Tuesday, May 31, 2011

Kepada students B.Sc. Pend. (Major Bio.)

Payah jugak bila cuti cuti macam ni, member ramai tak online.
Nak bincang pun susah bila ada masalah macam ni.

6 orang aku hantar mesej, 6 orang tanya soalan sama, 6 kali aku nak nak kena jawab.
Nampak tak susah nya. Dah tu pulak aku sorang je jadi informer.
Penat lah macam ni dohwww.

Tapi tak apalah akhirnya aku manage jugak bagi tahu member2 yang terdekat. Alhamdulillah ramai yang berubah fikiran ;)


Nah baca, aku tulis berjela jela nak explain pasal short sem. semester 3, 2010/2011

Salam & selamat sejahtera, pasal short sem hari tu kita dah bincang.
Tapi sejak dari semalam aku berfikir utk ambil subjek Human Biology tu. 
Sebab aku call Hazwani Wani , dia cakap ada 7 orang je utk subjek tu.
Dan Dr Norma sbnrnya dah reserve 20 
tempat utk kita budak2 major biology. 

Aku macam kesian jugak bila dgr. Lagi pun aku mmg tak ada apa nak buat pun 
dalam masa 4 bulan ni. Aku tak kerja. Dan aku ingt aku nak berulang. 
Aku tak stay kolej.

Kelas dia 2 hari sahaja. 
Isnin-- kelas: 9-11, lab: 2-5
Rabu—kelas: 9-11



*lab tak ada report, just ada macm presentation.

Dan menurut Wani, Dr Norma kata subjek ni wajib amek masa short sem ni. 
Kalau korang pergi register on9 pun mmg dia tulis warna merah
(Wajib diambil pleh pelajar PEB, SGPI, B.Sc. Pend. (Major Bio.) dan S&T) Sesi Kemasukan 2010/2011.)

Sebab Dr Norma khuatir, dia tak balik lagi dalam masa 9 bulan. 
Dia takut masa kita 3rd year dia tak sempat selesai lagi kerja dia. 
Kalau tak amek masa 3rd year dia akan menjejas kan kita punya jadual lah. 
Atau pun akan mengalami masalah susah nak graduate, sbb ni SUBJEK WAJIB.

Jadi rakan rakan yang online dan baca benda alah yang aku bebelkan ni, 
tolong ehh sebarkan dekat kawan2 kita yang tak online. 

Kalau korang nak daftar, boleh. Sekarang tgh minggu add & drop.
Boleh daftar sampai 5hb Jun 2011. Minggu add drop attendace tak di kira kan, so korang boleh pergi kelas y 6hb tu. 

Korang boleh fikir masak masak sampai hari Ahad, pilihan terletak di tangan masing. 
Tepuk dada tanya selera ;)

p/s aku dah register tauuu





FAQ (Frequently Asked Questions)

1. Yuran macam mana?
Pasal yuran aku tak tahu, tapi rasa tak mahal sangat. Sbb kita ambil satu subjek je pun.

2. Kau stay mana?
Aku tak stay kolej. Aku berulang dari rumah naik KTM > LRT > Bas

3. Exam bila?
19 Julai 2011; pukul 11.30am

4. Daftar bila?
Boleh mula daftar sekarang, minggu ni minggu add and drop. Daftar online dekat http://register.um.edu.my/ Sampai 5 Jun. 



berita mutakhir: Setakat aku tgh menulis post ni. Aku, Ieda, Yat, Ikin, Wani, Yana, Yus dah confirm nak ambil short sem. Fai dgn Syura je tak tau apa berita. Erica confirm tak amek, dia dah balik Sabah mmg susah lah.


.

Tuesday, May 24, 2011

Mati seksa




Tipu sunat #1

'Kamu dah mandi ke belum?'
'Dahhh'

Padahal belum mandi, sebab kalau mak tahu tak mandi lagi nanti kena marah. Jadi cakap lah dah mandi.
Sebelum mak balik, apa lagi mandi Koboi lahhhh.

Tipu sunat #2

'Dah study ke belum'
'Tengah lah ni'

Dalam bilik menghadap laptop, buku dekat sebelah tak bukak pun
yang ni mesti ramai yang buat kannnnn. Hahaha.

Tipu sunat #3

'Eh, awak okey tak ni?'
'Saya okeyyy je'

Dalam hati siapa yang tahu.

Tipu sunat #4

'Lukaaa banyaaak ni, berdarah darah ni'
'Not a problem, don't worry'

Haaaa, ni contoh lelaki. Macho lah tu. Padahal dah dahsyat sangat dah kena belasah atau pun jatuh sebab main bola. Mat rempit pun bolehhhh.

Tipu sunat #5

'Lauk mak bagi tadi habis?'
'Habissss, sedap!'

Tapi sebenarnya basi sebab letak dalam kereta lama, panas pulak tu lupa nak bawak keluar. Tapi sebab nak jaga hati mak. Hehe.

Yang ni aku buat jugak, tapi bukan contoh ni lah. Hehe. Kesian kat mak tak sanggup nak bagi tau hal sebenar.

Ini lah contoh contoh 'tipu sunat' Yang kadang kadang kita buat. Sebab tak mahu lah menyusahkan orang lain, tak mahu guris perasaan orang lain.

Memang sepatutnya istilah 'tipu sunat' itu tidak wujud, mana ada orang menipu dapat pahala. Teringat masa kecik kecik selalu sebut 'tipu dosa, mati seksa'

Besar dosa menipu ni, oleh itu jangan di buat habit lahh menipu menipu ni. Lagi lagi dalam exam. Meniru pun sama lah macam menipu.


Ayah pernah cerita student dia meniru dalam Ujian Bulanan
Ayah cakap macam ni
'Awak meniru pun bukan boleh kemana, setakat Ujian Bulanan je pun. Nak meniru tiru waktu SPM, baru lah berbaloi sikit usaha'
Dalam nada memerli.

Tak tahu lah kalau budak tu lampi (read: lambat Pick-up) sangaaat kannn pegi meniru waktu SPM -____-'


Yang penting jangan di buat habit (read: jadi kebiasaan) benda benda macam ni. Meniru @ menipu tak bagus.

Ingat kisah 'Budak pengembala dengan harimau'?
Sebab lama lama orang akan hilang kepercayaan dekat diri kita.

Kalau orang dah tak percaya dekat kita, memang susah nak dapatkan balik kepercayaan tu.



Nasib baik kita semua bukan keturunan 'Pinocchio', kalau tak
semua orang hidung panjang 
LOL

.

Saturday, May 21, 2011

Always remember and never forget

It supposed to be a happy day today, because adik dah nak sambung belajar
which is faaaar waaayyyy from home. Perlis, North of Malaysia.


But it turns out to be stressful and emotional day.
I don't know siapa yang salah dan siapa yang betul.
Tapi masing masing ada salah silapnya.

Dah dah, tak payah fikir.
Biar je lah.

The weather is not too hot, because it rained last night.
Alhamdulillah, hujan dalam pukul 3 pagi rasanya. Tapi aircond di biar je on.



All the best to adik sekali lagi. I forgive you for everything that you've did wrong.

Kalau kaklong marah tu kejap je.
Kalau mak marah tu kejap je.
Kalau ayah marah pun sekejap je.
Kami semua sayang adik.
Sedih adik nak belajar jauh.
Adik kena ingat lah apa mak ayah dah buat untuk adik.

Always remember and never forget;
Jaga hati orang lain sama, jangan fikir hati sendiri saja.

Lepas ni dah susah nak jumpa. Kaklong cuti lain tarikh, adik cuti pun lain tarikh.


.............................................................

captured from my tumble log dayaaaaaaaah | Tumblr.

This is a reminder for myself too.

.

Friday, May 20, 2011

Pemanasan Global; dekat Perlis sahaja

Aku tak tahu lahh apa sebabnyaaa Perlis ni panas sangat. PANAS.
Bukan nak complain complain, tapi ini luahan hati.

Macam mana ehhh orang orang Perlis ni duduk sini?
Kampung aku dekat Perlis tapi still aku tak boleh bare with it.
Ayah aku yang lahir sini pun tak tahan kot. Haha.

Sampai terpaksa pasang aircond dekat rumah maktok.
Kalau tidur tak ada aircond, memang tak boleh tidur.
Berpeluh peluh.

Nasib baik aku duduk Kuala Kubu Bharu yang dekat huluuu tuuu, tapi sejuuuuuk XD
Tapi lambat laun nak kena pindah utara jugak kann.

Owh, esok adik dah nak daftar masuk UiTM Arau, Perlis. Fuuuhhh, tak tauu lahh dia macam mana nanti
Panaaaas.

Bermakna semua kerja kerja rumah aku pulak yg kena ambil alih. Tapi aku tak suka basuh baju, sidai baju dengan angkat bajuuu.
Tidaaaaaak.

I'll be missing her lahh for sure. Sebab kalau tidak, setiap kali balik rumah mesti ada adik.
Dah laaa family pun ada berapa ketul je kann, 4 orang.

Lepas ni aku masuk belajar balik, tinggal laah mak dgn ayah je. Macam kesian je :(


Cakap pasal nak pindah utara tadi, rumah pun dah 70% siap renovation.
Dalam bulan enam ni dah boleh siap.
Tapi kosong je lahh, tak ada perabot lagi. Belum nak pindah lagi pun.

Boleh lah raya rumah baruuu! Wooot! >.<

Ada lepas dah renovate hasil mak punya kreativiti rumah tu ada banyak hall.
Ruang utk tgk TV ada 2, dengan dapur pun macam ada dua.

'Mak, banyaak kot hall dekat rumah tu'
'Tak pelahhh, nnt orang lelaki lepak laa dekat depan, perempuan dekat belakang'
'Selesa sikit'

tiba tiba ayah menyampuk
'Biarlahhh, ayah  dengan mak ni umur dah nak dekat 50 tahun, asyik duduk rumah kuarters yang kecik je. Nak jugak merasa duduk rumah besar sikit, walaupun bukan banglo'




Masa jalan jalan dekat sawah tadi jumpa ketam. Dead crab. Rasa teruja! makaaaan budaaaaaaaaak!


Nanti mak ayah nak pindah balik Sungai Petani, Kedah 
aku duduk laaa dekat UM tu sorang.
 
Ada tak UM cawangan Utara? 


.

Thursday, May 19, 2011

Ada habuan tak apa


Aku dan adik aku menunggu penuh sabar utk nombor giliran di panggil masuk ke dalam bilik doktor.
Leceh betul nak medical check ni.

Lama dan lambat.

Ramai orang pulak tu.


Kalau ikut hari memang tak mau ikut. Baik stay rumah je tidur.

Tapi adik ajak suruh teman, dia kata nanti bosan.
'Boleh, dengan syarat. Belanja ABC'



Utk menghilangkan bosan, aku pinjam PSP adik aku main game Loco Roco. Comel gilaaaa menatang ni. Dah la suka nyanyi nyanyi.




Comel kannnn! ♥♥

Tengah layan game, adik aku panggil.

'Kaklong kaklong. Adik ada satu cerita'
'Apa?'

'Hari tu masa adik pergi buat appointment utk medical check up nurse tu suruh pergi bayar bil.

Nurse: Nanti pergi bayar bil ni ye.
Adik: Dekat mana ye nak bayar?
Nurse: Bayar dekat kaunter. Tahu kaunter dekat mana?
Adik: Tak tahu.
Nurse: Kalau dari kantin hospital, jalan terus. Nampak tangga hitam. Tapi jangan naik tangga tu. Kaunter sebelah kanan.

HAHAHAHAHAHAHA

Aku dah gelaak gilaa gilaaa dah. Sebab dia cakap 'NAMPAK TANGGA HITAM. TAPI JANGAN NAIK TANGGA TU' 

Nurse tu macam tgh troll adik aku. Dalam nada serius.

'Adik tak gelak ke?' sambil menahan ketawa.
'Tak lahh, sebab dia cakap macam serius. Haha'

.

Wednesday, May 18, 2011

Mak, nanti ye kaklong kemas bilik

[Pagi tadi]

'Mak, baju dah sidai ke?'
'Belum. Tu ada dalam washing machine.'

Sebelum sempat aku melangkah ke dapur. Mak panggil mintak tolong garu.

'Kaklong, garu sat belakang belah kanan. Pelan pelan' (baca: perlahan)


Sambil aku menggaru.

'Semalam mak tgk rancancangan talk show macam ceramah agama. Dia cakap pasal Anak ni'
'Kamu pun dah besar, nnt nak ada anak. Patutnya kamu pun tengok jugak semalam'

'Ustaz tu cakap, kita ni ada anak, tapi kalau anak tu tak mendoakan kita bila kita dah mati nanti, apa pun tak guna'

Sebab hanya ada 3 amalan yang di bawa selepas mati

#1 Sedekah jariah
#2 Ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain
#3 Anaknya yang soleh mendoakan untuknya

'Setiap kali solat ingat lah dekat mak dengan ayah sekali'
'Kalau tak sia sia lah mak besar kan kamu, kalau kamu tak ingat pun dekat mak dengan ayah'
'Tapi kalau ingat saja pun tak guna, baca doa, baca Yassin baru lah ada hasil'
'Nanti kamu ada anak, kamu pun kena didik utk jadi anak yang akan mendoakan kamu'

Sambil mendengar, aku terus menggaru.

............................................................

[Rewind]


Aku baru habis jawab exam masa aku baca komen dari Emak. Di sebabkan homesick dan rindukan rumah, mak, ayah dan adik. Air mata aku laju je keluar.

Aku capai phone, dan terus call mak.

Tahu apa respon mak.
Mak gelakkan aku -.-'


.