Monday, August 2, 2010

1-800-NYAMUK


sila dial utk memesan nyamuk.

selain belajar, kerja sampingan saya kt sini ialah menternak nyamuk.
nyamuk nyamuk berkenaan boleh didapati di sekitar blok kolej, di lorong2 kaki lima dan juga di dalam bilik.

sebagai penternak berjaya, saya amat menitik beratkan keadaan habitat yg sesuai dgn nyamuk nyamuk. nyamuk nyamuk ternakan saya, amat senang dijumpai didalam timbunan baju, mahu pun baju yg sedang disidai. kerana keadaannya yg gelap dan lembab.

lebih bagus jika disediakan air yg bertakung.
kerana kita dapat membantu pembiakan nyamuk nyamuk dgn lebih terancang.

......................................

okey itu semua cerita lebat aku je. aku BUKAN MENTERNAK NYAMUK. tp nyamuk mmg banyak dekat sini. tapi aku tidur tetap lena.

roommate roommate aku selalu mengadu tak boleh tidur sbb nyamuk2 mengganas. tapi aku x pernah sedar kehadiran nyamuk waktu aku nyenyak tidur.

tapi esok hari, haaa.. siap lahhh. kaki aku penuh bintik2 merah.

setakat ni, dah 2 cara aku guna. pertama, pasang ridsect goodnight liquid dan kedua, spray bilik mengguna ridsect. promote ridsect skett.

namun, nampak nyaa, nyamuk nyamuk di sini agak kebal. langsung tak lut dek spray tuh. musykil musykil.

kadang2 risau jugaak, takut takut nyamuk Aedes. kang dapat denggi laak. ade kott kes denggi kt sini. ade member kena hari tu.

biasalahh, dah kena denggi baru nak fogging.

bagus laaaah, fogging tuu. tapi kot ye ponnnnn, announce laaah dulu. suruh masyarakat masyarakat yg sedang tidur dekat dalam bilik tu keluar, x de laaaah kitorang pulakkk yg kena sembur.

sekarang niii, siapa yg patut kena fogging? nyamuk ke manusia. adesss. sabar je laaaah.

alih alih, nyamuk tu ade je berkeliaran. buat x peduli je kat asap tu. kami yg merana sekarang.

......................................

dah lama tak tulis entry panjang2. manyaaak sibuk lah sikalang.