Ini sambungan post sebelum Jadi klik sini dulu baru baca entry ni. okeh?
Nanti datang sini balik.
Jadi di sebabkan tiada internet, aku pun ambil langkah utk menonton televisyen.
Tapi siaran yg ada pun TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, 8TV tanpa Astro ToT *nangis lagi
Tekan sana, tekan sini. Tak ada pun cerita best. Grrr. Tapi tgk laa jugak Drama Kasut dekat TV3 tu. tgk kejap kejap.
Tapi kami satu family yg tgk Drama tu komplen tak habis habis. Hahaa. Kami bab komplen Drama Melayu mmg sepakat.
Ini antara komplen komplen aku sempat tweet menggunakan Twitter Maxis SMS
#1
Ayah mmg pantang tgk Drama. Die cukup benci muzik latar yg di selitkan dalam drama. Terlalu berlebihan. Sampai naik muak kot dengar.
Satu cerita lagi, Senario Asam Garam *yg aku baru baru ni tengok. Sepanjang panjaaaaaaang cerita letak muzik latar.
Cuba minimize kan sikit muzik tu.
Sampai kadang kadang tak dengar apa pelakon tu tgh bercakap.
#2
Katakanlah dia tgh sedih mmg laa letak muzik sedih. Pastu tiba tiba watak tu buat lawak, tup tup muzik pun bertukar jadi ceria macam tgh tgk badut sarkas buat show pulak.
Tak letak muzik pun tak apa kott. Tak efek manaa punn.
Hisy, bagi aku satu keluarga rasa macam pelik.
#3
Mana sesuaaaai laaaa kalau cerita @ drama ni berkisar tentang masyarakat melayu.
Ini lagi satu. Kurang sensitivity.
Tengah azan subuh, si Nenek mengejutkan si Cucu sambil melaung dengan kuat suruh cucu bangun takut terlepas subuh. Tapi si Nenek dah bersiap siap nak turun menoreh.
Dapat tangkap tak apa yang aku cuba ketengah kan?
Ini yg aku cuba ketengahkan.
Nenek, nenek. Nenek tak Subuh dulu ke sebelum menoreh?
Oh, datang bulan kot -________________-'
Tapi, nenek? Datang bulan? Hah? *fainted*
Nampak tak?
Ada banyaak contoh dalam drama drama lain yg tak ada sensitiviti terhadap pelbagai perkara.
Macam mereka ni mangambil langkah 'Asal siap sudah'
#4
Cerita dia pasal orang miskin. Makan tak cukup, pakai tak cukup, duit tak ada sebab kena bayar hutang dekat lintah darat.
Kalau dah miskin tu buat cara miskin lahhh. Kau makan laa kasi kenyang perut kau dan keluarga duluu.
Sebab ada satu scene ni, adik lelaki dia pengsan dekat sekolah sbb tak cukup makan. Kakak dia pun makan biskut kering je. Nampak sangat lahh dierang ni mmg miskin.
Mungkin dia nak tunjuk kott, walaupun miskin kena tolong menolong sesama jiran. Kot..
dan mungkin dia nak tunjuk orang melayu ni kaya dgn adat.
Ada point jugak dekat situ.
#5
Entah part mana yg ada cakap pasal kasut, aku pun tak tahu. Dah sejam lebih tengok asyik scene mintak hutaaaaaang je =________________='
#6
Dalam banyak banyak kekurangan dan menyampah. Ada jugak benda yg aku boleh ambil sedikit :)
Bukan semuanya tak elok. Tapi biasalah manusia *ye lahh, aku kan manusia yang elok buat buat tak nampak, yg tak elok @ kurang @ buruk tuuuuu jugaaak laaa dia nak bising komplen komplen.
Heee. Aku pun macam tu.
#7
Akhirnya, aku sedar. Aku komplen banyak sangat laah pulakkk kann. Hahahaha!
Kalau tak suka jgn tengok kan?
Habis kenapa aku tengok jugak??
GRR
Pening kepala otak je dok menyampah dgn cerita tu.
Dan, tak sempat habis cerita. Kami satu family tutup TV masuk tidur.
Padan muka TV. HAHA.
No comments:
Post a Comment