Sunday, December 12, 2010

kenduri kawin = makan free

Biasalaaah masa cuti cuti sekolah macam ni. Semua orang nak buat kenduri kawin.
Sana sini aku tgk ada khemah mengikut tema majlis. Ada purple, ada biru, ada kuning.

Tambah tambah hari Ahad macam ni.

Jadi dalam banyak2 kenduri kawin, ayah dapat lahh satu invitation. Jiran lama aku masa duduk Jalan Hospital, KKB.

Dah sebab mak tak masak lunch sbb ada kenduri, aku pun follow lah sbb lapar punya pasal.


Dah selesai makan, jumpa Ustazah masa sekolah rendah dulu satu family yang juga merupakan jiran aku masa dekat Jalan Hospital. Waaaahh, serius rinduuu.

Salam salam semua, tegur2 sapa sikit. Kami pun beransur lah ke kereta nak balik rumah. Dan jumpa pulak Guru Besar SK KKB1, Puan Faizah Teh. Masa nampak muka dia aku rasa sebak, terharu. Sebab lama tak jumpa.

Dan nak tahu tak? Dia masih cam muka aku!

Aku salam, cium tangan dia. Dan dia peluk aku. Masa tu mmg rasa terharu lah. Rasa nak menangis.
Bukan nak cakap apa, aku rasa dia antara Cikgu yang amat berdedikasi dan sangat memberi perangsang masa aku UPSR dulu.

Rasanya tahun lepas kot. Dia jumpa mak dekat pekan, dan tanya pasal aku. *masa tu aku tak ada di tempat kejadian*

Dia pesan melalui mak 'Goodluck Nabila in whatever you do, InsyaAllah I'll pray for your success'
Dan dia hulur LIMA PULUH RINGGIT utk aku :D

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA GALANYA, CIKGU.


Masa makan tadi aku perasan yang lauk ayam dia lain sikit dari yang lain. Nak kata rendang, tak sangat. Nak kata ayam percik, pun bukan. Tapi sedap lah.

Sampai rumah ayah tanya 'Ayam tadi tu sedap jugak. Dia masak style apa eh?'

Mak jawab 'Tu bukan ayam rasanyaaaa, itik kott'
'Haaaaaaa? Ehhh bukaaan laaaah makkkkk' aku menyampuk
'Tak kannn laaaah' masih tak dapat menerima apa yang mak cakap tadi.

Ayah pun tak percaya. Ayah kata kalau mak bagi tau masa dia tgh makan, dia tinggal terus tak makan dah. Terbantut selera.

Aku mempersoalkan mak ' Kenapa mak kata tu itik? Kaklong rasa tu ayam lahhh'
Loya tekak aku sekejap.

'Sebab tulang dia tak macam ayam. Nampak macam lain'

Ayah tak puas hati dgn penerangan mak, 'Tak pa, nnt I pegi masjid, I tanya tuan rumah. Itu ayam ka itik.'

'Eeeee, baik ayah tak payah tanya. Lebih baik kita tak tahu realiti nya. Nanti kita pulak naik geli' aku kurang bersetuju dgn ayah.

Tapi betul owhh. Kadang kadang kita tak mahu tahu realiti sebenar sesuatu keadaan. Tambah tambah yang menyakitkan dan menggelikan.



Itik halal je utk di makan. Tapi entah, aku rasa geli.

spongebob kuning macam itik. ihihihihihii ^^ (Tumblr | bakamomoko

photojojo:


Peel, slice, and have a nibble: Imaginative and playful photos served.
Photo by Tatiana Khlopkova via ffffound
dan oren sebagai pencuci mulut (Tumblr | happythings)

4 comments:

wunny said...

haha aku pon geli kalau dpt taw itu itik. xD

nisahazirah said...

eeee aku pun... xtao nape...naturally rse geli pd bende yang kte x biase makan~~~

Unknown said...

korang berdua amat memahami situasi aku sekarang. hahha :D

nikkikilla said...

ak pn faham situasi dayah. tp ak lebih faham situasi dapat duit secara tetiba!! haha