Tuesday, May 31, 2011

Kepada students B.Sc. Pend. (Major Bio.)

Payah jugak bila cuti cuti macam ni, member ramai tak online.
Nak bincang pun susah bila ada masalah macam ni.

6 orang aku hantar mesej, 6 orang tanya soalan sama, 6 kali aku nak nak kena jawab.
Nampak tak susah nya. Dah tu pulak aku sorang je jadi informer.
Penat lah macam ni dohwww.

Tapi tak apalah akhirnya aku manage jugak bagi tahu member2 yang terdekat. Alhamdulillah ramai yang berubah fikiran ;)


Nah baca, aku tulis berjela jela nak explain pasal short sem. semester 3, 2010/2011

Salam & selamat sejahtera, pasal short sem hari tu kita dah bincang.
Tapi sejak dari semalam aku berfikir utk ambil subjek Human Biology tu. 
Sebab aku call Hazwani Wani , dia cakap ada 7 orang je utk subjek tu.
Dan Dr Norma sbnrnya dah reserve 20 
tempat utk kita budak2 major biology. 

Aku macam kesian jugak bila dgr. Lagi pun aku mmg tak ada apa nak buat pun 
dalam masa 4 bulan ni. Aku tak kerja. Dan aku ingt aku nak berulang. 
Aku tak stay kolej.

Kelas dia 2 hari sahaja. 
Isnin-- kelas: 9-11, lab: 2-5
Rabu—kelas: 9-11



*lab tak ada report, just ada macm presentation.

Dan menurut Wani, Dr Norma kata subjek ni wajib amek masa short sem ni. 
Kalau korang pergi register on9 pun mmg dia tulis warna merah
(Wajib diambil pleh pelajar PEB, SGPI, B.Sc. Pend. (Major Bio.) dan S&T) Sesi Kemasukan 2010/2011.)

Sebab Dr Norma khuatir, dia tak balik lagi dalam masa 9 bulan. 
Dia takut masa kita 3rd year dia tak sempat selesai lagi kerja dia. 
Kalau tak amek masa 3rd year dia akan menjejas kan kita punya jadual lah. 
Atau pun akan mengalami masalah susah nak graduate, sbb ni SUBJEK WAJIB.

Jadi rakan rakan yang online dan baca benda alah yang aku bebelkan ni, 
tolong ehh sebarkan dekat kawan2 kita yang tak online. 

Kalau korang nak daftar, boleh. Sekarang tgh minggu add & drop.
Boleh daftar sampai 5hb Jun 2011. Minggu add drop attendace tak di kira kan, so korang boleh pergi kelas y 6hb tu. 

Korang boleh fikir masak masak sampai hari Ahad, pilihan terletak di tangan masing. 
Tepuk dada tanya selera ;)

p/s aku dah register tauuu





FAQ (Frequently Asked Questions)

1. Yuran macam mana?
Pasal yuran aku tak tahu, tapi rasa tak mahal sangat. Sbb kita ambil satu subjek je pun.

2. Kau stay mana?
Aku tak stay kolej. Aku berulang dari rumah naik KTM > LRT > Bas

3. Exam bila?
19 Julai 2011; pukul 11.30am

4. Daftar bila?
Boleh mula daftar sekarang, minggu ni minggu add and drop. Daftar online dekat http://register.um.edu.my/ Sampai 5 Jun. 



berita mutakhir: Setakat aku tgh menulis post ni. Aku, Ieda, Yat, Ikin, Wani, Yana, Yus dah confirm nak ambil short sem. Fai dgn Syura je tak tau apa berita. Erica confirm tak amek, dia dah balik Sabah mmg susah lah.


.

2 comments:

Anonymous said...

ni add n drop utk short sem je ea??

Unknown said...

iyo lahhh, sem depan mana bukak lagi registration