1. esok raya.
oh yeah raya!
tapi sebnrnya saja buat2 excited. tapi wa sebenarnya cool je.
tak macam dulu2 laaah, masa kecik2 wa excited gilaaa.
tak sabar nak main bunga api. tak sabar nak mandi raya.
tak sabar nak pakai baju raya. tak sabar nak salam salam minta ampun.
TAK SABAR NAK DAPAT DUIT RAYA.
sejak dah berumur sembilan belas tahun ni. wa rasa income tahun ni semakin kurang.
tapi wa yakin! kalau setakat RM100 tu masih dalam tangan laah. haha.
sebb dah nak hari raya ni kaaaan, tak mauu laa merjuk merajuk lagi. tak cool laah macam ni.
sbb esokkan kita nak bermaaf maafan.
2. tadi saya balut ketupat.
saya tak anyam ketupat. saya balut ketupat.
mak tak tolong punnn. saya habiskan balut ketupat dgn sebesen pulut, tp di tolong oleh Mak Cik Nurull di akhir akhir perjuangan.
tapi tabik laah dekat ayah, ayah balut ketupat satu besen pulut sorang2. *tabik spring*
orang belah utara tak makan ketupat nasi. kami makan ketupat daun palas yg isinya pulut.
yang dicicah dgn gulai daging, serawa durian, serunding daging atau ayam mahupun susu pekat manis cap junjung.
proses nak buat ketupat tersebut nampak senang. tp sebenarnya leceh jugak.
mula2 kena buka daun dan bentukkan seperti ketupat palas tanpa isi.
ini memudahkan utk sesi pengisian pulut, kerana daunnya sudah terbentuk.
kemudian pulut dimasak. pulut dimasak half cook.
dan apabila pulut sejuk sedikit, bermulalah tugas saya dan tukang balut yg lain utk memasukkan pulut kedalam daun palas yg telah di bentuk.
keudian diikat dan dipotong ekornya.
dan malam nanti baru di kukus.
leceh kaaaan?
makan mmg laaa senang, masuk mulut & telan.
3. macam2 juadah raya esok
maktok buat laksa, nasi impit.
tengah hari ada nasi tomato, ayam masak merah, kuah dalca.
ketupat daun palas tu wajib. mesti makan dgn gulai daging.
adik pulak nak makan bihun goreng.
kuih raya lagi.
perghh, jenuh.
4. sejak akhir akhir ni ramai yg tukar nama
dulu masa FIFA World Cup dah jenuh aku tgk.
saya keliru laah.
laksa kuah ikan parang
samprit ceri merah
lemang panas terbabom
lontong mak terbaik
makmor inti kacang badam
almond manchester
okey, saya exagerated je tu =='
tapi apa2 pun, saya harap demam raya ni lekas reda.
sbb saya naik semak tgk nama2 seperti itu.
5.baru sahaja membaca CNN entertainment punya news.
yg direcommend oleh saudari Julianazareena di FB.
dan ini satu perenggan yg buat wa melopong o.O
"Every time Bieber tweets, his messages have to be delivered to more than five million people who then endlessly retweet it," Curtis explained to Mashable. "Apparently, his account receives more than 60 @-replies per second for a while after he tweets, which is something Twitter wasn't originally designed to handle."
sumpah wow.
Q: apa kena mengena news ni dgn entry raya ni.
A: saja saja, tak ada kena mengena pun.
PENEGASAN:
SAYA BUKAN SEORANG PEMINAT JUSTIN BIEBER MAHUPUN PEMBENCI JUSTIN BIEBER.
SAYA BERSIFAT NEUTRAL.
6. okey laaah, ni yg terakhir.
buat kali kedua dan secara rasminyaaaa.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua.
thanks uyu sebab tulis note selamat hari raya dekat FB yg sungguh mengharuuukaann. sobs sobs.
dan terima laah, MV Raya Oh yeah oleh Yuna
raya oh yeah!
kurang setuju dgn Intro MV ni, sbb yuna salam semua member lelaki instead of salam semua member perempuan.
yang lain2 saya tiada komen.
heyy, saya nak jugaakk cinta di hari raya!
2 comments:
hoho dayah..itu note ikhlas taw dari lubuk hati..
bak org kata,
bila ada kita x hargai
tapi bila dah xde hmmmm.....
dapat umate skang bawu taw susah nak dapat umate cam hang..
hohoho..
adeh..
puji ko lg..
haha...*duit raya lebih kena bg ni..
*kembang kempis* hahaha.
nak duit raya bolehhh, mai laaa raya rumaaah. heheeehe :DD
Post a Comment