Friday, September 30, 2011

#pengsan sambil #blushing


Pukul 8.22am, jalan laju laju sebab tak nak tertinggal bas. Kelas pukul 9am.
Sampai depan pagar aku nampak bas.

Fuuuuh, lega.

Tapi...
Bas dah penuh, tak ada seat. Kena berdiri.
Berdiri pun berdiri lah, asal sampai kelas.

Memang crowded aku pun berdiri betul betul sebelah driver.
Memang tak selesa. Tak tahu nak berpaut dekat mana.

Melihatkan ketidak senangan aku
Sorang jejaka Cina; Danny menegur aku,
'Hold on to something, or you can hold on to me' #senyum

Awhhhhhh sweeet gilaaaaa, caaaaair. 
#pengsan sambil #blushing

Terus jatuh cinta. Haha.



Saturday, September 17, 2011

Mohon seperti dulu (part II)


Bagi balik kawan aku weyhh.
Sejak kau dgn dia 'berkawan', aku rasa dia makin jauh dari aku.


Ini tak best. Langsung.


Hmphhh.
Ini lah dia, bila kawan kau dah ada boyfriend dan kau masih tak ada.


Thursday, September 15, 2011

Johnny English Reborn, Tyco's homecoming, McFlurry MILO, and Ireland's Potato


Sooooo, Taiko (baca: Nisa' Mohd Sargini) balik cuti Spring seminggu (!)
Yeaaay!

rindu gila kat makcik ni. So decided nak pergi mid hari ni dgn Ieda sekali. Kebetulan hari ni first day tayangan Johnny English Reborn.


Hahahaha, Sumpaaak lawaaak! Lawak dia, lawak selamba. 
Gelak mmg pecah panggung, pecah perut. HAHA!


Lalu dekat Tako Tao, 
'Taiko, aku serius tak pernah makan benda ni. Sedap sangat ke?'
'Aku baru je makan semalam, dgn Saiyidah. Sedap lahh. Kau nak? Aku belanja'

*maluu, ada orang nak belanja.

Chicken and cheese
Ini Japanese food tau. Sedap! :) Tapi dalam dia ada tiga bijik je. Kalau nak makan kenyang, pergi beli McD lah. Ni makanan ringan je.

Lupa, sebelum tu Taiko ada bagi souvenir dari Aussie. 
Postcard, a bag, 2 keychains and a perfume (!) 

Perfume (!)
Terharuuuuu weyhhhh!

Mariah Carey Lucious Pink!
Bau dia sweeeeet. Sedap :D



Singgah mekdi, nak rasa McFlurry MILO. Sedap lahh. Tapi aku prefer Chocolate Sundae lagi. Heee.


Bukan nak katalah, tapi hari ni memang hari merasa. haha. Sebab lepas makan Mekdi, jalan jalan sikit, Taiko cakap nak makan kentang dekat Ireland's Potato. 

Okeyy, ni first time aku makan. Sedaaap. Tapi satu mangkuk tu RM8.50 -__-'
Mahal la gak.
Gravy: Honey Mustard (Y)







Holiday is officially over



Dan bermula lah kehidupan baru di tahun ke dua.
Daftar masuk semula ke kolej kediaman SEMBILAN, Universiti Malaya.

Sekarang tinggal dekat blok Cempaka pulak. Dah tak duduk Worawari dah.
Frankly speaking, I missed Worawari. SOBS.
Even bilik tu macam gelap je, matahari pun tak ada. Nak sidai baju pun susah.
Tapi tak de monyet macam dekat blok Cempaka ni.
Haaaih.


Dah tu dapat pulak duduk tingkat tiga. Once dah sampai bilik, nak turun tuuu mmg payaaah lah -__-'


Macam biasa setiap sem pun ada masalah registeration. Haaaih.
Pening kepalaaa den.

Bas lambat.
Biasa lah tu.

Kelas banyak.
Biasa lah tu.

Lab banyak.
That's new.
5 okeyyyy lab sem ni.

Entry yang dah tiga empat hari draft,



Saturday, September 10, 2011

Nabila masih nama aku


Akhirnya, setelah hampir 2 minggu beraya. Baru semalam dapat beraya dgn member.
Itu pun 3 orang je.
Yang lain semua dah balik. SOBS.

Open House rumah Husna @ Taman Pesara, KKB

Atas dari kiri; Husna (tuan rumah), aku
Bawah dari kiri; Fatin Mira

Cikgu Fatin baru balik sekolah. kekkeke >.<

Tuan Rumah yang busy melayan tetamu ;)

Melayan kerenah + telatah budak kecik *mira* haha

Haaah, sampai tersedaak 

FYI, ni kawan kawan sejak zaman sekolah rendah :)
Ada laagi, tapi masing masing dah balik.


Sambil menulis entry ni, dalam otak aku ada lagi 3 orang lagi kawan sejak sekolah rendah dgn sekolah menengah yang aku rindu


Munirah
Hapisah

Sorang lagi Muna. Gambar tak ada dalam simpanan lah :( 
Gambar dia dekat FB private pulak 


Yang merindui,
Nabila 



Friday, September 9, 2011

Mohon seperti dahulu


Sooooo, I am now Windows 7's user. Yayy (?)


Previously aku guna Windows Vista.
Baru baru ni laptop aku rosak.
Bila on, dia suruh 'insert bootable device'

Apa kebenda aku pun tak tau.

Benda ni jadi masa balik kampung, time tu nak raya dah.
Sedih aku.

Balik tu, dah agak seminggu baru buat research apa kebenda 'bootable device' tu.

Macam macam jawapan ada. Antaranya

#1
'No bootable device means that your hard drive is not accessable.. it crashed... you have lost everything on it'


#2'No bootable device, means you got no devices on your computer that allows it to boot up, or start up, normally.'


Alahaai, sedih hati maaaak naaaaak. Bila baca statement #1 tu.
Habis. Habis semuaa.

Wallpaper comel tu. 


Dan semuaa lagu yg baru download yang tak sempat masuk hard disk lagi. 
Nak nangess.


Tapi apa boleh buat. 
Mee dah jadi bihun. 
Laksa dah jadi spaghetti

Lagi pun ayah dah susah susah hantar pergi kedai, supaya aku boleh bawak balik UM laptop ni dalam keadaan yang sihat.


Good news; sehari je dah siap perbaik
Bad news; it cost a lot. Period.




dan MYR 70++ untuk adapter yang rosak.




Habis duit raya aku.



Thursday, September 8, 2011

Enam peratus

6%


Pehhh HOT topic malam ni.


Prepaid akan dikenakan cukai. Serioussslyyyy lahh bro? WTF
Starting 15 September ni.


Pendapat aku;
SUNGGUH TAK PATUT.

beli RM10 tp kena tambah lagi 60sen. Apaaa celoooop weyhh.
60sen tu berhargaaa tauu tak
Kalau contoh aku, guna youth club Maxis, 60 sen = 60 SMS tauuuu takkkk = 5 minit bolehhh ckaaap wooooh.
Celcom Upax pun sama gaak. 

Rugi rugi.





APAAA CELOOOOOP?


Dear pihak berwajib,
Lu pikir laaaa sendiri
Assalamualaikum! 



Monday, September 5, 2011

Aku ingat Malaysia dah kena tawan dengan Jepun sekali lagi dah masa tu


Dalam dalam banyak banyak perkara perkara yang berlaku musim musim rayaaa ni. Aku paling tak suka dua benda.


1. Mercun

Setengah orang kata, 'Tak rayaa lah, tak ada mercun'

Badigol samdol sekalian,
Lu ingat lu sorang je ke duduk dalam taman perumahan tu?
Kalau lu duduk dalam hutan belantara, pendalaman Himalaya ke lu nak main mercun ke bom ke tak apalah.

Tak fikir anak orang nak tidur ke baaai?

Nanti lu kawin, lu ada ada anak kecik. Nak tidur.
Aku cucuh mercun baling dalam rumah kau baru kau boleh?

Fine lah, aku tak ada anak kecik pun. Tapi consider laaaa baaaai.
Dah tengah tengah malaaam, dah sunyi. Tok, nenek, mak menakan (baca: mak sedara) , pak menakan (baca: bapak sedara), anak buah bagai bagai nak tiduur baaai.
Siang dah penat melantak sebab raya,
Siang dah penat urus rumah sebab ada orang nak datang beraya
Orang nak tidur dgn tenaaang laaa waktu malaam tu.

Cikgu wa ajar dulu, malam malam bunyi akan jadi lebih clear, sbb malam sejuk, sound wave travel slower.
jadi bunyi akan jadi lebih kuat.


Ada satu malam tu, wa dengan family wa tengah syioooook tidoq, tiba ada malaun mana entah main mercun.

Kalau setakat mercun bunyi 'pop popp pop' tak apaa lah kann.
Ini bunyi macam bunyi Bomb.
Aku ingat Malaysia dah kena tawan dengan Jepun sekali lagi dah masa tu.
Dalam hati aku cakap, 'Aku tak naaak makaaaan ubi kayuuuuuu weyhhhh. Aku nak makan Nasi Tomato Ayam berempaaaaah weyhhhh'

Kali ketiga bunyi lagi aku macam nak keluar rumah jerit,

'Oy, BABI LAAAAAAAAAAAAAAH!'

*sebut babi tak haram, makan @ pegang babi baru betul haram


Aku panaaaaas hati betul laaaah.

'Nak main mercun boleh. Lu cucuh lu punya mercun, lu baling dalam rumah lu. Amacam?
Bunyi dia confirm lagi mahsyuk dari lu baling dekat padang sebelah rumah gua.'


Elok orang macam ni, lahir tahun perang dunia kedua.
Boleh lah jugak masuk tentera, pergi bom sama Jepun tak pun British, bom Komunis pun bagus gak.
Tak de lah Tanah Melayu di jajah.


2. Traffic 

Accident sikit je, tapi jam sampai dekat 5-6 kilometer. Biasalaaah, rakyat Malaysia kan prihatin.
Tolong tengok kan aje.

Kadang kadang, tak ada apa2 pun. Tapi tersangkut gaaak sampai setengah jam.
Masaaak masaaak.

Aku senang je, bukan aku yang drive pun kannn.
Tidur laaaa jawabnya.
Tak larat aku tersengguk sengguk.

'Sorry lerrr ayaaah. Tak dapat den nak nolongnyeeer'

Salah satu prinsip yang aku pegang,
'Tidur dapat mempercepatkan masa.'

Jadi utk mengisi masa luang yang ada di dalam kereta. Marilah tidur.



Satu lagi, yang ada kereta mahal mahal, motor besar.
Hamboiyhh. Berlagaaak mak aaaih.

Nak lajuuuu kauuuu je.
Ayah aku bayar tol jugak laaah, samdol.

'Asal kau nak lajuuu je? Sakit perut nak berak ke?'


Yang texting, yang guna telefon masa driving pun aku menyampah jugak.
Dah laaa kau tu tgh texting, duduk lane kanan. Kau duduk laaaa lane kiri.
Tak kacau hidup orang lain.




Yang dua ni aku paling tak suka.
Tapi kalau hulur duit raya, dapat makan yang tu aku cukup suka.
Muahahaha.


Selamat Hari Rayaa, 2011!

Maklong's new house @ Jitra (credit to Pakcik Wira Masputeh FotoVideo)