Sunday, March 24, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Baru baru ni maktok dok kata dia tak berapa dengaq, bukan takat tak berapa memang tak dengaq lah senang cerita.
Dia kata macam dengar berdengung je dalam telinga.
Pergi hospital apa segala, cucuk buang sinus lah apa lah.
Last sekali ikhtiar nak buat hearing aid.
Dalam sebulan dua siaplah katanya.
Mak/ Maktok
'Ni mak tau dakk, chaq pun kata dia pi hospital jugak. Dia kata dia pun tak dengaq.'
'Laaaaa ya kaaaa? Pakat dok berlawan sapa jadi pekak masing masing'
Tok chaq tu kembar maktok.
Hahaha.
Bukan nak tergelak kenapa, sebab dua dua pun ada penyakit sama. Padahal rumah lain lain, duduk bukan dekat dekat, tapi dalam time frame yang sama, dua dua tak berapa boleh dengaq.
Haha.
Pernah dulu maktok cerita, dia pi beli kain. Nak buat baju. Dah siap baju tu dia pun pakai pi kenduri.
Dekat kenduri dia jumpa lah Tokchaq.
Cuba teka Tokchaq pakai baju apa?
Tepat sekali!
Baju yang sama sebijik warna dengan corak dia.
Hahaha.
Taste pun sama, padahal bukan pi beli sekali punn.
.
Sunday, March 17, 2013
Aku tak tahu kata Sushi King ni sedaaapp oiiiii. Tapi sedap gile ahh.
Tak tau lah kann, sebab aku lapar ke sebab memang sedap. Hahaha.
Tapi memang kena lahh dengan tekak melayu aku ni.
Ni first time masuk kedai sushi. Kalau tak dok beli kat Jusco @ TESCO tu je. Haha.
Itu pun ajak orang yang selalu masuk, sbb tak reti.
'Ala Dayahhh, bukan susah. Amekkk je, masuk mulut.'
'Urghhhhfffjasdl, Korang tak faaaahhhaaaammm. Aku tak retiiiii'
Aku order bento, sebab lapar gilaaaa. Aku rasa sushi saja tak cukup, sbb tu order bento. Tapi sushi pun aku telaaannn jugakk. Hahaha.
Tengok balik gambar ni pun rasa lapar balik. Yang aku kagum tu bukan apa, makan dekat kedai sushi kena guna chopstick. Aku ni bukan reti punn. Tapi lapar punya pasal, yang tak reti pun jadi reti.
Licin nasik. HAHAHA.
Saturday, March 16, 2013
Haha. Kaklong pun dapat red velvet
Friday, March 8, 2013
Dekat library ni. Teman kawan kita ni haa.
Dia tak pernah pinjam buku.
Haha.
Tak apa. Sebelum hbis belajar boleh lah, belajar pinjam buku dekat library UM tercinta ni.
Hey, bayar mahal tau setiap sem.
Dia kata dia tak pernah rasa bodoh macam ni lepas masuk kelas. Jadi dengan meminjam buku mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.
Kot.
InsyaAllah.
Alang alang tu boleh lah saya pun pinjam buku. Sebab saya kan tak berapa suka membaca, jadi mungkin perlu dipupuk sikit. Err.
Monday, March 4, 2013
Ini betul betul. Bukan cobaan.
'Dayah, aku ada satu soalan. Aku nak kau jawab.'
'Soalan apa?'
'Kau nak orang terima kau seadanya ke, kau nak kurus sebelum cari someone?'
..... Hrmm
Jujur aku cakap aku tak pernah terfikir pun.
Aku jawab, 'Kalau boleh aku orang terima aku seadanya. Mungkin bila dah ada someone, dia akan drive aku utk kurus? Mungkin aku lebih bermotivasi.'
'Tapi kalau dah tak ada sangat, aku kena kurus dulu lah kot.'
'Kenapa tak nak start kuruskan badan sekarang?'
'Bukan tak nak, tapi entah. Aku ni kurang motivasi sikit. Hmm.'
'Lagi pun aku selesa dengan hidup aku sekarang. Bukan maksud aku selesa jadi gemuk. Macam mana nak cakap eh, maksud aku aku gembira je tak ada someone special, aku happy dengan kawan aku, family aku. Cukuplah.'
Bertuah laaahh hoi, orang nak makwe gemuk.
.
Sunday, March 3, 2013
Salah aku ke?
Ye aku sedar, aku tak dekat dengan korang.
Aku jarang makan dengan korang, aku x pergi kelas sama sama korang.
Tak shopping, tak main bowling sama.
Tak bermakna korang boleh left out aku.
Aku sedih kot weh.
Aku maafkan korang, tapi still ada rasa sedih tu.
Aku tau korang terlupa.
Tiba tiba aku terfikir aku macam seolah seolah tak ada kawan kat sini. Kecuali Nadia
.
Mak lah idola saya
Mak aku bersara awal selepas 22 tahun kerja (1990-2012), duduk rumah and she's happy. Aku sendiri tanya 'Mak, best ke duduk rumah? Tak bosan ke? Hihi' 'Bosan apaa, lagi seronok, dapat pencen lagi'
Sebab mak aku bukan cikgu susah nak mintak tukar tempat kerja, kalau cikgu boleh mintak tukar sekolah.
Itu pun sebab ekonomi dah stabil, aku dgn adik aku dah habis sekolah apa semua, sbb tu mak aku boleh berhenti kerja. Kalau masa dierang mula kawin dulu perit jugaklah kalau ayah aku sorang kerja.
Saturday, March 2, 2013
Mak buat red velvet cake utk birthday adik. Birthday kaklong? :(
Went to Big Bad Wolf semalam (Friday) and I don't bought any books. Teringin nak tgk apa yang best sangat. Dan aku tak rasa ada apa apa yang best punn.
Nampak sangat I'm not a book lover definitely not a fan of reading.
Teruk kan?
Yeah. I know. *frown face*
Cuba tanya aku how many books or novel I've read past few years.
Err. Tak ada.
Buku apa je yang aku ada beli? Tak ada.
Kesimpulannya, jangan bagi aku hadiah buku time birthday nanti.
Sekian.
Haha.