Tuesday, March 19, 2013



Baru baru ni maktok dok kata dia tak berapa dengaq, bukan takat tak berapa memang tak dengaq lah senang cerita.


Dia kata macam dengar berdengung je dalam telinga.

Pergi hospital apa segala, cucuk buang sinus lah apa lah.
Last sekali ikhtiar nak buat hearing aid.

Dalam sebulan dua siaplah katanya.

Mak/ Maktok
'Ni mak tau dakk, chaq pun kata dia pi hospital jugak. Dia kata dia pun tak dengaq.'
'Laaaaa ya kaaaa? Pakat dok berlawan sapa jadi pekak masing masing'



Tok chaq tu kembar maktok.

Hahaha.

Bukan nak tergelak kenapa, sebab dua dua pun ada penyakit sama. Padahal rumah lain lain, duduk bukan dekat dekat, tapi dalam time frame yang sama, dua dua tak berapa boleh dengaq.

Haha.


Pernah dulu maktok cerita, dia pi beli kain. Nak buat baju. Dah siap baju tu dia pun pakai pi kenduri.
Dekat kenduri dia jumpa lah Tokchaq.
Cuba teka Tokchaq pakai baju apa?


Tepat sekali!
Baju yang sama sebijik warna dengan corak dia.
Hahaha.
Taste pun sama, padahal bukan pi beli sekali punn.


.