minggu ni aku pulang lagi ke rumah. haaih.
sampai di stesyen KTM serendah aku hantar SMS pada Ayah. supaya ayah boleh bersiap utk ambil aku di stesyen KTM Kuala Kubu Bharu.
aku taip
'serendah, ayah amek pakai kete mak tau. hehe'
aku tunggu SMS masuk
tiada balasan.
tak apa lah, ayah dapat kot mesej.
sampai di stesyen aku nampak mak dan ayah tersenyum.
'alaaaaaa, kaklong suruh bawak kereta mak. bukan suruh bawak maaak'
'mak yang nak ikut nak buat macam mana' balas ayah
bukan sbb aku x mahu jumpa mak, tapi kalau ada mak mmg sah laaa tak dapat nak drive.
tu laaah tujuan aku suruh ayah bawak kereta mak. sbb kereta tu auto. tambahan aku mmg dah lamaaa gilaaa tak pegang stereng. ingat nak berlatih drive semula.
aku cuba pujuk mak.
haaaaaaih. tak ada harapan.
........................................................
aku nampak ayah bersiap nak pergi bazaar.
'NAK IKUUUUUUUT!'
macam budak kecik. haha. adik aku pun tak ikut, aku sorang je gedik.
aku sarungkan selipar dan melangkah ke luar pintu rumah.
'eh, jap! lesen tak bawak'
'hehhhh'
ayah buat suara tak setuju aku nak bawak lesen.
sebb dia tahuu aku nak drive. muahaha.
time balik aku pujuk ayah pulak (masa ni mak tak ikut)
pujuk punya pujuk
ayah menyerahkan stereng kereta.
YESSSS!!
akhirnyaa tercapai jugaak impian.
tanpa memakai tali pinggang keledar.
aku terus masuk gear reverse, turunkan hand-break dan jalan.
pergh, bajet pro.
Alhamdulillah, tiada kecelakaan yg berlaku.
tapi ada sedikit kecuaian, almaklumlaah dah lamaaa tak pegang stereng. hehe.
namun kami selamat sampai rumah.
kiranya aku masih ada laa skill tu sikit2.
aku bagi tahu mak,
'kaklong drive tadi'
sambil tersenyum lebar.
mak tak percaya kot =='
sabar je laaah
bila ayah bagi tau baru mak percaya.
nasib mak tak marah.
then mak cakap
'kalau nak drive area KKB boleh laa kot, lepas ni.'
akan ku pegang janji muuuuu! hahaha!
tapi sirius, aku kena banyak lagi practise utk tambah skill.
kalau tak sampai bila aku x lepas lepas nak bawak jauh jauh.