Tuesday, May 24, 2011

Mati seksa




Tipu sunat #1

'Kamu dah mandi ke belum?'
'Dahhh'

Padahal belum mandi, sebab kalau mak tahu tak mandi lagi nanti kena marah. Jadi cakap lah dah mandi.
Sebelum mak balik, apa lagi mandi Koboi lahhhh.

Tipu sunat #2

'Dah study ke belum'
'Tengah lah ni'

Dalam bilik menghadap laptop, buku dekat sebelah tak bukak pun
yang ni mesti ramai yang buat kannnnn. Hahaha.

Tipu sunat #3

'Eh, awak okey tak ni?'
'Saya okeyyy je'

Dalam hati siapa yang tahu.

Tipu sunat #4

'Lukaaa banyaaak ni, berdarah darah ni'
'Not a problem, don't worry'

Haaaa, ni contoh lelaki. Macho lah tu. Padahal dah dahsyat sangat dah kena belasah atau pun jatuh sebab main bola. Mat rempit pun bolehhhh.

Tipu sunat #5

'Lauk mak bagi tadi habis?'
'Habissss, sedap!'

Tapi sebenarnya basi sebab letak dalam kereta lama, panas pulak tu lupa nak bawak keluar. Tapi sebab nak jaga hati mak. Hehe.

Yang ni aku buat jugak, tapi bukan contoh ni lah. Hehe. Kesian kat mak tak sanggup nak bagi tau hal sebenar.

Ini lah contoh contoh 'tipu sunat' Yang kadang kadang kita buat. Sebab tak mahu lah menyusahkan orang lain, tak mahu guris perasaan orang lain.

Memang sepatutnya istilah 'tipu sunat' itu tidak wujud, mana ada orang menipu dapat pahala. Teringat masa kecik kecik selalu sebut 'tipu dosa, mati seksa'

Besar dosa menipu ni, oleh itu jangan di buat habit lahh menipu menipu ni. Lagi lagi dalam exam. Meniru pun sama lah macam menipu.


Ayah pernah cerita student dia meniru dalam Ujian Bulanan
Ayah cakap macam ni
'Awak meniru pun bukan boleh kemana, setakat Ujian Bulanan je pun. Nak meniru tiru waktu SPM, baru lah berbaloi sikit usaha'
Dalam nada memerli.

Tak tahu lah kalau budak tu lampi (read: lambat Pick-up) sangaaat kannn pegi meniru waktu SPM -____-'


Yang penting jangan di buat habit (read: jadi kebiasaan) benda benda macam ni. Meniru @ menipu tak bagus.

Ingat kisah 'Budak pengembala dengan harimau'?
Sebab lama lama orang akan hilang kepercayaan dekat diri kita.

Kalau orang dah tak percaya dekat kita, memang susah nak dapatkan balik kepercayaan tu.



Nasib baik kita semua bukan keturunan 'Pinocchio', kalau tak
semua orang hidung panjang 
LOL

.

2 comments:

naDya SaRwaNi said...

Hoho.. Tipu sunat bleh digunakan ketika darurat lah.. klu tipu dosa, mati seksa tuh dh jd kes berat kot.. Hehe..
yg #2 tu mcm slalu buat.. aduss, rasa betul2 berdosa.. huhu..

raihana isa said...

yang #3 tu selalu buat tapi aku rasa itu bukan menipu kottt... its more to 'malas nk menyusahkan org laen.' :P