Saturday, July 17, 2010

lawatan tak rasmi



aku mmg ada niat nak ziarah member2 yg ada dekat UM ni. jadi aku ambil keputusan utk aku melawat hari ni jugak. Fisah dan Fatin Sofia sangat bertuah sbb aku sudi nak melawat dierang hari ni. lagi pun aku bukan ada apa nak buat pun. jadi lepas subuh dalam pukul 7 pagi aku mula bersiap. pakai tracksuit, t-shirt merah, stokin dan sport shoes *yg baru, yg lama dah lama aku buang.

kira macam morning walk lah.

aku pun jalan sorang2 dari kolej 9 ke kolej 12. sampai dekat gate Fakulti Bahasa, langkah aku mati. aku lihat gate di rantai dan di locked. rasa kecewa bertakhta di hati.

aku mmg nak sangat2 jalan2 kt UM dan nak sangat2 jumpa member2. aku mula mencari alternative lain. hrmm.

aku patah balik menuju ke arah KFC berdekatan MAHSA, aku buat keputusan utk jalan sahaja dari situ menggunakan jalan luar. kereta mmg byk gila. aku tak tipu. walhal, hari ni hari Sabtu. sepanjang berjalan aku berdoa agar Allah lindungi aku daripada kecelakaan.

selepas hampir 15minit berjalan aku sampai ke gate PJ. lega. dah masuk balik dlam UM. memandangkan aku jalan berseorangan dgn pakaian sukan lengkap. security guard dekat situ menegur.

'rajin jogging'
aku senyum
'dari kk9, gate bahasa tutup. terpaksa jalan ikut luar ni haa'
'uisyy, jauh tuu'
'nak pergi kk12 kejap'
ayat yg sama diulang
'uisyy, jauhh tuu'
aku senyum lagi.

dia seakan2 tidak percaya. sbnrnya, aku sendiri pun tak percaya aku jalan sejauh tu.
aku jalan lagi sampai ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).

dekat simpang satu kereta berhenti sbb nak belok ke kanan. sekali lagi, aku ditegur.
'jogging ke?'
'lebih kurang laah, nak jumpa member ni'
'dari mana?'
'kk9 nak ke kk12'
'jauhhh tuhh, meh meh naik kereta. saya hantar'
tanpa ragu2, aku terus menolak pelawaan tersebut. walaupun aku tahu niat encik tu baik. tp siapa tahu kalau jadi apa2 kan.
kerana aku teringat pesan ayah never don't trust anybody.
'tak pe2, terima kasih dah dekat dah pun'
aku senyum dan terus berjalan pergi. takut kena paksa masuk kereta.
cuak kot.

lagi pun mmg niat aku nak morning walk. dah alang2 tu jalan je lah.

alhamdulillah, Allah pelihara aku dari kecelakaan dan selepas sejam berjalan dari kk9. aku sampai jugak ke kk12.

macam2 aku, fatin dan fisah borakkan dan hampir semuanya berkait dgn minggu orientasi dan first week di fakulti masing2. dalam pukul 1 tgh hari kakak fisah datang utk ambil dia pulang ke Pahang dan aku tumpang kereta kakaknya utk pulang ke kolej.


3 comments:

AlFaqirah Fillah said...

tak ajak aku pon..x aci!!!huhu

Unknown said...

aiyark! lenkali aku ajak kaauuu ekkkk.

senyummmm sikitttt. hehee

EmanTheHalia said...

hehhe ayairk!