Wednesday, May 18, 2011

Mak, nanti ye kaklong kemas bilik

[Pagi tadi]

'Mak, baju dah sidai ke?'
'Belum. Tu ada dalam washing machine.'

Sebelum sempat aku melangkah ke dapur. Mak panggil mintak tolong garu.

'Kaklong, garu sat belakang belah kanan. Pelan pelan' (baca: perlahan)


Sambil aku menggaru.

'Semalam mak tgk rancancangan talk show macam ceramah agama. Dia cakap pasal Anak ni'
'Kamu pun dah besar, nnt nak ada anak. Patutnya kamu pun tengok jugak semalam'

'Ustaz tu cakap, kita ni ada anak, tapi kalau anak tu tak mendoakan kita bila kita dah mati nanti, apa pun tak guna'

Sebab hanya ada 3 amalan yang di bawa selepas mati

#1 Sedekah jariah
#2 Ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain
#3 Anaknya yang soleh mendoakan untuknya

'Setiap kali solat ingat lah dekat mak dengan ayah sekali'
'Kalau tak sia sia lah mak besar kan kamu, kalau kamu tak ingat pun dekat mak dengan ayah'
'Tapi kalau ingat saja pun tak guna, baca doa, baca Yassin baru lah ada hasil'
'Nanti kamu ada anak, kamu pun kena didik utk jadi anak yang akan mendoakan kamu'

Sambil mendengar, aku terus menggaru.

............................................................

[Rewind]


Aku baru habis jawab exam masa aku baca komen dari Emak. Di sebabkan homesick dan rindukan rumah, mak, ayah dan adik. Air mata aku laju je keluar.

Aku capai phone, dan terus call mak.

Tahu apa respon mak.
Mak gelakkan aku -.-'


.

4 comments:

Nur Syafiqah Md Takiyudin said...

Mak memg selalu gelak kalau kita nangis sebab benda2 mcmni. -__-"

soooooour said...

emaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!

wunny said...

haha mak kau tengah tahan feeling tuuuu! :D

dayaaaaaah! said...

ika: tu lahhh, bukannya nak pujuukkk.

soooooour: kau letaaaak oooooo banyaaaaak. kauu tiruuuuu :PP

wunny: hahhaa, tak de nyaaaa. dia mmg gelak kan akuu. sbb masa dia komen tu dia tak serius punn tulis camtuhh. HAHA