Thursday, October 7, 2010

Esok aku raya. Nak pakai baju apa ya?




InsyaAllah.

Hari ini bakal menjadi hari terakhir utk aku menghabiskan puasa sunat 6 di bulan Syawal ini. Sempena hari yang terakhir ini, aku ingin menjadikan sahur aku yang selalunya 3 teguk air kosong dgn memakan mee Ruski perisa Tom Yam. *berair hiduuuung wa cakap bebbbb!*

Sedang aku menjamah ke utas utas terakhir megi tomyam tersebut. Aku lihat keadaan bilik aku, atas meja belajar; semak. Lantas aku teringat akan Kolej 12. Haaih.
Rindu aku dekat bilik lama aku singgah di benak ku.

Sungguh, aku rindu bilik itu.

Bilik yang tak pernah berhenti dari kunjungan. Aku tak tahu apa yang istimewanya bilik itu. Adakah bilik itu atau pun penghuninya? Hrmm, aku pun tidak pasti.

Macam benda kami buat, berkumpul buka puasa, makan tgh hari, malam, pagi, bincang tutorial, study group, tgk movie. Siap ada yang overnight lagi.

Teringat bekas teman bilik. Alim orangnya, tak macam aku. Hehe. Rajin baca buku, tak macam aku jugak.
Di hari hari terakhir kami di bilik tersebut, beliau menghadiahi aku sebiji bantal 'Doraemon' yg aku buat teman tidur hari hari.

Aku rindu hari hari lepas aku di kolej sana. Aku di Kolej 9 hanya mampu mengenang.

Bukan tak sayang kan Sembilan, aku cuma terkenang, di kala aku menghabiskan Megi tomyam aku.

aku rindu kaaan korang semuaa.
yg mana gambar nya tak ada, mintak maaf.
tapi aku nak bagi tau satu benda, aku rinduu kann semuaaaaaaa


Ini lah aku. Kalau tak ada orang nak nak di buat teman cakap. Otak aku akan ligat berfikir, macam macam, teringat yang ini, terkenang yang ini, menyesal yang itu.
Suka sangat mengelamun kalau duduk sendirian.


Aku tgk megi aku macam tak boleh nak habis. Aku cakap dalam hati, 'Esok pagi, confirm aku menyesal tgk megi tomyam aku ni tak habis'










*mungkin aku patut lampirkan esei aku ni nanti time nak mintak duduk kolej 12? Agak agak dierang ada sikit terkesan tak dgn ayat2 aku? Hahaha. Aku pun tak tau.




2 comments:

raihanah said...

huhu~ aku pon sedeyh gak... bilik ko dulu seyes best!!! home sweet home!!! :'(

Unknown said...

hahhaa, akuu pun rasa bilik tu the best! hahaha. ada tikar getah, ada toto, ada bantal kabu aku yg besaaar tuuu. hahhaha. ada wayang free.