Saturday, September 4, 2010

mengharapkan sampul kad raya dan . . .


sampul duit raya!



1.aku suka bila teringat time kecik2 duluu kalau lagi 2 minggu nak raya, aku akan minta ayah atau mak belikan kad raya.

supaya aku boleh bagi atau pos dkt kawan kawan dan sepupu2.



2. aku suka bila dapat kad raya. tambah tambah kalau yang di pos dekat rumah.

aku ingat lagi, aku pernah ada satu buku log yang aku tampal kan semuaaaa kad raya yang pernah aku dapat.

tak silap buku tu warna merah.

dan sumpah aku tak tauuu kat mana buku tu sekarang.


aku rasa mak dah buang.
=='


3. aku suka bagi kad raya.

tambah tambah kalau dapat balasannya. kalau aku bagi kad raya, wajib balas balik.
taaapi setakat ni aku x pernah pos kad raya dekat mana2 artist mahupun Perdana Menteri.

kalau dapat balasan punnn, bukan dierang yg tulis. cheit.



4. aku tak suka bila kena tulis dalam kad raya tu.

sebab aku tak pandai mengarang. mengarang dan blogging bukan benda yg sama ya.
selalunyaa, aku akan karang satu ucapan yang sama utk setiap orang. haha.

dan adik selalunya akan pas kad raya dekt aku, utk aku isi.

dan dia hanya tinggal tanda tangan.



5. aku dan adik aku wajib hantar kad raya dekat:-

  • maktok ani
  • wan saad
  • maktok minah
  • mak ramlah
  • ayah Bomba
mak ramlah dan ayah bomba merupakan mak dan ayah kesayangan aku no 2 selepas mak dan ayah kandung aku sendiri.

kadang2 naik confuse sbb ada 2 mak dan ayah. susah nak explain.

jadi konklusinya,
bila bahasakan mak aku sendiri aku sebut mother you
bila bahasakan ayah sendiri aku sebut father you

apa motif mother/father you. salahkan kak Liza. sbb dia yg start dulu. haha.
*kak liza merupakan anak mereka* akak, kaklong dah promote akak. haha!

bila aku cakap dgn parents aku
mak jadi mak ramlah
ayah jadi ayah bomba

fuuuh.

mereka yang bela aku dan adik aku dari aku kecik sampai aku darjah 6, sama seperti anak mereka. kami 2 beradik mmg manja dgn mak ayah angkat aku ni.

dan kami masih melawat mereka di Kuala Pilah bila ada masa terluang.



6. aku suka lekatkan duit satu sen dalam kad raya

habis duit satu sen ayah aku utk buat bayar bil
kira macam duit raya laaah. haha!

kadang2 dapat balasan 20sen!


tapi sekarang satu sen dah tak laku.




jadi tahun ini amat menyedihkan, koleksi kad raya aku ada 2 tiga keping je :(





ini kad raya Liyana Haziyah bagi *anak abang kitam
handmade gituuu. comeeyl jer.
dulu aku pun suka buat kad sendiri. lebih kurang mcam ni laaa. haha





ini kad raya Erica bagi :)
nanti krismas saya kasi awak pulaaa.




kasi through FB ponn diterimaaa. thanks yana!




ini kad raya dari abang kitam dan kak ina. tapi Haziyah yg tulis.


*ehem* sarah, iman dengan damiya bila nak balas. hehehe :DD



kepada yang sudi membalas dan memberi kad raya.
TERIMA KASIH BANYAK BANYAAAAK SAYA UCAPKAN




S E L A M A T H A R I R A Y A
M A A F Z A H I R B A T I N

4 comments:

jijie said...

hehe... sama la... bila tang nak tulis ucapan mesti blur dan blank..
dan selalu nya akan tulis :
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN....

xp

AlFaqirah Fillah said...

nak kad raya satu xumate.!!hohohoh

AlFaqirah Fillah said...

nak kad raya satu xumate.!!hohohoh

Unknown said...

uyu: haha, dah terlaaambaaat owhhhh. laen kaliii yokkk~