Friday, November 11, 2011

I don't planned to further study until master and get my PhD. Yet.



Kawan kawan aku makin matang dalam hidup.
Sana sini aku baca bercerita pasal nikah awal, persoalan tentang couple dan cinta.

Wow. Rasa ketinggalan.


Masing masing ada pendapat tersendiri.



Ada yang dah lama bercinta.
Ada yang dah 10 kali clash.
Ada yang sedang mencari.
Ada yang dah kahwin pun!

Dan ada yang tak pernah bercinta.

'Siapa weh?'
'Adalahhhhh'


Masuk English class hari tu, entah macam mana masuk cerita kawin.
Lecturer aku India. Perempuan.

Dia pesan, (in English, aku translatekan)

1. Kawin dgn lelaki yang boleh cari nafkah untuk kamu dan keluarga.
Kalau boleh yang sekufu jangan awak (perempuan) pangkat besar dari suami, nanti kamu yang kena tanggung keluarga.
Tanggung keluarga tu tugas lelaki, perempuan cuma membantu mana yang mampu.

2. Dia cerita masa dia nak sambung master, mak dia tak bagi. Ada rasionalnya.
Kalau perempuan ada master, PhD semua, siapa nak kawin dgn kamu. Lelaki pun fikir 3,4 kali nak masuk meminang kamu.
Lagi tinggi taraf pendidikan, lagi mahal hantaran. Lelaki yang muda mana ada duit banyak banyak sebab masing masing pun baru nak bekerja, simpanan pun tak seberapa.

'My mother never approved me to further my study up to master, she told me, If you wanted to do so, get your husband permission'

Kalau suami kamu izinkan baru boleh.

3. Sentiasa buat suami kita nampak bagus. Ego lelaki ni tinggi, jangan buat ego dia jatuh.
Jaga maruah suami.

Itu pesan dari Lecturer English aku.
Aku rasa nasihat dia bagi mmg boleh pakai.

Dalam erti kata, ada rasional di sebalik nya.


2 comments:

AlFaQirah Fillah said...

kahwin dulu lah solusinya..
yeahhhhh!!! aku nak kahwin lah. baru leyh sambung master phd kan..kan..kan??? haha

Nabila Hidayah said...

Aku doakan kau cepat kawin Uyu! Aminnn!

Jangan lupa jemput aku datang walimatul urus kauu. hehehe