Monday, June 7, 2010

hajat malam ini



nak tidur awal.
sebab hari ni tak tidur petang.
jadi kena tidur malam awal sikit.



................................................




mereka tiga orang shopping spek mata. huh. dengki. masing masing beli spek baru.




nak jugakk.
tapi tgk adik sendiri cakap apa.



adeyhh. baek tak payah.



gambar background twitter adik aku censored sikit, terlalu panas. HAHAHA ;D


I just ate my heart



kisah makan hati #1

bila saya kata saya tidak tahu:



mungkin sbb

1. saya memang tidak tahu.

saya bukannya robot yang sudah di programkan utk tahu semua benda.
tapi encik google kan ada utk minta tolong.
dan saya memang belum habis menuntut sesuatu ilmu atau kemahiran.


2. saya tak mahu beritahu.

sbb saya rasa kalau saya terangkan anda bukannya tahu pun. penat explain itu ini. anda masih terpinga pinga. tambah2 kalau dalam telefon, dan anda expect saya utk terangkan utk benda yg sepatutnya saya ada di depan dan ajar.

dan utk mengelakkan keadaan itu, saya cuma cakap saya tidak tahu.

dan anda dgn serta merta cop saya
*satu ayat dibiarkan kosong*

kalau anda pandai sangat, buatlahh.

kalau nak tahu, saya 'tak kecil hati' dgr anda cakap macam tu
dan kalau ikut hati, mmg saya nak letak je terus phone tu.

tapi saya masih respect anda. mungkin anda terlepas cakap.
dan anda tak perasan.



kisah makan hati #2


kalau anda merupakan tuan rumah, hendaklah anda salam dgn tetamu yg hadir serta pandang muka dan senyum. serta tuturkan ucapan terima kasih dalam keadaan yg ikhlas kerana sudi hadir. dan mempersilakan tetamu masuk dgn beriya. bukan macam mahu tidak mahu.

*sila bayang kan tuan rumah yg beriya mengajak tetamu masuk*

even penat sekali pun, kena jugak senyum. jangan bukan buat muka tahi. kerana anda tuan rumah, muka perlu manis.


mengenai doorgift. kami bukan nak sangat pun setakat telur rebus tu. boleh rebus dekat rumah kot. tp tak perlu laa nampak sangat ke'pilihan kasih'nya ituu.

yg datang pakai baju cantik2. gaya macam mak datin sikit. baju lip lap lip lap sikit. pakai shades agak2 harga dua tiga ribu dihulurnya doorgift.

kami yg datang pakai baju kurung dgn sandal ni langsung tak dipandang.

hey, kami tetamu lah.


ye lahh, kenduri dekat rumah org kaya2. kami ni siapa je pun. habuk tepi jalan je.
kami datang dari jauh utk memenuhi undangan.


Sunday, June 6, 2010

ini bukan kisah baru



dah lapuk sikit lah.


encik artist : ini bukan Amerika Syarikat di mana rakyatnya berfikiran lebih terbuka dan sangat terbuka.
saya rasa saya faham isu encik. encik cuma mahu bergurau bukan?
tetapi 'awak busuk' bukannya lawak yg terbaik.
malah, tak lawak langsung


peminat wangi: nampak sangat awak tak fanatik dgn encik artist. bukan saya suruh awak jadi fanatik. tapi kalau awak betul betul minat. awak akan terima seadanya. mungkin awak tak busuk pun. encik artist cuma bergurau.
alaaaah, 'awak busuk' bukannya teruk sangat pun.
tak payah laaa sebar satu Malaya sbb dua patah perkataan. di mana kalau dalam bahasa melayu, dua patah perkataan itu cuma frasa ayat sahaja. x cukup syarat nak jadi ayat pun.

awak nak pujian ke? meh saya kasi 'awak cantik bak bidadari, harum semerbak kasturi, wajah mu nan ayu tiada bandingan, pipimu mulus bak putik kapas, kakimu langsing bagai hujung ranting'

cukup? saya boleh tambah lagi. tak kisah sikit pun.


para wartawan hiburan: dah tak ada cerita lain ke? dah masuk minggu kedua kott isu ni. bosan lah.




aduhh, ini laaah Negaraku. benda kecil, tak penting langsung nak heboh macam boleh tinggal kesan dekat ekonomi negara. atau pun kalau tak selesai boleh sebabkan perang dunia lagi sekali.

haaihhhh.


Friday, June 4, 2010

jauh perjalanan, lagi lama tidur



cuti sekolah dah nak dekat. jadi buat siapa2 yg nak pergi bercuti atau pulang ke kampung, hati hati dalam perjalanan.

jadi di sini ada beberapa tips yg selalu saya dan keluarga amalkan sebelum dan semasa bercuti.


1. booked hotel paling2 dua bulan awal.

untuk mengelakkan dari tak dapat bilik.
tambah tambah kalau nak bercuti waktu cuti sekolah.

kali ini pun nyaris nyaris dah penuh.

kalau balik kampung tak perlu kot nak booked bilik kt rumah nenek


2. bertolak awal pagi.

saya yakin pasti, tempat yg hendak dituju akan sampai tepat pada waktunya, atau pun lagi awal dari waktu nya. supaya petang sudah boleh rehat. kalau zaman kecik2 dulu, boleh pergi swimming pool! seronokkkk weyh. w.pun mandi dengan adik saje.


3. bawak bantal.

haha. jgn gelak. saya masih buat ni sampai sekarang. saya tak mempunyai bantal busuk ye. pegi laa mana pun (dgn family lah) kalau kena overnight. balik kampung, pegi laa jalan kemana pun. bantal saya pun akan sampai jugak.


4. pakaian secukupnya

ni mesti laa kena ada. jgn sampai terlupa pulak. pernah terjadi (cerita dulu laaa), siapa entah tak bawak yg kecik kecik tu *jgn tuduh saya eh*
terpaksa laa mak pegi beli yg baru.

kalau tertinggal berus gigi tak pe lagi. guna jari gosok gigi. bersih gak. *jgn tiru* tak sopan.


5. susun atur plan dan backup plan

ayah memang cekap bab ni. semuaaa dia dah atur.
lepas ni apa, lepas tu pegi mana, bila makan, bila boleh tidur, berapa lama boleh tidur.
mcm contoh perjalanan ke Sg Petani, Kedah dari tol PLUS tanjung malim mengambil masa 4 jam. jadi ayah akan cakap 'sape nak tidur, boleh tidur. ada lagi 4 jam nak sampai' dan saya merupakan org pertama yg tidur. dan paling banyak tidur atas kereta. tak ada siapa boleh challenge. haha. dan akan terjaga bila dah tersedak sedak.

tak tau lah apa sebab. kalau tidur dalam kereta selalu tersedak atau batuk. pelik betul.


6. sapu 'rain act' dekat cermin depan

apa tujuan 'rain act'? ini adalah cecair yang disapu pada cermin utk mengelakkan cermin menjadi kabur pada waktu hujan. dgn adanya 'rain act' ni, cermin akan jadi lebih clear, dan menyebabkan pemanduan menjadi kurang merbahaya ketika hujan lebat.
saya takut bila hujan lebat gila sampai tak nampak kereta depan.
dan akan ambil keputusan dgn tidur. haha. tidur lagi.


7. pastikan MP3 milik anda di charge penuh.

ini bagi memastikan anda tidak bosan mendengar lagu yang di pasang oleh ayah anda yg anda sendiri tak tahu lagu dari tahun apa.
jika anda tidak mengambil langkah ini, anda dicadangkan utk tidur sahaja.

kalau dgr MP3 jgn kuat sangat, nt tak dengar mak ayah punya gosip.
waktu dalam kereta baru boleh dgr semua cerita. haha.

tapi selalunya saya akan tidur =='


8. jangan tidur dalam perjalanan

okey, sila gelak. gelak kasi guling guling. cepat. guling lagi. kasi masuk longkang.
sekarang bangun. tarik nafas. okeyh, gelak balik. guling lagi. lagi lagi.
dah stop. cukup cukup.

ini peringatan boleh diguna pakai utk sesiapa yg jarang tgk jalan dan rumput. selain dari itu, boleh tidur macam saya.


9. bawak charger phone

ini penting utk mengelakkan daripada kehabisan bateri. tambah tambah kalau tgh holiday buat masa yg panjang. kredit tak perlu top up kot.


10. tinggal kan makanan utk kucing

ini tipu. saya tak pernah tinggalkan makanan pun. HAHA.
biar mereka berdikari.
jaga diri ye.


11. baca doa perjalanan

mohon Allah selamatkan perjalanan pergi balik.
saya buat ni, sekali dgn doa tidur. lepas baca doa, terus tidur.




Thursday, June 3, 2010

beratur panjang, rajin cari makanan


aku tgk tong sampah aku nmpk korang
aku tgk titisan air oren aku nmpk korang
tengok dinding nmpk korang dok beratur, tapi tak berapa nak lurus
aku makan tumpah sikit, karang berderet deret korang datang
aku duduk atas kerusi. aku nampak korang lagi
ni kerusi aku lah

aku tertinggal lauk ikan atas meja
aku terlupa nak tudung roti
dekat botol sos cili
korang jugaaak aku jumpa

hah, tu siapa tak angkat gelas air minum tu.
dah la air manis.
kejap lagi ade laaa tu yang nak datang.

haaaih semut.
penat laa aku tgk korang, kat mana2 pon ada. ridsect mak aku beli bulan lepas dah ringan dahh.
tak boleh sikit. kejaaaap kang korang mesti datang nak kerumun.


aku cakap aku benci kat korang. mak kate tak baik. korang pun makhluk Allah.

formspring #21


Q: nape record?


eyh, dah tanya dua kali eh? sorry sorry, lama tak bukak. hahaha

hrmm. aku cuba symbolize hidup aku dengan blog ni. maksud aku, setiap apa yg terjadi dalam kehidupan aku, aku cuba utk kongsi di sini.

record = rakam.

mungkin maksudnya 'rakaman hidup aku'


only question will be answered.


merah marah


my face turned red when I am mad. I can't hide it.

semalam dalam tren
aku terlelap. tapi lelap aku tak lena.
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....


semalam masa mandi
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....


sebentar tadi di dapur
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku semalam
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram, aku ....
argh!

aku tak sangka.

okey, aku gembira pada awalnya.
betul, aku tak tipu. aku gembira mula mula.

tapi tidak selepas itu

entah di mana silapnya. yang aku pasti aku bukan silapnya. tapi ada yang silap. ada org yang silap. aku harap manusia itu sedar. dia x boleh buat macam tu.

ambil kesempatan.

kau jangan ingat kau boleh lepas selama lamanya. kalau kau terus buat perangai macam tu. orang akan hilang kepercayaan dekat kau.

aku menyesal. aku malu.

eyh, pelik. terbalik. bukan kau ke patut malu dan menyesal?

owh lupa. kau x de perasaan malu. bajet dgn muka kau tuhh, gigi yg tersusun cantik bila kau senyum, muka kau yg bajet 'sweet dan innnocent' tu akan sentiasa menolong kauu? aah, tidak lagi lepas ni. aku dah hilang kepercayaan. mungkin aku baru terkena dua kali.

ada orang dah kena banyak kali boleh bersabar. tapi bukan aku.

kalau kau betul betul terlupa, buat lah gaya terlupa. bukan buat gaya kau gembira dan puas sbb rancangan kau berjaya. rancangan kau mengambil kesempatan tu.

kalau kau betul betul terlupa, aku betul betul minta maaf sebab dah salah sangka.

tapi aku yakin aku x salah sangka. sbb ramai org cakap dgn aku, kau mmg macam tu.


minta maaf. mood aku sucks semalam dan hari ini. semoga aku cepat sembuh.

.....................................

seperti juga aku, emak dan ayah juga sudah hilang kepercayaan terhadap aku.
dan aku sudah menjangkakannya.

emak tanya pukul berapa balik? aku kata petang kott, tapi tak lewat. aku berjanji.

namun perkara yg aku janjikan, aku tak tunaikan.

di sebabkan keretapi yang-sekarang-ni-menyediakan-koc-wanita itu.
aku lambat, sekali lagi.
dari pukul 5.30pm menunggu. tren delay sehingga 6.15pm.
semua berasak asak.
aku dah agak, kalau pukul 5.30pm nak naik tren, masak lahh.
pukul 7.15pm lebih kurang baru sampai rawang.
sampai sahaja rawang, tren ke Kuala Kubu Bharu baru sahaja jalan.
dan tren selepasnya pukul 8.05pm.
hah. amek kau!

masuk sahaja kereta. mak terus warn 'no more'.
aku diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
otak aku ligat berfikir, perasaan aku bercampur baur.
semuaaa perkara yang berlaku tadi
aku malu, aku sedih, aku menyesal, aku geram,

balik di rumah. ayah diam. x bercakap apa.
okey, kena faham. ayah tgh marah.
sbb ini kali kedua, aku balik lewat.

maaf ayah. tak bermaksud nak balik lambat. betul. serius.

aku ambil keputusan utk tidak online malam tadi. langsung tak.



(disebat dari tumblr.com)


FB status: bila ayah diam tak berkata apa. itu bahaya.

Wednesday, June 2, 2010

ingat jasa ibu bapa





sejak duduk cuti lama lama ni.
perasan tak siapa watak watak kerap di-feature-kan?
.
.
.
emak dan ayah
.
.
.
hahaha
.
.
.
nak buat mcam mana, hidup aku sekarang ni revolve around mereka sahaja setiap hari.
adik jarang sikit.
dia sibuk exam. aku x cakap banyak pun dgn dia.



tajuk post kali ini merupakan favourite quote ayah aku.
insyaAllah ayah, kaklong janji.

Tuesday, June 1, 2010

olesan gincu merah



ayah begitu nampak begitu tergesa gesa sekali ketika pulang dari rumah utk makan tgh hari bersama kami. kami tiga beranak hairan, kenapa sampai macam tu sekali. biasanya kalau kelam kabut macam tu mesti nak kena berkejar utk buat sesuatu lah tu.

dan ya, ayah berkejar utk ke sekolah semula. ada mesyuarat katanya.

oooo, mesyuarat ke. patutlahhh.

ayah mula mencedok lauk, dan makan dgn agak cepat dari biasa. emak juga begitu. kata emak dia perlu masuk ke pejabat, kerana waktu itu jam sudah menunjukkan pukul dua.

adik dan aku tak perlu nak tergesa gesa, sbb kami mmg x ada benda utk di kejar. adik nmpk tenang mencedok spagetti (dia sorang je makan spagetti. semalam dinner punya x habis) dan menyuap masuk ke mulut.

tp disebabkan aku lihat kedua ibu bapa aku agak laju. aku pun terikut.
tapi aku jugak yg lambat habis. ambil feel masa makan. tak best kalau makan laju sangat.

tak sempat aku dan adik aku kemas meja makan. ayah sudah pun mem'broommmm' motosikal nya dan hilang dari pandangan, lesap ke sekolah. emak yg ketika itu sedang bersiap, hairan akan kepantasan ayah yang terus hilang selepas makan.

aku cuma cakap
"iye laahhh, ayah bukannyaaa kena pakai tudung, pakai make-up, bubuh gincu sikit sambil tgk cermin."

itu kelemahan perempuan kalau bab bersiap. lambat. semua nak perfect. tudung x boleh kedut, tak boleh ada gelembung, baju nak kena iron, seluar kena match, nak pilih kasut yang ada dekat sepuluh, gincu, bedak alas, foundation, celak, pemerah pipi. aaah, macam macam.

itu perkara normal setiap gadis atau wanita buat kalau bersiap.

tetapi aku tidak.
kalau bagi aku 15 minit cukup lahh *kalau keadaan terdesak*. untuk aku mandi dan bersiap pakai baju dan tudung lengkap. 15 minit adalah jangka masa paling cepat utk aku siap. aku pernah buat kott rekod ni. pergh. rasa bangga di hati. haha.

dalam masa 15 minit apa yang aku buat?
10 minit mandi. sabun dgn gosok gigi sudaaa.
5 minit pakai baju seluar dan tudung.
tadaaaa! dah siap.

haha. aku memang mcm tu. tak pakai bedak, tak pakai lipstick, tudung suka hati. kadang2 horror gila. lantak lah.

tudung pulak, tak pernah nak buat fesyen fesyen. pin satu kt bawah cukup. cara ni selamat dan confirm menutup asset yang ada. hahaha.

dan disebabkan aku seorang yang pantas dalam hal hal bersiap. membuatkan aku kadang kadang geram menunggu orang bersiap. aku kurang gemar menunggu.

menunggu buat aku rasa terseksa. argh.








perasan tak. tajuk post ni. sumpahh tak boleh belaaaaaaaaaaah! HAHAHAHA :DD




gambar sempena post ni.

sandwich tuna mayo




tak pernah terbayang untuk berjumpa semula dgn member2 sekolah rendah.
dan aku rasa misi kali ni agak berjaya.
walau pun cuma mampu mengumpul dalam 10 org saja.

kira okey laa tuu.

yang penting kita gumbiraaaa kannnn? HAHA

buat yg tak dapat hadir, insyaAllah lain kali kite buat lagi ;)
buat yg x dijemput, minta maaf terlepas pandang

tempat yg dipilih agak tak-berapa-nak-femes
Kalumpang Resort. ade org pernah dengar?

30 minit dari KKB, 10 minit dari Tanjung Malim

cadang nak buat BBQ tp x jadi. tp BBQ jadi potluck. masing2 bawak sorang sikit makanan.
kira okeeyy laaa tuuu kannn? *dah 2 kali*
hehehe

seronok kott dapat berendam lama gilaaa, aku rasa aku dgn air dah cukup serasi sbbnya aku x kecut kecut.

hasil yang aku dapat daripada gathering ni
#1 sakit sakit badan, lenguh lenguh tangan
#2 hati yang gumbira
#3 empat ratus ++ keping gambar
#4 empaaaaaaaaat buahh album gambar dekat FB.
#5 spam notification =='
#6 kenangan *aaaaah

thanks guys!


gambar yg di edit tapi-tak-berapa-nak-cantik


ada 2 org tiada dalam gambar

satu : cameraman
dua : orang yang sibuuuk nak balik. hahaha.