Saturday, July 10, 2010

somehow, I felt guilty



di sebabkan keadaan kolej aku (KK9) terletak di luar kampus UM di SS16, Petaling Jaya. semangat aku utk ke kelas sedikit luntur. kerana sudah biasa dgn kesenangan sejak di PASUM, aku spt tidak dapat menerima hakikat dgn keadaaan ini.

hakikat yg aku terpaksa jalan kaki ke kelas.
hakikat yg perkhidmatan bas UM dr kolej ke fakulti mmg merupakan masalah klasik bg penghuni kolej tersebut.
hakikat yg bulan puasa sudah semakin hampir.

aku dalam hati bertekad. aku kena mintak motosikal tak pun kereta utk memudahkan aku.

aku suarakan permintaan aku. namun reaksi yg aku terima dari ayah dan emak sangat menduka citakan. lagi lah down semangat aku.

ayah menyatakan hujah hujah nya yg mmg susah utk aku sangkal.

hujah dimana, aku mmg tak pandai memandu dgn cekap.
hujah dimana, macam mana jika kereta rosak. siapa nak tolong?
hujah dimana, UM itu letaknya di Kuala Lumpur. bandaraya besar. bandaraya sibuk. mana mungkin aku reti nak bwk.

aku hanya diam. tak mampu berkata apa. namun aku tetap berkeras, aku perlukan kenderaan utk ke kelas. memandangkan jadual aku setiap hari kelas bermula pukul 8 pagi.

mak cakap, nak masuk sini pun dah habis beribu. kamu jgn lah nak demand sangat. org lain boleh hidup. boleh survive. kamu kena lah belajar survive sikit. hidup bukan sentiasanya senang. time susah kenalah belajar susah.

mmg pendapat yg tak boleh aku sangkal lagi.
aku rasa bersalah.


habis tu macam mana ni? sedih gila kot.


tiba2 ayah bagi satu idea bernas. naik basikal.
waaaaaaaaaaahh! naek basikaaaal! cam besttt :DD

tp buat sementara ni kena jlan dulu laah.

mintak maaf sbb request benda bukan2
psst, 2kg hilang time MHS (minggu haluansiswa)



next post: kisah MHS

No comments: