Friday, August 13, 2010

nasi sebungkus



peniaga sekarang ni lebih pentingkan untung daripada rugi. mmg lah betul. siapa yang nak berniaga kalau rugi. tapi biarlah beragak sikettt.

tak boleh ke jual air seringgit? kenapa mesti jual air sampai RM3? yang mana bungkusan nya besar dan tak mampu utk saya seorang minum dan habiskn. masalahnyaa, semua gerai jual air RM3 sebungkus.

lagi satu kalau berniaga kuih muih. belum apa2 dkt papan tanda dah siap siap tulis. 5 biji RM2.
macam mana kalau saya nak hanya mahu 3 biji sahaja. tak boleh ke?

saya kalau nampak papan tanda macam tu. saya terus tak singgah pun. sbb perbuatan peniaga tersebut menganiaya pelanggan.

macam bukak puasa semalam saya beli nasi dagang.
nasi dagang kosong; RM2
lauk lain harga.
takkan org makan nasi dagang kosong tanpa lauk atau pun gulai.

sama lah kalau beli nasik lemak.
nasi lemak dgn sambal tanpa telur rebus; RM1.50
kalau makan nasi lemak mesti lah nak makan telur sekali. walau pun telur rebus.
kalau nak telur kena charge lagi.

aduihh, semuaaa nak untung besar. pelanggan lah yang teruk.

No comments: