Sunday, October 31, 2010

You know I don’t mind


Just come back when you think it’s time |Decorate by Yuna 





awak boleh balik bila bila awak suka.




Sumpah
Tak ada niat untuk menjadi jiwang.



Ada maksud lain di sebalik ini.





Orang bercinta mmg payah. Serba tak kena. 
Bila happy, senyum sampai ke telinga.
Bila ada yang tak kena, mengamuk kalah Godzilla.


Kejap menangis, kejap kang terkekeh kekeh ketawa.



Aku tak pernah faham orang yang bercinta. 
Orang bercinta ni huru hara & selalunya komplikated.

Orang kata
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah *sama simptom kalau esok exam*
Serba tak kena. 



Tapi di sebalik makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah; 



Apa itu menjadi 'sweet'.
Apa itu menjadi 'shoulder to cry on'.
Apa itu 'I miss you'
Apa itu ber-SMS hingga larut malam.
Apa itu bergayut dua tiga jam.






*ehem*
Kepada yang baru dua tiga hari bercinta, tahniah aku ucapkan.
Jangan bunga di taman tu mekar dua tiga hari je.
Semoga berbahagia :)


 *ehem*
Jeles tu jangan lebih lebih sangat.




Aku kesian dgn seorang sahabat aku. Dia terkena bahana penyakit orang bercinta.
Kesian member aku. Tersepit di tengah tengah.







Ada siapa siapa nak teman saya tidur? 
Cik Ida tidur bilik kawan dia. 

Huuuuuuuuuuuhu.



Saturday, October 30, 2010

formspring #23


Q: hows your day today? =)


So-so. I am alone, for 2 days.

Tak ada benda yang menggembirakan. Dan saya bosan.
Tahap XXX
Huuuuuuuuuuuuhuu T_____T

Roommate sorang dah balik. Sorang lagi keluar. Semalam tgk wayang, hari ni keluar pegi Sunway dgn kakak dia.
Huuuuhuuuu *cry some more*



only question will be answered.


Friday, October 29, 2010

Hello

SHInee ---- Hello


Comel bukan n__________n



Perasan tak abang abang SHInee ni macam tgh malu malu, takut takut, nervous bagai bagai
sbb konon konon nak jumpa buah hati, pengarang jantung masing masing.


Tapi sampai ke akhir MV ni tak nampak pun batang hidung buah hati, pengarang jantung dierang tu.


Tak ada seorang wanita pun dalam MV SHInee Hello.
Kecuali yg dok jalan jalan dan budak perempuan yg tiup belon buih tu lah.





Dgr cerita, SHInee tak mahu tunjuk buah hati, pengarang jantung masing masing sbb takut buah hati, pengarang jantung mrk tu kena serang dgn fangirl SHInee.

Kalau ada perempuan dalam MV tu mmg confirm, hidup perempuan tersebut tak akan aman.



Geleng kepala.

Aku cuma suka dgr lagu mereka. Tak ada kuasa nk masuk campur hidup mereka.

blogwalking



Sesetengah blogger cakap template tak penting. Kerana apa yang penting isi blog tu sendiri.
Tak mengapalah kalau isi blog nya mmg dah bernas.



Taaaaapi yang menjadi masalah kalau terlalu serabut sangat. Dgn iklan merata. Entah bagai bagai. Banner sana sini.
Langsung hilang mood nak explore lebih jauh.


Mmg lah. Lagi banyak iklan. Lagi byk duit kau masuk.



Cuba lah. Keep moderate.





Blog aku pun bukannya bagus sangat. Tapi ada pembaca tetap kira okey lah :)

formspring #22


Q: dayah, a dekat headline blog kau tu kau memang kire 8 (x campur between d n y) atau kau main tekann je a tu?

mmg aku kira ada lapan. kenapa aku pilih lapan, bukan sembilan, bukan sepuluh aku pun tak tahu.

lapan A ye. lapan.

only question will be answered.

yang mana satu



Ada 2 pilihan.



Skrin warna warni yang boleh mengeluarkan suara dan pelbagai fungsi lain

atau

kertas putih bersaiz A4 yg mengandungi tulisan tulisan berdakwat hitam dan kadang kadang bertulisan tangan berdakwat biru, dan jarang jarang bergambar serta berwarna.


Wednesday, October 27, 2010

tulang besi, urat dawai



Aku dgr penjawat2 awam minta tempoh bekerja dilanjutkan.
Sampai umur berapa aku tak pasti.



Aku tak setuju dgn request ni.

Bukan tak mahu menghargai jasa jasa pekerja pekerja yang sudah banyak berjasa.


Tapi, cuba fikir. Bila umur makin meningkat.
Badan selalu cepat letih letih. Otak tak mampu fikir benda berat berat.
Urat urat makin longgar. Sendi sendi makin haus.
Otot otot pun dah makin kendur.


Pada pendapat saya lah.
Cukup cukup lah tu bekerja. Duduk rumah, rehat banyak.
Boleh beribadat. Kumpul pahala banyak2.


Lagi punnn, kalau pakcik dan makcik masih nak kerja sampai ke cucu makcik dan pakcik dah ada anak.
Bila pula kami yang bakal graduate lagi 4 tahun ni nak kerja.
Kalau pakcik dan makcik x mahu lepas jawatan.
Bila pulak kami nak merasa dapat duit hasil titik peluh kami sendiri.


Kalau macam tu kadar pengangguran mmg susah lah nak turun. Kami ni nanti bakal bukak ladang anggur lah kalau macam tu.




kau bila pula?




Lama lama letih jugak. Kalau asyik aku je.
Tak nampak ke?




Makin aku biar. Makin menjadi.






Aku jumpa 50 sen. Siapa punya?


tambah satu




Bagi aku kalau ada something baru, aku kena ambil masa utk sesuai kan diri.
Kalau pegi tempat baru, aku agak susah nak tidur.
Pusing kiri, pusing kanan.

Lama lama terlelap jugak.

Masuk tempat baru, nak kena cari kawan baru.
Sesuaikan dgn jadual baru.



Currently aku ada benda baru nak kena sesuaikan diri.




Gigi aku.



Gigi geraham aku yg paling belakang sekali sebelah kiri dah start tumbuh.
Aku rasa sedikit tak selesa.
Rasa macam ada benda tersangkut @ terlekat.
Aku rasa agak terganggu.




Selalu org kata, kalau tumbuh gigi baru kita akan demam.

Alhamdulillah.
Tak ada fenomena fenomena pelik berlaku dekat aku.


Lama2 okay lah tu ;)








Kejap. Tak kan dah 19 tahun pun ada gigi baru lagi?

Google translator




Bila ianya kelas Bahasa Inggeris. Semuanya sepatutnya dalam Bahasa Inggeris.




Kadang kadang lecturer aku pun tersasul 'translate' dalam Bahasa Malaysia.


Bukan apa.
Dia nak bagi anak2 murid nya faham lebih akan perkataan tersebut.



Nak di jadikan cerita.
Setelah kelas hampir sejam setengah berlalu, pintu kelas di ketuk beberapa kali.
Masuk seorang pelajar perempuan. Menyerahkan surat tunjuk sebab tidak ke kelas, bagi pihak rakannya.

Dr Jagdish membuka surat tersebut. Berkerut kerut dia cuba memahami isi surat.


Dan.
Dia hampir putus asa.

'Urmmm, class. Can you help me translate this sorry, I can't attend the class, because I was in silver bla bla bla. I can't understand it.


Aku ni Bahasa Inggeris tu bukan lah hebat mana. Kalau lecturer pun tak faham, maksudnya mmg high standard lah English budak tu.


Aku yang mendengar isi kandungan surat pun berkerut kerut cuba nak fahamkan.


Ada suara dari belakang.
'Dia dekat Perak kot'


Lecturer aku masih berkerut.

Silver = Perak *the state (negeri Perak)


'Owhhh I see Perak (the state)' sambil ketawa




=='
Aku pun baru faham.

Pada pandangan aku lah. Aku rasa dia tulis @ taip surat tu dalam Bahasa Malaysia.
Dan dgn bantuan Google Translator.
Dia menterjemahkan semua isi surat ke Bahasa Inggeris.

Bijak jugak.


Aku pun tak pernah terfikir.






Ades. Parah paraaaaaah.




Tuesday, October 26, 2010

pencuci mulut


Sebagai pencuci mulut, aku teringin nak makan aiskrim lepas makan tgh hari tadi.
Lalu aku singgah di kedai runcit sebelum pulang ke bilik.


Aku ambil aiskrim CRAVIO vanilla. Aku tak suka aiskrim perisa coklat. Tapi coklat bar aku suka.

Lalu ke kaunter.

'Seringgit sepuluh sen, dik' beritahu makcik yg jaga kaunter.

aku hulurkan Ringgit Malaysia Dua.

'Sepuluh sen ada?'


Aku cek seluar. Lupa, seluar aku tak ada poket.




'Sepuluh sen tak adalah'

Tiba2 suami makcik yg ada dekat sebelah, yakni taukeh kedai runcit, menyampuk.

'Kenapalaaah jual aiskrim RM1.10. Buat susah orang saja.'





Aku musykil, Cik Ida pun.

'Aik. Siapa yang jual aiskrim sekarang. Kenapa dia mempersoalkan harga aiskrim tu?'



Sambil makcik tu memulangkan baki sembilan puluh sen, aku sendiri berfikir.
Pakcik tu tolong jual je.
Syarikat yg jual aiskrim tu yang letak aiskrim utk dijual oleh pakcik/makcik tu.
Syarikat yg jual aiskrim tu laa yang letak harga.

Ngek punya syarikat aiskrim.







"They are in love. What should I do now?"



Monday, October 25, 2010

typo. wooops!


Kejadian berlaku malam kelmarin.
Tempat kejadian, cafe.



Aku baru sahaja memesan makanan, dtg seorang lelaki, berketayap, rambut kerinting, berjubah. Foreigner rupanya.


Dia mencapai sehelai kertas dan pen.





Aku perhati dia tulis.






Puas aku menahan gelak. HAHAHAHA!

Saturday, October 23, 2010

auntie ruhi!


TEE HEEEE HEEE :)




comel lah mak ni *awww ♥








mak kata, 'Masa kecik kecik dulu nak beli tak ada duit nak beli, dah umur 43 tahun baru ada duit'


Thursday, October 21, 2010

lagi dan lagi




Kadang kadang masalah yang datang singgah dalam hidup aku, aku yang cari sendiri.
Padahal dari awal aku tahu, kalau aku buat 'macam ini' atau buat 'macam itu' akan menimbulkan masalah.


Tapi. Itu lah.
Hrmm.


Tak pernah serik.
Walhal dah tahuu dah akibat nya.
Tapi buat lagi.
Benda yang sama juga aku buat.




Contoh paling dekat.
Belajar last minit.
Aku dapat habit ni sejak form 5 lagi.
Dan aku dah dapat akibat nya.

Tapi masa dkt PASUM aku masih buat benda yang sama.




Dan sekarang pun
Haaaih.

random #13



Dengar kata ada spotcheck malam ni.
Iyer ke?




Punya takut ada orang dtg. Roommate yg sorang tu pegi tutup semua lampu.
Aiyark. Gelap nyer


*esok test prinsip kimia. HAAAAAAAAIH

saya rindu beliau

SERIUS TAK TIPU

Aku rindu makcik dedemok (pinjam dari Fatin Nadia) ni.
Orang suka kata kiterang ni kembar.

Aku dorm mate dgn dia.
Aku classmate dgn dia.
Dia aku punya rakan angkat.
Dia desk mate aku.
Aku dan dia join pengakap sama sama.
Selalu jalan sama sama.

Benda aku paling ingat pasal beliau.

1. Dia sukaaaaaaa sangaaaaaaaat menyakat orang.
Confirm lepas tu nangis. Hahaha. Bukan aku sorang je kena. Ramai laaa jugak.

2. Suka menyanyi. Walau di mana jua. Aku ulang: DI MANA JUA.

3. Sangat suka baca novel dan komik. Beliau sangat komited membaca novel, dan tidak menghiraukan benda lain. Novel yg tebalnya 400 muka boleh habes sehari. Kalau komik x sampai 30 minit kot.

4. Suka pinjam barang aku. Pastu hilang kan. Dan nnt dia akan ganti dgn membeli yg baru. haha.

5. Kalau kau berbalah dgn dia, kau mesti kalah. Mesti kalah. Kalau kau menang, dia akan cover dgn berkata 'aku bagi kau peluang utk menang.'

6. Kelakar, Fun, Happy-go-lucky *^^*

7. Suka sangat bergayut. Public telephone tu mmg dia seorang yang punya.

8. Mempunyai suara yang lantang.

9. Jika ada masalah melibatkan hati, ramai orang selalu mintak dia dgr dan nasihat.

10. Suka bersin bila bangun pagi. Tambah tambah kalau pagi tu sejuk.


sebenarnya, banyak laaaaagi. Tapi cukup lah sampai 10 jer.

cuba teka siapa beliau?


saya + saiyidah

beliau marah aku tadi
'kau ni mesej aku pun susah, kau ingat dok menaip kt FB tu boleh kurangkan lemak lemak kat jari ke?'


Wednesday, October 20, 2010

pesanan khidmat masayarakat



ini mangkuk berisi spaghetti + sos spaghetti + sayur hijau



kenapa spaghetti? saya pun tak tahu.

Motif gambar tersebut dilukis:

Jangan biarkan makanan terdedah. Lepas ambil makanan tudung semula makanan.
Sebab lalat suka hinggap dekat makan yg terdedah.

Bila lalat dah hinggap, maksudnya makanan anda telah tercemar.
Kerana lalat amat gemar akan tahi. Jadi mungkin sebelum lalat tu singgah dkt makanan anda,
mungkin dia singgah dekat tahi tadi.

Jika anda makan makanan yg telah di hinggapi lalat, ia akan mengakibatkan Taun.

Jadi jagalah kebersihan.
Sekian terima kasih.



Pesanan di bawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, October 19, 2010

dua ringgit boleh buat apa je weyhhhh




selepas penat gila selama 3 hari berniaga.
akhirnya selepas hampir seminggu. Cik Bella kata duit jualan dah siap kira.

Okeyyyyyyyyyy, aku eksaited gila nak tahu berapa banyak untung!



Berapa untung weyh?




RINGGIT MALAYSIA DUA SAHAJA
(seorang)




hahhhh?! 2 ringgit je?
pfffttt





gerudi cari bijih




sebelum melangkah ke dewan kuliah aku sempat berpesan kepada Cik Ida
'Pilih seat yang "bersih bersih" sikit'


Nak tau kenapa aku pesan macam tu?
Sebab selalunyaaa tmpat kiterang duduk tuh dekat dgn sorang mamat ni
yang mana hobinya korek hidung secara X-treme, mmg tahap XXX aaaa dia korek =='
Gila dalam. Aku tak tahu laah apa yang di gali nya. Emas kot.


Dah dapat seat. OK. Lega. Mamat tu tak ada kat situ.



Agak2 dah 20 minit kelas. Tiba2 dia masuk dan duduk depan seat kiterang.

Aku pandang Cik Ida. Cik Ida pun pandang aku.


Macam biasa. Duduk2 je, dia start laah mengorek.
Eeeeeeeeeeeeee.
Sumpah G E L I (!)


Kadang2 Cik Bella tu sound gakk dari belakang. Dia buat donno je. Sheshhh!



Encik, tolong laah hentikan bad habit anda. Kami ni dah naik G E L I (!) tau tengok.
Dah laa encik tu duduk depan. Dekat dgn lecturer pulak tu.
Eeeeeeeeeeeeee.





Aku ingat lagi Sir Othman (SEMASHUR) selalu cakap
'Siapa yang suka korek hidung dia pembersih'

Siapa setuju?



Aku? No komen.

cikgu cikgi



Family Day '10
Persatuan SEP (Sc & Education) Universiti Malaya (PSEPUM)
(all credits goes to YDP PSEPUM ; Kak Farah )




Ini keluarga cikgu cikgi saya :)

that 2 days was awesome! It was great!





Let's do this more often! Jyeaaaaaaaah!


Monday, October 18, 2010

teka teki




saya ada ujian tgh hari tadi.

ada 20 puluh soalan 'fill in the blank' dan 40 pilihan jawapan.
dalam banyak banyaaaaaak soalan,
ada satu soalan, yang saya muyskil.
saya yakin, bukan saya seorang sahaja musykil.




'seed contained _____________ and ______________ (fullstop)'




seriously dude..



DALAM SEED ADA APA HAAAAAHHHHHHHH?!




kalau tanya dalam buah, saya tahuuu lah ada biji, tapi kalau dalam biji ada apa?

Thursday, October 14, 2010

perasan handsome




Lepak kat mamak, sambil minum air laici, curi roti nan cheese ida sikit.
Aku alihkan pandangan kepada skrin TV plasma milik taukeh kedai mamak.
Ada match badminton Commonwealth Game (CG) laah.

India vs India.

Aaah. Tak menarik lah.

Tiba2 aku ternampak player India tu.

'weyh weyh, tgk aaa player India tuu. Handsome seyh. Hidung mancung owh.'
sambil jari telunjuk aku menuding ke arah skrin TV plasma tersebut.

Dan elok aku letak je tangan aku.
datang mamak tu jalan ke arah aku.

'Dik, nak order ape lagi?'




Korang faham tak. Aku cakap player India tu handsome, kenapa mamak tu yg dtg kat aku.
Dia rasa dia handsome ke?



.........................................



Semalam dan hari ni merupakan hari keusahawanan UM.
Macam macam jugak lah jual.
Penat tak payah cakap lah.




Satu aku notice.
Ada mamat kedai sebelah, selalu buat air *banana milk shake*
Aku suka tgk dia buat air.
Nampak macho dan gagah. Wakaka!


Tapi suka tak ada maksud lain aaaaaaaaaaaaaaaa. Suka tgk je.

Dierang kata dia budak international. Singaporean.


Monday, October 11, 2010

macam mak nenek #2


Kan hari tu dalam entry 'macam mak nenek' aku ada komplen macam macam kan? ingat tak?



Okey.
Aku mintak maaf aa.


Actually, lemang tu sedaaaaaap gilaaaaaa!
Lembut di dalam.
Tak mentah di luar.

Mungkin itu sebab usaha keras mereka bersusah payah menjaga lemang2 tersebut dan habis miang miang satu badan.


...............................................................



Malam Rumah Terbuka Aidilfitri (RTA'10) semua orang melaram gila!
Dah macam nak pegi annual diner. Hebaat mereka2 ni.

Cantik cantik && Handsome handsome.
Vogue habis lah

Aku pergi tanpa secalit bedak dan se-oles gincu, semata mata nak tunjuk muka, makan free.
Nak snap gambar banyak2 pun aku tak ada mood sangat.

Entah, sbb aku tak rasa aku nak snap.

Adalah satu dua gambar.

diambil dari kamera cik ida, all creds goes to her. tapi aku ambil sikit, sbb aku edit tambah frame.
*saja letak watermark. kunun2 copyright laah ;)



Macam biasa lah, dalam tentatif kata pukul 9 ketibaan tetamu VIP.
9.30 baru sampai.

itu ini itu ini

10pm baru makan. Okey lah, makan free.
Dah nama pun makan free, doa tak habis baca remaja remaja lelaki dan perempuan yang mana hormonnya sedang meningkat, terus lari menerpa ke arah meja hidang.

Dan dgn rakusnya membaham segala hidangan.

Tak sampai sepuluh minit. Semua licin licau.
Macam Piranha !

gigi dia aku cuaak weyyyy

Ramai yang tak dapat makan. Ramai yang mampu melihat.
Aku pun terdiam tgk tray berisi mihun goreng, kosong.

Dapat la jugak merasa nasi impit dan lemang.


Aku dgr cerita, ramai yang balik bilik buat parti maggi pulak.




*aku belah awal dari majlis tu. haha.

Sunday, October 10, 2010

2 tiang merah yg pendek


KURAAANG MENCAPAAAI TAHAP?!


urgh.




salah aku jugak.
buat survey main main.

ben10

so true ayie


Apalah yang istimewa nyaa hari ni? setakat 10 10 10.
tahun depan pun bolehhh. 11 11 11 samaaaa je kaaann.


So, what the big deal anyway?
pfft.

Semua orang sibuk tweet dan wish celebs for the 10 10 10 day.
Kalau yang birhtday dia hari, lain cerita lah.



Aku dgr ramai yang pilih tarikh hari ni buat kenduri kawin.

Angkasawan negara pun kawin hari kan? Dgr cerita dia invite seluruh rakyat Malaysia pergi kenduri dia. Sebagai tanda balasan rakyat Malaysia tolong doakan keselamatan dia dkt angkasa hari tu.

Ada siapa siapa pergi?

Hari kakak poji dgn abang taiko kawin jugak. Bukan kakak poji kawin dgn abg taiko. Dierang kawin dgn pasangan masing masing aaa. Bukan jugak poji yang kawin.

Tahniah dari saya ye.

Saturday, October 9, 2010

model dan kamera telefon




model: dieyah hidayah & hazwani wani
edited by miss dieyah hidayah


self edited


model:
atas: (L to R) *ehem ehem* syafiqah lyana, hazwani wani,
bawah (L to R): yusmaniza ahmad, ramai2, fara tiqa, dieyah hidayah
self edited



tema: studio photo && passport photo
tempat: dinding putih bilik D112, department of chemistry.
model kamera: LG KU990R
Jarak Fokal: 5.1mm


penggunaan model tersebut adalah dgn secara sukarela, tiada paksaan.
pantang kamera di hulurkan, terus sahaja menempel.
terima kasih model2 sekalian ;)



*hahahaha, aku poyo jadi org hebat kamera laa pulakkk kan.
cakap benda2 yang aku tak tahu.
aku tgk dekat 'properties' dkt gambar tu jer. pastu aku translate. wakaka!

macam mak nenek




Sekarang sedang berlangsungnya RTA (Rumah Terbuka Aidilfitri KK9)
Daripada malam tadi, sampai lah sekarang macam lagu dah dipasang. Kebanyakannya lagu raya lah. Bising lah jugak. Tapi tak mengapalah. Kalau tidak sunyi sangat la pulak kan.

Konon2 nak tunjuk rajin. Aku pun ikut aaaa roommate aku ke tempat kejadian.
Nak tolong laa ni.

Aku tgk batang buluh nak di buat lemang.
Maaaaaaak aaaaaihhhh! Diameter buluh tu ada dekat 10cm. Besar kott.
Boleh ke lemang tu masak. Keras pulak tu batang buluhnya, warna hijau gelap. Sah2 laah tu buluh tua. Kalau selalu kita beli lemang pun, buluh dia muda dan kecik je pun.


Aku mengomen. Macam macam.
Macam laaaa aku ni pernah buat lemang kan. Haha.

Kalau suruh buat, aku pun x reti.
Perah santan aku tau lah.




*tapi aku mengomen berdasarkan pengalaman, apa yang aku perhati selama ni. Bukan cakap tak berasaskan fakta.


Aku cuma mampu berdoa agar lemang yang di masak tu... Masak lah.
Jangan mentah sudah.


promo: red delicious



Hey hey, kamu kamu sekalian.
Dgr ini, beta ada satu pengumuman!


Di harap rakyat2 sekalian dapat menghadirkan diri ke event di bawah:

Hari Keusahawanan, Universiti Malaya 2010

ini nama gerai kami

Tarikh: 13, 14 Oktober 2010 (Rabu dan Khamis)
Tempat: Perkarangan KPS dan Exam Hall
Info: Kami ada menjual pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.

100% buatan Malaysia &
100% sedaaaaaaap!
wallaaaaaaah!


Ada fishball, nugget, wedges, burger, sandwich, rojak buah, air. Harga semuaaaaaanya berpatutan.

Selain gerai kami, ada banyak lagi gerai yang menawarkan pelbagai jenis barangan dari makanan, minuman hinggalah ke urutan istimewa.
Kalau nak tahu urutan apa, kenalah dtg ke Hari Keusahawanan ni!


Kita jumpa di sana ya!


*gerai kami no 11 tau! :)

ini contoh design yg lain.

Aku ni bukan laa kreatif sangat.

saya perempuan yang mengigau ketika tidur



Ini pengakuan tulus ikhlas dari hati. Hahaha.


Roommate aku yang cerita, bilik dah gelap, mata aku pejam, baru aku saja lena.
Tiba2 ada suara seseorang bercakap sesuatu dan tak berapa nak jelas. Aku la tu.


Dia tanya 'Apa?'
Aku cakap lagi. Masih tak berapa jelas.

'hah?'
Aku ulang lagi.

kali ketiga dia masih tak jelas.
Tapi kali ni aku diam.

Dan terus tidur.

Betullah orang kata, kalau bercakap dgn org mengigau nnt dia balas balik.



Bukan dia seorang je penah tegur aku, roommate lama aku pun pernah tegur. Haha.



Berani ke nak buat perempuan ni jadi makwe?
Okey, tak payah jawab soalan tu.
HAHAHA.

Thursday, October 7, 2010

Esok aku raya. Nak pakai baju apa ya?




InsyaAllah.

Hari ini bakal menjadi hari terakhir utk aku menghabiskan puasa sunat 6 di bulan Syawal ini. Sempena hari yang terakhir ini, aku ingin menjadikan sahur aku yang selalunya 3 teguk air kosong dgn memakan mee Ruski perisa Tom Yam. *berair hiduuuung wa cakap bebbbb!*

Sedang aku menjamah ke utas utas terakhir megi tomyam tersebut. Aku lihat keadaan bilik aku, atas meja belajar; semak. Lantas aku teringat akan Kolej 12. Haaih.
Rindu aku dekat bilik lama aku singgah di benak ku.

Sungguh, aku rindu bilik itu.

Bilik yang tak pernah berhenti dari kunjungan. Aku tak tahu apa yang istimewanya bilik itu. Adakah bilik itu atau pun penghuninya? Hrmm, aku pun tidak pasti.

Macam benda kami buat, berkumpul buka puasa, makan tgh hari, malam, pagi, bincang tutorial, study group, tgk movie. Siap ada yang overnight lagi.

Teringat bekas teman bilik. Alim orangnya, tak macam aku. Hehe. Rajin baca buku, tak macam aku jugak.
Di hari hari terakhir kami di bilik tersebut, beliau menghadiahi aku sebiji bantal 'Doraemon' yg aku buat teman tidur hari hari.

Aku rindu hari hari lepas aku di kolej sana. Aku di Kolej 9 hanya mampu mengenang.

Bukan tak sayang kan Sembilan, aku cuma terkenang, di kala aku menghabiskan Megi tomyam aku.

aku rindu kaaan korang semuaa.
yg mana gambar nya tak ada, mintak maaf.
tapi aku nak bagi tau satu benda, aku rinduu kann semuaaaaaaa


Ini lah aku. Kalau tak ada orang nak nak di buat teman cakap. Otak aku akan ligat berfikir, macam macam, teringat yang ini, terkenang yang ini, menyesal yang itu.
Suka sangat mengelamun kalau duduk sendirian.


Aku tgk megi aku macam tak boleh nak habis. Aku cakap dalam hati, 'Esok pagi, confirm aku menyesal tgk megi tomyam aku ni tak habis'










*mungkin aku patut lampirkan esei aku ni nanti time nak mintak duduk kolej 12? Agak agak dierang ada sikit terkesan tak dgn ayat2 aku? Hahaha. Aku pun tak tau.




Wednesday, October 6, 2010

igauan tidur



ini mak wa pesan *perli baek*:

kalau ada member, lu pandang sebelah mata cukup.
anggap macam sampah tepi jalan menagih kasih
supaya di buang di dalam tong sampah.




sorry aaa, waaa makan dalaam sket aaaa.


lu ingaaat lu je nak makan dalam.
wa pun nak rasaaa gaak.

lama lamaa wa tgk, wa tambaaaah makan dalam.





ini pantun wa cipta dalam masa 2 minit.

ingat awek rindu rinduan.
ingat balak termimpi mimpi
ada member lupa lupakan
wa tak heran, wa ada member ramaai laaaaagi

pigidaaaaaah!

Saturday, October 2, 2010

penuh dgn rasa pelik


#1
Kenapa masa berjalan dgn pantas sangat ni?
Lagi 1 jam dan 4 minit dah Hari Ahad.
Lagi sebulan dah nak final exam.

#2
Kenapa adik tak makan cekodok tadi?
Merajuk ke? Hehehe. Kaklong marah kejap je.

#3
Kenapa dah tak dapat notification email dari FB?

#4
Kenapa orang yang pelik2 follow aku dkt Twitter?

#5
Kenapa aku dah tak eksaited makan satay?

#6
Kenapa mak punya selsema dan batuk tak kebah2 lagi?
dah dekat 3 minggu kot

#7
Kenapa aku dah bosan dgn laluan setiap hari aku ke kelas?

#8
KENAPA TAK ADA MOVIE BEST MALAM NI?!

#9
Kenapa suara Yuna sedap?

#10
Siapa yang nyanyi balik lagu ni? Big bang ke?

I'm busy | 2ne1 (male version)



jam lima pagi dan mesin basuh



Hari Khamis.

Hari ni nak basuh baju lah. Esok nak balik rumah.
Kang bertimbun timbun pulakk.

Habis kelas.
Bukak internet, buat kerja homework sikit *tak siap pun.

Kejap lagi lah.

Sambung main Pet Society. Tengok jam dah tgh hari.
Main main main.

Ooops. Zohor belum lagi.
Siapkan homework.
Daaan tertidur.


Eh. Lupa, baju belum basuh. Hrmm. Malam karaang laah.

Dah malam.
Ada orang guna mesin basuh. Tunggu sejam.
Eyyh, ada orang lain potong trip.

Lepas ni free kot.
Erk
Meleset. Ada lagi orang.

Tak boleh jaaadi ni. Dah pukul 12am.
Ramai pulakk yg basuh baju.

Apa kataaa, bangun pukul 5 pagi, basuh baju.


Yeap. Aku bangun 5 pagi semata mata nak guna mesin. Pfft.


Decorate | Yuna