Tuesday, October 26, 2010

pencuci mulut


Sebagai pencuci mulut, aku teringin nak makan aiskrim lepas makan tgh hari tadi.
Lalu aku singgah di kedai runcit sebelum pulang ke bilik.


Aku ambil aiskrim CRAVIO vanilla. Aku tak suka aiskrim perisa coklat. Tapi coklat bar aku suka.

Lalu ke kaunter.

'Seringgit sepuluh sen, dik' beritahu makcik yg jaga kaunter.

aku hulurkan Ringgit Malaysia Dua.

'Sepuluh sen ada?'


Aku cek seluar. Lupa, seluar aku tak ada poket.




'Sepuluh sen tak adalah'

Tiba2 suami makcik yg ada dekat sebelah, yakni taukeh kedai runcit, menyampuk.

'Kenapalaaah jual aiskrim RM1.10. Buat susah orang saja.'





Aku musykil, Cik Ida pun.

'Aik. Siapa yang jual aiskrim sekarang. Kenapa dia mempersoalkan harga aiskrim tu?'



Sambil makcik tu memulangkan baki sembilan puluh sen, aku sendiri berfikir.
Pakcik tu tolong jual je.
Syarikat yg jual aiskrim tu yang letak aiskrim utk dijual oleh pakcik/makcik tu.
Syarikat yg jual aiskrim tu laa yang letak harga.

Ngek punya syarikat aiskrim.







"They are in love. What should I do now?"



2 comments:

nurulfatehah said...

they are in love.what should i do now?

owh siapa kah itu..ehex..

Unknown said...

bukan akuuuu ekkkk. hahahaa.aku cuma perhati dari jauh jer. huhuuu