*in respond to
Muli's blog post*
Mak aku bersara awal selepas 22 tahun kerja (1990-2012), duduk rumah and she's happy. Aku sendiri tanya 'Mak, best ke duduk rumah? Tak bosan ke? Hihi' 'Bosan apaa, lagi seronok, dapat pencen lagi'
Hrmm, betul jugak. Dapat gaji tapi tak buat pape. Syok ohh.
*kalau start bekerja tahun 1991 ke bawah, pencen awal dapat gaji. Kalau bekerja 1991 ke atas, pencen awal tak dapat gaji sampai lah umur dia 56 tahun*
Ayah aku yang request sbb nak pindah balik Kedah, aku tengok ayah aku macam berganda ganda bahagia *dari cara aku tengok perut ayah aku ke depan lah* haha.
Sebab mintak masak apa saja mak aku boleh buat. Nak gulai giling, mak aku giling. Nak ikan rebus goreng, ikan rebus goreng siap. Ikan goreng garing lah, ayam potong kecik kecik lah -__-
Sebab mak aku bukan cikgu susah nak mintak tukar tempat kerja, kalau cikgu boleh mintak tukar sekolah.
Itu pun sebab ekonomi dah stabil, aku dgn adik aku dah habis sekolah apa semua, sbb tu mak aku boleh berhenti kerja. Kalau masa dierang mula kawin dulu perit jugaklah kalau ayah aku sorang kerja.
Bukan tak boleh hidup, tapi semua kena cut cost lah.
Bukan nak kata sekarang hidup mewah, tapi hidup senang lah jugak. Nak makan apa, nak pakai apa semua boleh.
Kebetulan time mak berhenti kerja, maktok minah *nenek belah ayah* sakit, mak memang nak jaga. Tapi ajal maktok sampai awal.
Lepas tu baru baru ni mak tok Ani pulak sakit, so as anak mak aku memang rasa bertanggungjawab untuk dia pulak jaga, bawak pi hospital, pegi check up segala bagai.
Lepas baca post Muli, aku memang ada terdetik nak duduk rumah je tak nak kerja. Tapi *InsyaAllah* kalau aku kerja pun aku jadi cikgu. Cikgu kerja separuh hari, boleh lah kot nak jaga rumah tangga lepas tu.
Takut sehh tengok amah yang main 'lipat lipat' anak orang. hesyyy. serammm.
Lagi pun buat masa ni aku bukan ada komitmen dengan rumah tangga ke apa ke. So kerja lah dulu kalau dah dapat posting nanti *InsyaAllah*
Buat masa ni aku tak plan nak jadi suri rumah sepenuh masa. Haha.
Teringin nak kerja dulu. Rasa hasil selepas belajar bertahun tahun :)
Uwaaaaaarghhh! Tak sabaaar nya nak habis belajar nak jadi cikgu! hihihi
Kesimpulannya, jadi suri rumah sebenarnya best. Lagi best kalau bergaji. Mihmihmih.
.