Friday, August 6, 2010

aplikasi dalam kehidupan


soalan pertama; siapa selalu basuh pinggan?
soalan kedua; siapa 'suka' basuh pinggan?
tambah2 pinggan pinggan yg ada dalam sinki tu berminyak minyaaakkkk dan susah ditanggalkan kekotorannya.

aku mengaku, aku tak suka basuh pinggan. sebab tangan aku selalu mengelupas bila kena sabun basuh pinggan.

walau tak suka pun, aku tetap basuh. kena laa tolong, dah kata anak dara kan?

paling aku tak suka basuh bila pinggan atau mangkuk tu berminyak minyaaak. susah kott nak hilangkan minyak tu. even sabun mahal pun belum tentu boleh menghilangkan kesan minyak tersebut. nak nak kalau mangkuk tu bekas sup tulang. fuuhhh, minyak die mmg tak terkata. tak boleh hilang.

jadi inilah masa utk kita aplikasi kan apa yg telah kita belajar dalam subjek kimia.

terdapat banyak ikatan hydrogen dalam minyak. ikatan hydrogen sangat sensitif kepada haba. sedikit sahaja haba dapat memutuskan ikatan hydrogen.

apa kaitan ikatan hydrogen dan haba dengan kisah aku tgh basuh pinggan?

mesti laa ada kaitan kalau tak buat apa aku susah2 jadi macam cikgu dok menerangkan kt korang. disebabkan minyak minyak tersebut degil dgn sabun.

sebelum korang cuci pinggan degn sabun, apa kata korang curah kan dulu air panas dekat pinggan mangkuk yg berminyak tadi. rendam seketika. dan buang air panas dan cuci dgn sabun.

aku jamin, minyak tuh boleh dicuci dgn senang.

sebab ikatan hydrogen sudah pun terputus dgn adanya sedikit haba.

org dulu dulu kata ini petua.
tapi ini sbnrnya aplikasi pengetahuan sains dalam kehidupan ;)


No comments: