Thursday, July 15, 2010

tahu guna microphone?


buat encik yg sedang memegang microphone.

saya tahu microphone ada ditangan anda
anda tahu apa guna microphone?
gunanya adalah utk membesarkan suara.
dgn syarat microphone itu dihubungkan dgn speaker dan amplifier.

jadi.

tak perlu jerit jerit.
saya boleh dgr dgn jelas.



terima kasih.



tiap hari sayang


aku semakin kedekut atau aku semakin berjimat? entah.



ada sekali tu makan lunch
ambil nasi putih dan sambal telur rebus letak kicap sikit.
jumlah RM0.80

air aku jarang beli air manis @ air berperisa.
aku lebih selesa minum ais kosong.
paling2 pon aku bungkus ais, dan minum air kosong dekat bilik.
harga 20 sen.

total up harga lunch hari tu RM1. HAHAHA!
aku sendiri pun nak tergelak.


lepas tu aku ada keinginan nak keluar.
jumpa Hazirah ke, Fatin ke, Fisah ke, sape2 lahh.
tp bila mengenangkan duit tambang pegi balik seorang RM4.
niat aku mati di situ.

lepas tu kalau keluar, kalau tak habis kurang2 RM50 tak sah.
walhal, aku buknnya beli apa2 pun. tiba2 habis. pelik jugak kadang2. sbb hasil x nmpk pun, tp duit habis.

jadi aku suruh cik Hazirah plan, jom keluar tp tak mahu keluar duit. kalau macam tu, kita round2 UM je lah, naik bas UM yg free tu.
hrmm bernas jugak.
tp masih belum berkesempatan.

dan semalam cik Bella Boo ajak keluar pergi Mid tgk cerita Despicable Me. serius. tawaran yg sukar utk ditolak. sbb aku mmg nak sangat sangat tgk cerita tu. comel gila kott. kebetulan, aku mmg ada satu kelas je hari ni. dan aku free utk one whole day. tanpa berfikir panjang, aku terus bagi tau 'jom, aku pun free hari ni'

dan lepas tu, aku terfikir. baru masuk dah nak keluar. duit banyak nak guna. buku bukan murah. buku English 50m/s (anggaran) pon dah RM30.50 waddduhhh. tak boleh jadi. aku kena cancel balik.

tp aku rasa serba salah gila kot. sbb aku dah bagi harapan kt cik Bella Boo. aku sendiri pun tak suka bila org dah bagi harapan tp lepas tu tiba2 tak jadi. tp aku terpaksa jugak terus terang.

jadi sepanjang hari aku tinggal sorang2 dekat bilik. sbb roommate-yg-nama-dia-pun-Dayah-dan-ambil-kos-yg-sama-dgn-majoring-yg-sama tu pergi Mid dan aku tegar tak nak ikut. kalau aku pergi pun sbb aku nak beli stokin je pun. x worth it langsung.
dan roommate-yg-umurnya-tua-setahun-dan-aku-panggil-kak Mira pulang ke Perak.

apa aku buat? aku duduk dendiam depan laptop. edit nota. dan print. tp aku belum start study lagi.
errr, dan tidur.



buatmasainisayasemakinsayangkanduitsayasetiaphari

Wednesday, July 14, 2010

superbly cool!

saya rasa duduk dekat universiti sangaaat cool!

sebab ada nota yg super cool!
tak perlu salin salin.
hanya perlu dengar lecturer kasi lecture.
dan segala nota akan dapat diperolehi secara online dekat http://spectrum.um.edu.my/

ini sangaaaat cool!

dengan ini saya boleh jadi lebih fokus utk dengar setiap tutur kata dari lecturer.



dewan kuliah 3 pun cool jugak. cool di sini bermaksud sejuk. sangat sejuk! brrr..
tp habis kelas pukul 6 petang utk 3 hari berturut turut adalah sangat tidak cool. haaaih.

Monday, July 12, 2010

minggu-hari-hari-sakit-kaki

spt yg dijanjikan. entry kali ni aku akan bercakap pasal MHS.
MHS minggu haluansiswa. atau pun minggu orientasi.

aku tak berapa risau sangat pasal minggu ni sbb dulu aku dah pernah alami nya masa aku study dekat PASUM dulu. dan spt yg aku jangkakan, dari segi am nya minggu orientasi utk freshie2 baru UM lebih kurang sama dgn yg PASUM student punya. tp yang PASUM punya lagi tough kot.

penat tu mmg tak payah cakap lah. bangun pukul 4 pg utk bersiap ke dewan pukul 5 pg. kemudian diteruskn dgn sesi marah marah dan lompat bintang. sbb ade je yg dtg lambat.
lepas subuh sambung dgn sesi senam seni dan sarapan.

buat pengetahuan korang, kali ni punya minggu orientasi. aku byk gak kena denda. HAHA. nakal gak en aku ni. alaaa. sebb t'lambat sket, tertinggal barang alaaaa benda bodoh2 je. bukn ape pun. tp aku yg penting sabar. terima je semua keadaan. dan jadi lah yg paling sporting. suruh buat cheer kt depan ke, ape ke. buat je.

sepanjang MHS ni, benda x boleh lupa. cheers setiap kolej.
DTC tu boleh runtuh dgn cheers kott. masing masing nak buat cheers. havoc gilaa kott. semangat kolej mmg kuat lah.

rupa2nya masa dekat DTC ada member kot nampak aku. siap hantar msj cakap aku buat cheer salah. haha.

tp aku ada buat salah besar kott masa MHS ni. nak tau apa dia?
aku SALAH AMBIL KASUT SUKAN.

dimana kondisi kasut sukan tersebut mmg dah terlalu uzur, berlobang di kasut kiri dan kanan serta mempunyai tapak yg nipis.

kalau jalan dekat tar sumpah boleh rasa batu dekat tapak kaki weyhh. boleh buat refleksologi.
kalau jalan waktu hujan, stokin confirm basah. dan kaki aku dah boleh jadi tempat pembiakan cendawan kott. lembab dan basah. serta busuk jugak -_____-'

kesian sungguh aku waktu tu. setiap kali pakai kasut aku akan berdoa.

'Ya Allah, berikanlah kasut aku sedikit masa sahaja lagi. tak lama. sampai hari Jumaat saja. sesungguhnya, aku amat memerlukannya'

sampai macam tuh sekali kott. uzur nak mampos. nak snap gambar pun aku segan. dan kasut tu dah selamat aku kebumikan kedalam tong sampah. terima kasih kasut sbb berjasa dkat aku hingga hujung nyawa.

paling jauh pernah kiterang semua jalan, adalah dari DTC ke kk9. pergh, jauh kott. dah laa tgh hari. panas dan terik. sabar sabar.

walaupun nampak minggu MHS ni nampak macam sangat menyeksakan. cuba fikir dari segi positive.

kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak berdisiplin? setelah cuti 2bulan tak buat apa2.
kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak tepati masa?
kalau kita x buat semua tu, siapa lagi yang tunjuk ajar pasal selok belok jadi mahasiswa dan mahasiswi?
kalau kita x buat semua tu, macam mana nak tahu fakulti kita dekat mana?
kalau kita x buat semua tu, macam mana kita nak ke fakulti?
kalau kita x buat semua tu, kita tak akan belajar hormat senior, hormat rakan2, jgn penting diri sendiri.

apa2 pun aku enjoy sepanjang minggu ni. walaupun sangat letih. sbb bukn setiap tahun kita dpat pengalaman ni, pengalaman yg akan kita bawa sepanjang hidup dekat U ni.

satu yg aku kesal pasal minggu MHS ni pasal solat.
mmg lah nak kejar masa. tp tak sepatutnya suruh solat dalam keadaan yg rushing dan kotor. mandi pulak sekali sehari, itu pun dah pukul berapa. pukul 1pg kot mandi. lepas tu ade jugak freshie2 ni sbb takutkan PM (pembantu mahasiswa) marah dan kena denda. ada yg ambil langkah utk tidak sembahyang dan ada jugak yg sembahyang setakat 2 rakaat utk zohor dan asar. kalau subuh mmg lah 2 rakaat kann.

sekarang ni persoalannya ialah, siapa yg sepatutnya kita takutkan?

.........................................................................

saya bakal cikgu Biologi.
saya ambil major Biologi dan Kimia sebagai minor dekat Fakulti Sains UM.
saya gembira kerana tidak perlu belajar Matematik lagi.



Saturday, July 10, 2010

somehow, I felt guilty



di sebabkan keadaan kolej aku (KK9) terletak di luar kampus UM di SS16, Petaling Jaya. semangat aku utk ke kelas sedikit luntur. kerana sudah biasa dgn kesenangan sejak di PASUM, aku spt tidak dapat menerima hakikat dgn keadaaan ini.

hakikat yg aku terpaksa jalan kaki ke kelas.
hakikat yg perkhidmatan bas UM dr kolej ke fakulti mmg merupakan masalah klasik bg penghuni kolej tersebut.
hakikat yg bulan puasa sudah semakin hampir.

aku dalam hati bertekad. aku kena mintak motosikal tak pun kereta utk memudahkan aku.

aku suarakan permintaan aku. namun reaksi yg aku terima dari ayah dan emak sangat menduka citakan. lagi lah down semangat aku.

ayah menyatakan hujah hujah nya yg mmg susah utk aku sangkal.

hujah dimana, aku mmg tak pandai memandu dgn cekap.
hujah dimana, macam mana jika kereta rosak. siapa nak tolong?
hujah dimana, UM itu letaknya di Kuala Lumpur. bandaraya besar. bandaraya sibuk. mana mungkin aku reti nak bwk.

aku hanya diam. tak mampu berkata apa. namun aku tetap berkeras, aku perlukan kenderaan utk ke kelas. memandangkan jadual aku setiap hari kelas bermula pukul 8 pagi.

mak cakap, nak masuk sini pun dah habis beribu. kamu jgn lah nak demand sangat. org lain boleh hidup. boleh survive. kamu kena lah belajar survive sikit. hidup bukan sentiasanya senang. time susah kenalah belajar susah.

mmg pendapat yg tak boleh aku sangkal lagi.
aku rasa bersalah.


habis tu macam mana ni? sedih gila kot.


tiba2 ayah bagi satu idea bernas. naik basikal.
waaaaaaaaaaahh! naek basikaaaal! cam besttt :DD

tp buat sementara ni kena jlan dulu laah.

mintak maaf sbb request benda bukan2
psst, 2kg hilang time MHS (minggu haluansiswa)



next post: kisah MHS

Saturday, July 3, 2010

perlukan time machine


macam hajat cik Saiyidah



*sad sad*

rasa2 apa yg telah aku buat?



aah, rindu nak balik zaman tadika. zaman kanak-kanak-ribena-penuh-riang-ria-raya-bersama-koko-crunch-tambah-susu-dutch-lady-tanpa-lemak

rindu nak pegang crayon. sbb tu aku sendiri offer diri tolong adik siapkan kad utk entah pegawai PPD mana ntah nak bersara. dan dia dan kawan2 diadi tugaskan utk menyiapkan kad tersebut. namun, disebabkan error y terlalu obvious, terpaksa la betul kan.

baik tak kakak ni?


sapa nak aku jadi kakak dia?



Friday, July 2, 2010

don't paint it!

correction: nails.


you can try black henna (inai hitam) instead. people use that henna to dye their hair black. but my sister and I use it on our nails.

it looks really cool!



dia bertutur bahasa korea lah



televisyen di biarkan bersuara.
tiada penonton.



saya sibuk di atas talian. mengetuk sopan papan kekunci.

tidak menurut citarasa



tgk new moon pagi semalam. tapi tak sampai separuh.
aku terus klik stop dan berhenti tgk. aku rasa geli nak tgk lagi.

nak tahu apa yang buat aku nak tgk new moon pagi tadi?
sbb aku rasa macam tak mahu ketinggalan. sbb eclipse pun dah keluar.
tapi aku new moon pun tak tgk lagi.

alasan kurang masuk akal kan?

secara personal, movie die bosan. start dari Twilight lagi. dan di ikuti new moon.
pelakon die macam x reti berlakon.
yang heroin tu aku tak suka cara dia berlakon. nampak pelik dan awkward.
pastu yang hero pulak bajet nak macho dan cool je. part dalam new moon lagi aku geli. ergh, entah lah.

tp novel Twilight: tip top!
serius, novel die lagi best dari movie.

tgk Twilight sekali pun cukup laah. aku tak nak ulang buat kali kedua.
tp aku pelik dgn adik aku. tgk Twilight ade dekat 4 kali atau lebih kott.
new moon pulak die masuk wayang 2 kali.


biladayahbanyaksongehnya

Thursday, July 1, 2010

please bring a smile to her


senyum jom? :)


kejap anda kata penat.
kejap anda kata bosan.

tadi anda kata bosannya tak ada orang.
bila sudah ada orang, sekarang anda kata bosannya asyik orang yang sama sahaja.

anda mula naik malas.


bila orang tak ada orang, anda kata anda sunyi dan keseorangan.


dan anda mula kata anda tension.




saya sungguh tak faham lah situasi anda ni.

kalau anda tak seronok buat sesuatu, cuba lah fikir macam nak buat jadi seronok. tapi kadang2 jangan laaah layan sangat perasaan tak seronok tu. bila anda layan perasaaan tak berapa nak seronok tu. mula laah jadi seperti di atas.

saya orang jauh tgk anda pun rasa tak seronok. anda seperti banyak sangat masalah. banyak sangat benda yang tidak gembira dalam hidup.
seperti hidup anda itu, mmg tersangat lah tidak menarik utk di nikmati.

kalau kadang2 nak emo tak apalah. ini hari hari pun emo.
saya pun bosan menengoknya.