spt yg dijanjikan. entry kali ni aku akan bercakap pasal MHS.
MHS minggu haluansiswa. atau pun minggu orientasi.
aku tak berapa risau sangat pasal minggu ni sbb dulu aku dah pernah alami nya masa aku study dekat PASUM dulu. dan spt yg aku jangkakan, dari segi am nya minggu orientasi utk freshie2 baru UM lebih kurang sama dgn yg PASUM student punya. tp yang PASUM punya lagi tough kot.
penat tu mmg tak payah cakap lah. bangun pukul 4 pg utk bersiap ke dewan pukul 5 pg. kemudian diteruskn dgn sesi marah marah dan lompat bintang. sbb ade je yg dtg lambat.
lepas subuh sambung dgn sesi senam seni dan sarapan.
buat pengetahuan korang, kali ni punya minggu orientasi. aku byk gak kena denda. HAHA. nakal gak en aku ni. alaaa. sebb t'lambat sket, tertinggal barang alaaaa benda bodoh2 je. bukn ape pun. tp aku yg penting sabar. terima je semua keadaan. dan jadi lah yg paling sporting. suruh buat cheer kt depan ke, ape ke. buat je.
sepanjang MHS ni, benda x boleh lupa. cheers setiap kolej.
DTC tu boleh runtuh dgn cheers kott. masing masing nak buat cheers. havoc gilaa kott. semangat kolej mmg kuat lah.
rupa2nya masa dekat DTC ada member kot nampak aku. siap hantar msj cakap aku buat cheer salah. haha.
tp aku ada buat salah besar kott masa MHS ni. nak tau apa dia?
aku SALAH AMBIL KASUT SUKAN.
dimana kondisi kasut sukan tersebut mmg dah terlalu uzur, berlobang di kasut kiri dan kanan serta mempunyai tapak yg nipis.
kalau jalan dekat tar sumpah boleh rasa batu dekat tapak kaki weyhh. boleh buat refleksologi.
kalau jalan waktu hujan, stokin confirm basah. dan kaki aku dah boleh jadi tempat pembiakan cendawan kott. lembab dan basah. serta busuk jugak -_____-'
kesian sungguh aku waktu tu. setiap kali pakai kasut aku akan berdoa.
'Ya Allah, berikanlah kasut aku sedikit masa sahaja lagi. tak lama. sampai hari Jumaat saja. sesungguhnya, aku amat memerlukannya'
sampai macam tuh sekali kott. uzur nak mampos. nak snap gambar pun aku segan. dan kasut tu dah selamat aku kebumikan kedalam tong sampah. terima kasih kasut sbb berjasa dkat aku hingga hujung nyawa.
paling jauh pernah kiterang semua jalan, adalah dari DTC ke kk9. pergh, jauh kott. dah laa tgh hari. panas dan terik. sabar sabar.
walaupun nampak minggu MHS ni nampak macam sangat menyeksakan. cuba fikir dari segi positive.
kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak berdisiplin? setelah cuti 2bulan tak buat apa2.
kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak tepati masa?
kalau kita x buat semua tu, siapa lagi yang tunjuk ajar pasal selok belok jadi mahasiswa dan mahasiswi?
kalau kita x buat semua tu, macam mana nak tahu fakulti kita dekat mana?
kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak ke fakulti?
kalau kita x buat semua tu, kita tak akan belajar hormat senior, hormat rakan2, jgn penting diri sendiri.
apa2 pun aku enjoy sepanjang minggu ni. walaupun sangat letih. sbb bukn setiap tahun kita dpat pengalaman ni, pengalaman yg akan kita bawa sepanjang hidup dekat U ni.
satu yg aku kesal pasal minggu MHS ni pasal solat.
mmg lah nak kejar masa. tp tak sepatutnya suruh solat dalam keadaan yg rushing dan kotor. mandi pulak sekali sehari, itu pun dah pukul berapa. pukul 1pg kot mandi. lepas tu ade jugak freshie2 ni sbb takutkan PM (pembantu mahasiswa) marah dan kena denda. ada yg ambil langkah utk tidak sembahyang dan ada jugak yg sembahyang setakat 2 rakaat utk zohor dan asar. kalau subuh mmg lah 2 rakaat kann.
sekarang ni persoalannya ialah, siapa yg sepatutnya kita takutkan?
.........................................................................
saya bakal cikgu Biologi.
saya ambil major Biologi dan Kimia sebagai minor dekat Fakulti Sains UM.
saya gembira kerana tidak perlu belajar Matematik lagi.