Thursday, July 15, 2010

tiap hari sayang


aku semakin kedekut atau aku semakin berjimat? entah.



ada sekali tu makan lunch
ambil nasi putih dan sambal telur rebus letak kicap sikit.
jumlah RM0.80

air aku jarang beli air manis @ air berperisa.
aku lebih selesa minum ais kosong.
paling2 pon aku bungkus ais, dan minum air kosong dekat bilik.
harga 20 sen.

total up harga lunch hari tu RM1. HAHAHA!
aku sendiri pun nak tergelak.


lepas tu aku ada keinginan nak keluar.
jumpa Hazirah ke, Fatin ke, Fisah ke, sape2 lahh.
tp bila mengenangkan duit tambang pegi balik seorang RM4.
niat aku mati di situ.

lepas tu kalau keluar, kalau tak habis kurang2 RM50 tak sah.
walhal, aku buknnya beli apa2 pun. tiba2 habis. pelik jugak kadang2. sbb hasil x nmpk pun, tp duit habis.

jadi aku suruh cik Hazirah plan, jom keluar tp tak mahu keluar duit. kalau macam tu, kita round2 UM je lah, naik bas UM yg free tu.
hrmm bernas jugak.
tp masih belum berkesempatan.

dan semalam cik Bella Boo ajak keluar pergi Mid tgk cerita Despicable Me. serius. tawaran yg sukar utk ditolak. sbb aku mmg nak sangat sangat tgk cerita tu. comel gila kott. kebetulan, aku mmg ada satu kelas je hari ni. dan aku free utk one whole day. tanpa berfikir panjang, aku terus bagi tau 'jom, aku pun free hari ni'

dan lepas tu, aku terfikir. baru masuk dah nak keluar. duit banyak nak guna. buku bukan murah. buku English 50m/s (anggaran) pon dah RM30.50 waddduhhh. tak boleh jadi. aku kena cancel balik.

tp aku rasa serba salah gila kot. sbb aku dah bagi harapan kt cik Bella Boo. aku sendiri pun tak suka bila org dah bagi harapan tp lepas tu tiba2 tak jadi. tp aku terpaksa jugak terus terang.

jadi sepanjang hari aku tinggal sorang2 dekat bilik. sbb roommate-yg-nama-dia-pun-Dayah-dan-ambil-kos-yg-sama-dgn-majoring-yg-sama tu pergi Mid dan aku tegar tak nak ikut. kalau aku pergi pun sbb aku nak beli stokin je pun. x worth it langsung.
dan roommate-yg-umurnya-tua-setahun-dan-aku-panggil-kak Mira pulang ke Perak.

apa aku buat? aku duduk dendiam depan laptop. edit nota. dan print. tp aku belum start study lagi.
errr, dan tidur.



buatmasainisayasemakinsayangkanduitsayasetiaphari

No comments: