Dari semalam lagi teringin nak makan ayam. Ayam yang masak sedap sedap lahh. Kalau ayam goreng kunyit tak nak arhh.
Jadi aku ingt nak buat ayam bakar lah. Bakar dalam oven sudaaah. Haha.
Mula mula ingt nak buat ayam bakar rasa macam satay. Jadi aku pun mula lah mencari resepi di serata internet ni.
Selepas meneliti 3,4 resepi. Aku rasa malas lahh nak buat perisa satay tu. Macam leceh. Nak kena guna jintan manis lahh, jintan putih, ketumbar bagai bagai. Ada je kat dapur tu. Tapi malas lah.
Jadi aku come out dgn resepi sendiri. Main campak campak je. HAHA.
Ni semua berkat tunjuk ajar 'Chef at Home'
Chef Michael Smith :)
Aku admire seyhh dekat chef ni.
Dapur dia aku paling suka! Best!
Teratur dan kemas.
Kalau korang nak tengok jugak rancangan masak masak ni dekt AFC 703 |
Hrmmm, aku rasa lepas dah siap bakar tadi aku rasa cam okey laaa jugak. Sedap. Haha.
Mungkin aku boleh kongsikan resepi 'ayam bakar campak menyampak' ni. Hahaha. *Nama resepi tak boleh sedap lagi ke?
2,3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
[blend semua]
garam & kunyit secukup rasa
sedikit madu
ayam jangan lupa
*tips: ayam tu potong dalam saiz kecil2 je, utk memudahkan ayam masak dgn cepat
1. Gaulkan bahan yang dah di blend tadi, garam & kunyit dgn ayam yang dah siap di potong.
2. Utk mempercepatkan lagi proses memasak. Masukkan ayam yang siap digaul kedalam micowave oven. Tekan 2 atau 3 minit. Kalau tak ada microwave oven, boleh perap ayam selama sejam atau lebih. Kalau perap lagi lamaa, lagi sedap!
3. Letak dalam dulang pembakar. Dalam 30 minit macam tu. Suhu dalam 180 degree celcius. Dan bakar ayam sehingga masak.
4. Bila dah masak, sapu kan madu ke atas ayam ayam tadi. Jangan banyak. Sikit cukup. Nanti manis pulak kan. Jadi gula gula ayam tak pasal. Hahaha.
Taraaa! Dah siap.
Ayam boleh di makan bersama nasi putih atau cicah sos cili.
kalau rasa2 nak buat ayam sekor, kena tambar laa lagi bahan bahan utk blend.
No comments:
Post a Comment