
minta maaf laa kepada siapa yg pernah dapat "tomyam siam" tu. HAHA.

sbnrnya aku sendiri tahu yg aku hantar secara tak sengaja. sbb aku sendiri pun dapat. FYI, aku add YM aku sendiri. HAHAHA :))

ada beberapa member aku kasi penyelesaian antaranya
  • tukar password : okeyh, aku tukar. tapi, virus tuh ikut aku kott. cuak aku.
  • tukar password dan scan laptop : aku buat jugak. dan laptop aku bersih je.
  • tukar ID bermakna tukar email : sbb cara pertama x menjadi. aku pun tukar email.
sedih jugak kena tukar email. sbb x silap aku, email axirowangdongxu tu aku guna sejak aku Form 2 kott. whoah! lama tu.

email baru : ninja.dayah@yahoo.com



3. kenapa aku tak boleh langsung tgk drama melayu?

entah lahh. sbb kt rumah aku mmg x de org tgk drama kott. mak ayah aku mana pernah bukak drama. tambah lagi aku jarang nak pegang remote TV tu.

kalau bukak pun terus bukak movie, berita. adik aku terus bukak channel korea.

mungkin sbb ianya terlalu cliche. balik balik, org kaya bercinta dgn org miskin, cerita orang koperat, konflik keluarga, berebut harta, kemelut hati, remaja masalah blah blah bla.

cerita korea pun sama jugak. jalan cerita lebih kurang saja. pelakon je lain. tapi kadang2 ada daya penarik utk aku tgk.

bg aku internet lagi menarik dari kotak televisyen. HAHAHA.
bak kata encik pelukis "internet has killed Mr Television"
tapi dah makin bosan jugak sekarang.


arghh, sabar nak tunggu cuti sekolahhhh. nak pergi holidaaaaay!






kenapa kau gila kuasa sangat?
dah orang tak suka kau berhenti je lah.
susah sangat.



Tuesday, May 25, 2010

formspring #19


Q: dayah...cmne nak jd happy selalu cm awak???


HAR HAR HAR :))

1.kite selalu makan dunkin doughnut yg ada muka happy tu. HAHAHA :DD

2. sbb jarang ada benda sedih yg terjadi, jadi kite happy je lahh.

3. lagi satu, jgn ada couple. *no offense ye kepada yg bercouple.

dari pengalaman kite, siapa yg bercouple pasti akan mengalami simptom2 selalu menangis, bergaduh dan adegan2 merajuk sampai tiga, empat hari. kalau happy tu kejap je. pastu gaduh. ade je x kena.
tapi kite x halang laa org nak couple, tp ikut hati masing2 :)

nanti, suatu hari nanti, masa akan datang kalau kite couple *KALAUUU EKKK mesti korang kutuk kann. hahaha.

berkawan biar seribu, berkasih biar ________.


only question will be answered.

Monday, May 24, 2010

formspring #18



Q: Nabila Hidayah! Azidzul Shahid roomate Izzat Yusri ke? kenapa tak pernah melihat mereka bersama? dan Azidzul Shahid tu ada scandal dgn budak semashur yg study kat pasum jugak ehh?


whoahh! soalan panjang. aku kena jawab panjang jugak ke?

1. ya, Azidzul Shahid roommate Izzat Yusri. mereka bukan gay. kenapa perlu bersama?

2. mana ada lahhh. Azidzul Shahid dgn budak semashur yg study kat pasum tu kawan baik laahh. pandai2 je kau buat cerita.


only question will be answered.



formspring #17



Q: weyh,dulu noh hujan satu kumpulan amali fizik ngn ko ye?


ha'aaaah. tapi masa semester satu je. kalau ada lab fizik dia dgn pakwan suka melalak. lagu macam2.


lagu 'hujan' paling kerap dinyanyikan. kadang2 hujan lebat jugak time2 hari rabu tu. kalau dah tak tahu sangat nak nyanyi apa lagu kolej raja doktor nazrin shah pon jadi. lagu universiti malaya pon ada.

kalau nak tau, noh hujan ni rajin :)



only question will be answered.



tiga atau empat





pelanrumahsayadekatsungaipetanidahsiap
cumatunggubilanakstartrenovationsaja,mungkinlagiduabulanbarunakmula.
danmungkinlagitigaatautempattahunkamiakanpindahkekedah

sedihjugabilafikir
dahlamatinggaldekatselangor,sejaklahirkott





selalukalautulisnewpostnakpilihtajukcukuppayah
ambilmasaduaatautigajam
haiihh =='





saya tak sakit mata




1. saya rasa saya tak mahu jadi cikgu.

tapi ayah saya kata pergi saja temuduga tu. sbb peluang datang sekali saja. takut2 nanti yang ni melepas, yang lain dah datang dah. dapat atau tidak, itu belakang cerita.

dan saya pergi juga temuduga di UPSI, jumaat lepas.

saya cuba buat penemuduga tersebut benci akan saya. HAR HAR HAR.
dan saya rasa saya hampir berjaya.
nak tahu macam mana saya buat? saya jawab "I'm sorry I don't know" utk hampir 2 atau 3 soalan. soalan di berikan ada dekat 10 kott.

masalahnya, soalan yang di soal mmg saya tidak tahu dan pernah ambil tahu. kan saya dah beritahu, saya kurang baca surat khabar.

antara soalan2 yang disoal. semua soalan dalam bahasa Inggeris ya. saya dah terjemahkan utk anda.
  • sila cerita tentang diri anda
  • kenapa awak pilih course ni?
  • apa yg special sangat pasal awak?
  • kenapa awak pilih nk belajar kt UM berbanding UPSI?
  • siapakah scientist yg terkenal pada zaman ini? *
  • siapa yg menang nobel prize dlm bidang sains? *
  • pada pendapat anda, macam mana kita boleh describe genius?
  • adakah pakcik yang jual goreng pisang dikira genius sbb dia pandai matematik, sbb anda katakan Adi Putera seorang genius? *
  • siapa kah ikon anda? kenapa awak pilih dia? bukti yg saya beri x cukup kukuh.
  • siapakah Perdana Menteri kita? adakah awak rasa dia genius?
soalan bertanda * merujuk kepada soalan yang saya mmg tak tahu jawapan nya. walaupun di beri clue =='

ini beberapa soalan yang di berikan. dan bayangkan, semua jawapan perlu dalam bahasa Inggeris. grrr.

masalahnyaaa, daripada 9 dari 10 org yang menunggu giliran dekat bilik yang sama menggunakan bahasa Melayu, dan hanya cerita mengenai diri dalam bahasa Inggeris.

macam mana saya tahu? saya menunggu giliran nombor 9 kott. semua org saya tanya. dan semua kata 'relaks laa jgn risau, cakap Melayu pun boleh'

kalau suruh saya tulis blog, saya memang pandai.
kalau ajak saya bersembang atau berjoyah, itu memang keistimewaan saya.
kalau suruh tulis esei atau bercakap waktu temuduga. huh. jgn harap. ayat semuaaa jadi tunggang langgang, tatabahasa entah kemana.

tapi saya ada buat sesuatu yang mengagumkan encik encik penemuduga tersebut.
utk soalan 'apa yg special sangat pasal awak?'

*ehem ehem* sesi menjual diri bermula.
saya pandai subjek sains. kawan kawan saya selalu tanya saya bila ada masalah dekat kelas. ini menunjukkan saya ada bakat utk mengajar.

jadi pendekatan apa yang awak gunakan? mesti lain dari apa yang cikgu awak buat bukan?
ya, *fikir lama sikit. apa yang aku pernah buat? tiba2 idea datang.*
saya buat cerita.

show us how you make stories.

dan saya pun mula berlakon. saya buat cerita tetang 'body defense system' dan buat kisah penjahat yang cuba masuk kawasan berpagar yang di jaga oleh pengawal keselamatan.

saya pun mula lah bercerita

dan maklum balas yang saya terima agak membanggakan. mereka kata.
'I can see that you are very good at this'

haha, cik Pahang kata 'biasalah tuu anak cikguuu'
hahaha.

bila dah habis temuduga, mereka cakap macam ni 'ok, thank you, see you. I mean see you, when I see you'

hrrmmmm.




2. saya juga tak mahu kerja di kedai roti

saya pergi bengkel buat pastry. seronok dapat belajar buat croissant, danish, doughnut dan roti sosej.

bengkel yg di sediakan pihak IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) ni percuma untuk para belia. ini merupakan program 4Y dan 2Y (scroll sampai bawah, baca point ke 2.7) pertama yang saya sertai.

tapi sbnrnya agak bosan sbb tiada member =='

bagus laa jugakk utk mengisi masa lapang.








sayanakambiloptometridekatuniversitikebangsaanmalaysia,bolehke?



Friday, May 21, 2010

hujan panas




kami (aku ngan mak aku) dah beli dah makanan untuk makan malam. kamu (adik aku) nak makan apa? mak dah beli oblong, kaklong beli roti john.
alaaaaa. kenapa tak cakap tadi.
mak dah hantar msj, kamu yang x balas.
org tusyenn laaah
kamu nak apa?
nak roti john jugakk
hrm, ye lah.

dah sampai kt gerai. dekat luar hujan. lebat tapi tak ada guruh. aku duduk diam diam dalam kereta sambil dgr lagu zaman 60-an yg mak aku pasang. aku tak suka, tapi aku tak protes. aku diam, dan dengar. walaupun dalam hati rasa mcm nak je tukar channel.

pegi laa beli.
alaaa, tak naaakk.
kamu yg nak makan pegi laa beli.
tak nakk, maluuu

aku buat muka -____________-' tapi tak pandang adik aku. aku masih dengar lagu 60-an tu. setelah dipaksa baru adik aku keluar kereta dan mengorder roti john.

hisyy, macam budak2. padahal dah form 5. nak order pon malu.
adik kamuu mmg mcm tu

betul cakap mak. aku hairan, kalau aku dan mak aku tak de die beli macam mana. bolehh je beli sendiri. kalau keluar dgn kawan2 boleh je beli sendiri.
nampak adik aku jalan kearah kereta. kami hentikan perbualan.

dia masuk kereta dgn hujan masih lebat diluar sambil menutup payung dan marah2.

ada ke panggil orang 'kak'? buta ke, bod*h punya penjual.
isyy kamu ni. tak elok cakap macam tu.
ye laa, ade ke panggil kak.

aku menyampuk
die x nak panggil 'adik' sbb takut nanti org igt die nak mengorat pelanggan.
panggil la benda lain. 'miss' ke
demanding sungguh adik aku seorang ni =='

ini bukan insiden pertama adik aku marah penjual panggil die kak. sebab tu die x suka pergi beli.
aku pun selalu je pergi kedai org panggil kak. tp aku diam je. lantak lah kak ke, ape ke. jangan panggil aku mak cik sudaaa.


tapi entah lah, aku pernah fikir jugak pasal benda ni. tak die (penjual) x boleh beza, aku muda ke tua dari dia. yg pangkat pakcik2 pon panggil aku 'kak'. ape kesss?

ayah aku pun selalu mempertikaikan perkara ni. kalau nak berniaga, kena laa jaga hati pelanggan. ade ke panggil 'pakcik'. tak sesuai lah.
kalau nak jaga hati pelanggan panggil la 'abang' baru la senang sikit hati. kalau tak nak panggil abang panggil lah 'encik' ke. 'pakcik' tu pangkat kalau dah ada cucu boleh la panggil 'pakcik'.
itu rasional yang ayah berikan.

tapi kan, apa sebab peniaga adress perempuan sebagai 'kak' walaupun dia tahu perempuan tu muda?
mmg dah ada kesepakatan ke? sbb dekat mana2 pun sama.



nota: besok interview. all the best D!



Thursday, May 20, 2010

random #6




1. terima kasih readers semua. aku ade readers ke? hahaha. terima kasih untuk dorongan anda semua. sbb saya ada menerima positive feedback daripada pembaca2 sekalian. teruskan membaca ye ;)

poyo la pulak rasa.

saya nmpak ada 2 follower baru n_________n


2. saya gembira, saya dah dapat balik kawan saya.


3. saya sedih sbb saya tak pandai pujuk kawan saya yang sedih. dan tak pandai nak tolong kawan saya tu.


4. saya baru nak aktif menggunakan perkhidmatan percuma yang di berikan. haha. malam ni saya gayut dgn cik orangerz dekat 2 jam. cik orangerz rupanya bajet cool gayut dalam gelap dan petir diluar rumah. macam2 cerita ada. sedih, gembira, kelakar, suspen semua ada. sbnrnya saya dah malas nak menaip, tu yang terus call je.

kalau menaip kurang feeling. x sama mcm cakap dekat telefon.

tadi siang gayut dgn cik roxstar. kerana cik roxstar begitu susah hati.


5. mak tengok saya menaip. mak kata 'siang malam menaip. kalau tulis novel dah siap 10'


6. malam ni saya tidur dekat depan lagi. dgn toto dan bantal. malam ni sejuk sikit kott. sbb baru bersihkan kipas tadi.


7. risau. hari jumaat interview utk jadi cikgu. saya ni dah la malas baca paper dan x tgk berita. 3 hari lepas saya baru tahu apa perbezaan uber dan thomas --' saya kurang up to date dgn keadaan semasa
capu dan interview semalam. dan dia cerita macam mana situasi. sumpah cuak.


8. saya rajin bertumblr sekarang. banyak perkara comel utk di reblog dan di 'like' mari join tumblr. ini blog saya http://nabilahidayah.tumblr.com/


9. saya rindu waktu study week dulu. rindu waktu kita 6 orang makan dekat meja yg kecik dekat KFC.


10. kadang2 kucing saya faham cakap saya.



Wednesday, May 19, 2010

kurang faham



biasa lah, bila dah dapat result. dgn teknologi sedia ada, mmg senang nak tanya 'result mcam mana?'

soalan di atas memang merupakan soalan 'of the day' =='



fuuhh, mmg penat. sana sini tanya. saya jawab dgn jujur.



tapi satu yang saya kurang faham, result gila gempak pun nak sedih.
result saya yang macam har*m ni boleh je cool. nak tak nak saya kena cool laaah kan.

dgn result anda dapat tu, saya pasti kau boleh dapat tempat punya dekat mana2 pun yang anda suka.

sorry saya bukan niat nak kurang ajar. tapi nak ingat kan anda. tahu tak anda, erti bersyukur?

ada orang lagi teruk dari anda kot. contoh paling dekat saya lah. result saya mmg x seberapa nak banding anda.




lagi satu, ada pulak yang dapat result gempak gila. lepas tu hebohkan biar satu dunia tahu.
heh. org lain pun ada saja dapat result mcm kau.

tapi tak show off pun.

diam sudaaa. bila org tanya then baru jawab. org x tanya, simpan sorang2. kaan?

apa anda nak di puji ke?
orang macam ni pun saya nak tanya. tahu erti bersyukur?




apa apa pun, tahniah buat rakan rakan.
Alhamdulillah utk apa jua result yg diperolehi.


hmph, dah lewat. aku patut dah tidur masa ni.

back to Him




ada member tagged aku dekat gamba pizza. aku rasa nak marah. sbb dia buat aku lapar. sekarang dah pukul 1.18am kot --'




semalam adalah hari dimana boleh result keputusan peperiksaan akhir PASUM boleh disemak secara rasmi.


dan Dayah telah mendapat tuuuuut *rahsia.


lepas dah tgk, terdiam. hati dirundung kerisauan. telefon bimbit dicapai.

nombor emak dimasukkan.
'mak, call kejap'
sms dihantar

*ringtone*
'hello, awat kenapa?'
'err, hari ni result keluar. dah cek dah.'
'dapat berapa?'
'err.. tuuuuut'
'so, mcm mana?'
'entah laaa, risau pulak tiba tiba'
'haa, tu laaa, mak dok tgk kamu main laptop saja. x bergerak.'
'heee :D *sengih* [macam mak nmpk]'
'hrm, kalau x de ape mak kene letak phone, ada audit'
'okey, bye!'
'bye'

ok, mak x marah sangat.
cool
ayah pulak ?

dan sms yang sama dihantar kepada ayah


'hello, kenapa?'
'err. result dah keluar. kaklong dah cek.'
'tu macam mana?'
'tuuuuut jer'
'tahniaahh. okey laa tu'
'boleh sambung mana?'
'x tahuu lah, tak decide lagi'
'boleh ker sambung blaja? risau lah'
'nanti balik kita bincang lagi. bye'
'okey, bye'

whoah, ayah lagi cool.
you are the best lah. haha.


entahlah, bukan aku harap aku kena marah. tapi.. hrmmph. entahlah.


dan ptg jugak, ayah suruh print syarat2 kelayakan. ikut mana yg layak.
selepas bermesyuarat, aku ikut je mana yg mereka rasa sesuai.

dan dah isi pon borang UPU.





'ya Allah, permudahkan segala urusan hamba-Mu ini. kau tunjukkan jalan yang perlu aku pilih. ya Allah, kau berkatikan lah segala yang aku lakukan'
Amin



sentiasalah kita merujuk kepada-Nya. walau senang, walau susah.




Tuesday, May 18, 2010

macam mana nak cakap ye?




buat :

kalau kamu cakap kamu okey. saya tahu kamu tipu. sbb saya tahu kamu tak okey. tapi saya harap kamu cepat pulih dan maafkan kami.

saya tak sangka keadaan akan jadi begini.

tapikan, biasalah adat berkawan. bergurau bergurau bergurau lepastu gaduh. ingat tak kita dulu pun mcm tu, saya merajuk lama gila. tapi sbb kita bergaduh kita boleh jadi rapat.

kalau kamu nak tahuu, saya dgn wanita anggun dulu mcm tu. bergurau sikit tunggu la kejap lagi, gaduh la tuh. kalau nak ikut mmg selalu gilaa gaduh dgn wanita anggun tu. kalau ikutkan memang saya tak dah tahan kawan dgn wanita anggun tu. sbb kalau gaduh, saya akan emo lebih, dan wanita anggun akan menang. cehs. jarang sekali saya yang menang. bila cik wanita anggun dah menang, saya akan menangis.

ini bukan cerita zaman kecik2. ini cerita masa tingkatan empat. hahaha. malu je kann.
cik wanita anggun memang suka buli saya.

tapi sebab tu saya rindukan dia sekarang.
kalau gaduh dgn cik wanita anggun tu, kalau dia tahu dia salah. kejap lagi dia mesti datang minta maaf. dan sebaliknya.

jadi saya mengharapkan cik B boleh maaafkan kami. kitakan geng doodolls!

*lepas saya dah habis tulis aku baru nampk notes kamu.








buat :

saya ada baca notes anda. dan saya faham. yang penting anda sudah minta maaf. yang lain kena tunggu. biar masa yang tentukan.

kenapa saya buzz kamu tak reply. saya tahu kamu ada kt situ.







sebab kamu semua kawan saya. saya jadi runsing.
saya tak tahu nak cakap mcam mana. hrmmmph.




hariharipunkenasenyum





malamnisayanaktidurdekatruangtamu.sayaadatotodanbantaluntuktemanisaya.
jangantanyakenapasayanaktidurdekatruangtamu.
danjangantanyakenapasayatulismacamni.
inibelogsaya.sukahatisayanaktulismacammanapun.



kepadacikB,kamimintamaaf.






adaorangcabarsayautktulissatupostkhasuntuktulisanmcamni.
sajanakkasikilangpanadolkaya.



sayaokey,andabagaimana?


Sunday, May 16, 2010

dua sifar sifar




ada seorang budak perempuan, jiran sebelah rumah, nama Dina. umur 6 tahun kalau tak silap. dia baru potong rambut. kalau tak, rambut dia panjang. boleh buat tocang. kalau tidur mak dia tak bukak tocang tu, sbb kalau die bangun nanti mesti rambut dia serabai.

dia memang suka dekat mak aku. kira mcm dia tu anak angkat mak aku lah. saya tak jeles ye.
dia suka masuk rumah aku, dan mak aku mesti kasi dia buku dgn pensel warna. lepas tu, mereka melukis dan mewarna bersama. sekali lagi, saya tak jeles.

sekali tgk muka Dina tgh mewarna dgn gembira tu macam watak Mary dalam cerita Monster, Inc. ingat tak cerita comel tu?



tiba2 aku teringat perkara2 favourite aku masa kanak2
dan ini antaranya,




mewarna dan melukis

pantang pegi kedai jumpa buku mewarna mesti nak suruh emak beli. walaupun dekat rumah yang ada pun tak habis lagi mewarna.

macam2 buku ada. tapi ingat laa jenis yang macam mana aku suka.
tp kalau yang ada gambar robot2, kenderaan ataupun pokemon dan sewaktu dgnnya aku tak akan ambil. aku lebih suka yang gambar2 macam anak patung, bunga2, yang comel comel laah. yg macam nampk boyish aku x suka.

aku selalu paksa mak atau ayah aku lukis kan gambar rumah. hahaha. bila ingat balik kan, antara perkara wajib yg kena ada atas kertas, rumah sebijik dgn 2 biji tingkap dekat atas kiri dan kanan penjuru rumah, dan sebuah pintu. bumbung mesti warna merah. dinding mesti kuning.

sebelah rumah ada pokok kelapa. belakang rumah ada 2 bukit, dengan matahari terbit.

dekat halaman rumah mesti ada anak ayam tgh makan. kereta sebijik. kereta pon mesti nak merah. pastu ada jalan depan pintu rumah, jalan raya nak pergi mana pun aku x tahu. HAHAHAHA.

setiap kali mintak lukis, gambar tu jugak aku mintak.




main paper doll

masa tu paper harga dia 40sen. ada macam2 design baju. cantik cantik.
aku dgn adik, masing2 ada sorang satu bakul. penuuuuuuh dgn paper doll.
bakul tu konon2 rumah dierang lah. tempat die tidur.

setiap minggu mesti beli sorang satu.
setiap kali ada yang latest mesti aku suruh ayah beli.
taukeh kedai pun dah tau kalau nmpk muka aku mesti sbb nak beli paper doll.

tapi paper doll x tahan lama. kejap je dah lunyai. benda murah.

start main mesti kena pakaikn baju pastu berlakon sikit. contoh lakonan

'nak pegi kedai kejap nak beli makanan'
'jom pegi!'

pastu aku jadi tukang jual. adik aku beli.

'nak yang ni lah'
'yang ni harga rm100 *harga nak up je'
'mahal lahh, kalau yang ni boleh?'
'boleh, yang ni murah'

balik rumah makan sikit ada lakonan lagi, pastu tidur.
konon2 dah esok, buat balik benda sama.
sampai bosan.
selalunya masuk kali ke 3 dah bosan. HAHAHA.




main masak masak

berangan mcm chef. masak guna pasir, tanah, rumput, daun kering, bunga kertas.
air campur tanah jadi milo, teh ais --'

set memasak lengkap sorang satu. ayah beli masa pegi pasar dekat Wang Kelian. sampai sekarang aku ingat lagi set memasak tu. entah mana pergi aku x tahu.

setiap kali masak x penah habis. lepas tu kena kemas balik. itu part paling x best.





selalunya aku main dgn adik aku. sbb aku tak reti berkawan sangat masa kecik2 dulu. sbb jiran aku selalu bertukar, x sempat nak rapat. dierang pindah.

jiran bawah bukit sikit budak lelaki. sama baya dgn aku, mula2 aku segan nak kawan dgn dia. tp sejak masuk tadika sama, kelas pon sama. aku pun kawan laa dgn dia. masuk darjah satu sekolah pun sama. tp aku tukar sekolah masa darjah 2. dan lost contact.

tp aku dapat tahu dia tukar sekolah jugak masa darjah 3. tak silap.
masa habis UPSR aku dengar dia dapat masuk SEMASHUR.
aku pun x sangka.

bila aku masuk masa form 4 aku teringat, member zaman kanak2 aku. mmg dia ada kt situ. tp kejap je. elok aku masuk 3,4 bulan lepas tu dia keluar. aku sempat tegur dia sekali dua.


dulu masa aku kanak2, aku selalu terfikir
sampai bila aku boleh mewarna?
sampai bila aku boleh shopping alatulis?
sampai bila aku boleh main semua ni?
aku risau nanti bila aku dah besar aku tak beli buku warna.
aku takut bila aku dah matang, aku dah x nak buat semua perkara di atas.
sbb aku sangaaat suka buat semua perkara2 diatas. dan aku harap aku boleh main mcm tu sampai aku besar.

dan hakikatnya memang seperti yang aku risaukan.



Saturday, May 15, 2010

dua reaksi




15 MAY 2010
05:24:14 pm

satu mesej diterima
mesej bebunyi

slamat hari lahir dayah !!

diterima dari encik nando's




tp selepas pukul 9pm baru ternmpk ada mesej.




reaksi pertama aku lepas tgk mesej tuh.


=_________________='


apa laaaaah masalah member aku ni. terlewat DUA BULAN kott. birthday aku 15 Mac laaah, dah lepaaaas lama kot =='

masalah yg lagi satu, dah laaaaa hari tuh kita sambut ramai2 dekat tasik. tu apa?
yang korang buat buat sambutan DUA HARI awal tu apa?
yang korang main baling2 tepung, baling2 belon, simbah air tasik, terjun dalam tasik tu apa?
yang korang sakit2 tangan angkat baldi sbb nak isi air dalam belon tu apa?

kau lupa sudah kah?



ini reaksi kedua selepas baca mesej tuh


BHAAAAAAAAAAAAAAHAHHAHAHA!
*gelak guling guling sampai tak cukup lantai*

mak ayah aku pandang pelik, kenapa laah anak dara mereka yg sorang ni jadi sampai mcm tu. sambil geleng kepala.

aku pun tak tahu kenapa aku gelak. pfft =='




sepatutnya hari ni birthday cik Z, bukan birthday aku. aku pun tak tauu laaa, apa mimpi encik nandos tu.



happy birthday, cik Z !

dekat fb dah wish, mesej dekat phone pun sudah, dalam blog pulak. haha.
btw, aku dah kasi birthday card awal 2 bulan kott, sbb aku tau aku x boleh kasi masa b'day cik Z. haha.
kelakar je, tulis awal2.

thanks cik Z sbb call saya dua kali. siang sekali, malam sekali. haha :))



bila aku tanya dekat encik nandos kenapa dia boleh tiba2 teringat hari ni birthday aku.
dia cakap, dia ada simpan birthday member2 dia dekat dalam kalendar phone dia, entah dia salah simpan kott. nama aku pulak yang keluar. HAHAHA :DD


esok hari ahad, tp esok 16 Mei.
jadi, selamat hari guru buat semua guru!





lagu yang sedang berirama : careful oleh paramore


doodolls madness




entah virus apa entah melanda. macam cendawan tumbuh lepas hujan. ramai2 tukar profile picture jadi gambar doodolls.

aku bukan minat sangat pun. saja melayan cik B tuh. hahhaha :))



lagipun ada cik orangerz ajak tukar, aku pun jom saja.
jadi ini hasil nya.






aku aka ninja dayah
wachaaaa!



encik sexaayhh



cik cashier kedai makan sepakat aka pirates


cik orangerz



cik B



encik apai





tgh menghasut cik Z tukar jugak. HAHHAHA :DD
jeles tgk org2 yg guna pocoyized profile picture.



encik pelukis dah warning.
virus ni bahaaaya! dia takut cik B paksa kiterang beli dekt cik B. mcam yg encik pelukis kena.


encik pelukis sekarang deactivate fb sbb takut kena desak dgn cik B
HAHHAHAHA *ini tipu.






Friday, May 14, 2010

angin bertiup






ada saja yg tak kena.
jarang sekali orang lain betul.

setiap hari ada angin.
angin tak pernah sepoi2 bahasa. sekali datang terus ribut.
tercabut habis pokok kelapa depan rumah. *tipu! depan rumah kau x ada pokok kelapa!
agak2 esok rumah aku tak ada bumbung, terbang dibawa ribut.




FB status : aku pasti marah marah, maki maki bukan jalan penyelesaian.



formspring #16


Q : mase kau masuk semashur dulu..sape lelaki pertama yg ko rasa die paling x malu dan gila?


sbb masa aku mula2 masuk aku dapat kelas 4 Iman, dan aku rasa semua budak lelaki dalam kelas tu gila. HAHAHA.

gila dan kelakar! serta x berapa reti nak malu. haha :))
tp aku suka dierang macam tu!

tapi yg paling x malu dan gila aku kasi dekat afiq bull, maro dgn nussow. HAHAHA! sorry dowh. hehee


yg aku igt mula2 budak perempuan ada 9 orang je kott. budak lelaki mmg mendominasi habis lah.



apa2 pun kelas 4 iman rocks!


only question will be answered.



korang gaduh eh?





google chrome macam ada masalah dengan facebook. hrrmph. kenapa ya?
FB chat selalu rosak.
nak download lagu pun macam payah.




baik aku guna safari.
*bajet guna mac book. HAHAHA :DD


Thursday, May 13, 2010

di sebuah restoran terkemuka




kaklong masak nasi 1 setengah pot.
okey, anything to add maam?
masak cepat, lapaarr
yes, maam. your lunch will be serve for about 1 and half hour
*kalau aku pegi restaurant ni terus aku cancel order. lambat sangat. hahhaa
better be good!

15 minit kemudian

maam, your 'ketam masak berlada' was cooked. your next order is 'fried fatt choy (sawi jepun goreng)'
tiada reply





mak aku x balas pun mesej aku. heh.
tau tauu, dah sampai rumah. HAHAHA :DD


random #5




aku yakin dan pasti.
charger handphone LG KU990r aku ada dalam stor.

sebab masa aku berpindah dari kolej 12 dulu, aku dah cek satu bilik yg barang aku tak tinggal satu pun dekat sana.

aku pasti.






.........................................................................


namun bila aku balik, aku terlupa akan phone aku. sekali tgk, bateri dah kong ting tong. bila aku kat rumah aku memang macam tu. phone hilang entah ke mana. 24/7 depan laptop.

top up pun tak pernah sejak dari bulan lepas, tapi ada baki lagi RM3.50. cukup laah tuh. kalau yg nombor celcom lagi best. sejak dari bulan Februari tak pernah top up, tambahan dapat kredit RM30 dari celcom masa bulan Mac hari tu. dan masih ada baki RM 15.30.

hebat kan aku? HAHA

sebenarnya kantoi kat situ,
nampak sangat diri sendiri tak ada orang yg nak mesej atau call.
atau
nampak sangat aku tak pernah mesej atau call orang.
=='


bukan aku kedekut kredit.

ini antara sebab2nya.



sebab pertama

aku malas nak taip mesej.
sumpah malas. tambah2 kalau guna touch screen tuh. asyik asyik salah. walaupun dah guna dekat 2 tahun, sepatutnya aku dah masak dengan perangai phone tuh.

tapi memang punn, kalau ikutkan. aku SEORANG saja yang faham perangai phone tuh. kalau masa nak snap gambar lagi laah. asal aku suruh org ambilkan gambar aku. dia mula buat perangai. gambar mesti, confirm jadi blur. sebab tu gambar aku paling x ada. huh! menggedik kan?

nak minta tolong orang lain taipkan mesej. hmmph, hampeh. dia akan buat perangai jugak. tekan tekan dia tak mahu jalan.




sebab kedua

aku lebih suka online. sebab ianya PERCUMA! apa apa yang percuma aku suka ^^
buat apa aku bazirkan wang kalau aku boleh buat benda tu percuma. *kedekut gak sbnrnya.

aku ada FB, kalau ada yg rindu boleh tinggalkn wall post. kalau nak borak boleh chat. kalau tak mahu chat, boleh komen komen.

utk respon yg lebih pantas. boleh terus buzz aku dekat yahoo messenger. jgn tanya pasal skype. aku dah buat register hari tu, tapi dah lupa password =='

kalau nak tahu perihal hidup aku. apa yang berlaku di sekeliling, boleh baca blog aku.
aku ada blog, ada tumblr jugak. twitter pon boleh. kadang2 aku buka juga.

dan kalau nak tanya soalan, tetapi tak berani nak tanya depan2. boleh tanya di formspring.


semuaaaaa dah tersedia secara online kan? haha :))
*sedang bajet hot. BHAAAHAHAHA :DD



tapi sbb ada kemudahan internet, aku sampai terlupa sahabat aku yg sorang tu. aku tau dia dah lama tak online. aku ada teringat nak tinggalkn wall post. dan aku ada tinggalkn wall post.
tau tau, dia call. cakap aku dah sombong sekarang. dah lamaaa tak contact dia. padahal aku tengah cuti, kiranya tak ada masalah utk contact dia.

mesej pun dia pun tak.


aku gelak. tak tahu nak bagi alasan apa.

dan sekarang sahabat baik aku tu tgh exam.
good luck ye, wanita anggun!
semoga yang terbaik bersama kamu.




sebab ketiga

coverage dekat kawasan rumah aku tak pernah penuh =='

kalau cakap dalam phone kejap dengar, kejap tak. almaklum laah, duduk dah dekat kawasan hulu. belakang rumah ada hutan pulak tu.

nak gayut lama2 pun tak syiok.

duduk dekat ruang tamu baru ada coverage. sikit. -_____-'
tapi tak kan nak bersembang dalam phone dekat ruang tamu?


tapi nasib baik wireless dia tip top. tee hee hee.

.........................................................................

siapa kat sini ada guna phone rumah?
aku boleh gayut guna fixed line, sbb line kt rumah aku PERCUMA!
kan aku ckap semua benda percuma aku suka. HAHAHA!


.........................................................................


mp3 player pun entah kemana.
bila nak guna baru meraban cari.
kalau nak basuh pinggan aku selalu dgr MP3 sambil pakai sarung tangan getah
warna merah :)

tangan sensitif konon. huh.


Red gloves by Myxi.





Monday, May 10, 2010

formspring #15


Q: camane nak jadi comel mcm dayah?


just smile and wave.

'penguin in the madagascar part 1'



only question will be answered.


Sunday, May 9, 2010

banyak songeh



ini HANYA pendapat saya seorang.
orang lain saya tidak tahu.


bila ianya bercakap tentang blog. ia adalah hak persendirian.
jadi, terpulang lah kepada individu individu tersebut, bagaimana beliau ingin mempersembahkan blog mereka.
betul bukan?

semua orang ada citarasa sendiri. sama juga saya.
dan ini contoh blog yg saya kurang gemar baca


1. blog yg letak autoplayed songs

bila buka je halaman blog tersebut lagu lagu akan berkumandang.
arghh. mengganggu.

sbb ianya akan interfere dgn lagu yg saya sedang mainkan dekat music player saya.
tetapi, kalau saya nak baca jugak blog tersebut, cuba teka apa saya dan cik cantik manis buat?

nak tauu?



kami akan mute-kan suara.
dan baca dgn senang hati :)

atau paling teruk punnn, kami akan cari butang selalunya berwarna merah dekat atas corner kanan dan klik.

aaah, lega.



2. blog yg suka letak kisah kisah kasih sayang mereka yg sedang hangat bercinta dgn ayat ayat sedia jiwang.

terima kasih. sbb saya akan terus cari butang yg sama dan klik.


entah2 ayat ayat yg ditulis pun di copy paste dari mana mana entah.
dan gambar gambar yg menggelikan.
blerghh :U
nak muntah sekarang jugak.

no offence ya.
sbb readers ada hak utk memilih.




3. blog yg menggunakan short form terlampau

sampai tak dapat difahami. seolah olah mereka ada bahasa mereka sendiri.
maaf juga saya tidak akan baca.


semua masalah ada penyelesaiannya.
jgn runsing runsing.
terus sahaja tekan butang
senang bukan?




tetapi jangan risau. kepada blog2 yg telah saya follow,
saya akan baca sebagaimana anda tulis
:)





tetapi seperti apa yg telah saya nyatakn diatas. blog adalah hak individu.
terpulang kepada anda utk mempersembahkan blog anda.



jika saya kurang gemar blog anda, ada lagi ramai yg mungkin sukakan blog anda.
cheers! n_________n




.........................................................

status :

saya tidak dilamun mabuk cinta. tapi satu saja : SAYA CINTA EMAK SAYA | selamat hari ibu
!

pssst, semalam dah kasi kek. hhahhaaha :))

.........................................................





gambar diambil dari tumblr.com ^^