Sunday, March 3, 2013

Salah aku ke?


Ye aku sedar, aku tak dekat dengan korang.
Aku jarang makan dengan korang,  aku x pergi kelas sama sama korang.
Tak shopping, tak main bowling sama.

Tak bermakna korang boleh left out aku.
Aku sedih kot weh.

Aku maafkan korang, tapi still ada rasa sedih tu.
Aku tau korang terlupa.

Tiba tiba aku terfikir aku macam seolah seolah tak ada kawan kat sini. Kecuali Nadia


.

Mak lah idola saya


*in respond to Muli's blog post*

Mak aku bersara awal selepas 22 tahun kerja (1990-2012), duduk rumah and she's happy. Aku sendiri tanya 'Mak, best ke duduk rumah? Tak bosan ke? Hihi' 'Bosan apaa, lagi seronok, dapat pencen lagi'



Hrmm, betul jugak. Dapat gaji tapi tak buat pape. Syok ohh.

*kalau start bekerja tahun 1991 ke bawah, pencen awal dapat gaji. Kalau bekerja 1991 ke atas, pencen awal tak dapat gaji sampai lah umur dia 56 tahun*

Ayah aku yang request sbb nak pindah balik Kedah, aku tengok ayah aku macam berganda ganda bahagia *dari cara aku tengok perut ayah aku ke depan lah* haha. 
Sebab mintak masak apa saja mak aku boleh buat. Nak gulai giling, mak aku giling. Nak ikan rebus goreng, ikan rebus goreng siap. Ikan goreng garing lah, ayam potong kecik kecik lah -__-


Sebab mak aku bukan cikgu susah nak mintak tukar tempat kerja, kalau cikgu boleh mintak tukar sekolah.



Itu pun sebab ekonomi dah stabil, aku dgn adik aku dah habis sekolah apa semua, sbb tu mak aku boleh berhenti kerja. Kalau masa dierang mula kawin dulu perit jugaklah kalau ayah aku sorang kerja. 
Bukan tak boleh hidup, tapi semua kena cut cost lah.
Bukan nak kata sekarang hidup mewah, tapi hidup senang lah jugak. Nak makan apa, nak pakai apa semua boleh.

Kebetulan time mak berhenti kerja, maktok minah *nenek belah ayah* sakit, mak memang nak jaga. Tapi ajal maktok sampai awal. 

Lepas tu baru baru ni mak tok Ani pulak sakit, so as anak mak aku memang rasa bertanggungjawab untuk dia pulak jaga, bawak pi hospital, pegi check up segala bagai.


Lepas baca post Muli, aku memang ada terdetik nak duduk rumah je tak nak kerja. Tapi *InsyaAllah* kalau aku kerja pun aku jadi cikgu. Cikgu kerja separuh hari, boleh lah kot nak jaga rumah tangga lepas tu. 
Takut sehh tengok amah yang main 'lipat lipat' anak orang. hesyyy. serammm.

Lagi pun buat masa ni aku bukan ada komitmen dengan rumah tangga ke apa ke. So kerja lah dulu kalau dah dapat posting nanti *InsyaAllah* 

Buat masa ni aku tak plan nak jadi suri rumah sepenuh masa. Haha. 


Teringin nak kerja dulu. Rasa hasil selepas belajar bertahun tahun :) 
Uwaaaaaarghhh! Tak sabaaar nya nak habis belajar nak jadi cikgu! hihihi


Kesimpulannya, jadi suri rumah sebenarnya best. Lagi best kalau bergaji. Mihmihmih.



.

Saturday, March 2, 2013

Mak buat red velvet cake utk birthday adik. Birthday kaklong? :(

Went to Big Bad Wolf semalam (Friday) and I don't bought any books. Teringin nak tgk apa yang best sangat. Dan aku tak rasa ada apa apa yang best punn.

Nampak sangat I'm not a book lover definitely not a fan of reading.
Teruk kan?

Yeah. I know. *frown face*

Cuba tanya aku how many books or novel I've read past few years.
Err. Tak ada.

Buku apa je yang aku ada beli? Tak ada.

Kesimpulannya, jangan bagi aku hadiah buku time birthday nanti.
Sekian.

Haha.

Monday, February 11, 2013


'Asal tengok berita mesti 4 negeri je yg bermasalah, Kedah, Penang, Kelantan & Selangor. Mmg dah tade negeri lain rasanya dalam Malaysia ni.'

Bazli Cleverley (@bazlifaiq) tweeted at 1:40 PM on Mon, Feb 11, 2013

Betul. Aku setuJUJU dengan mamat ni. Sampai naik muak dah tengok berita, baca paper.

Macam laaaa negeri lain takde masalah. Kalau cakap pasal krisis pembalakan dekat Kedah. Pahang punya masalah pembalakan lagi teruk.

Isu air. Isu sampah.

Ahhh.  Sama je negeri lain pun ada jugaaak.

.

Wednesday, January 30, 2013

Runsing

Runsing macam mana nak angkut bakul naik bas. Nak kena kendong ke?


Hrmmmmmmmmm

Friday, December 28, 2012


Kasi aku ini lima bijik pun aku boleh habiskan sekali gus. 
Ni yang buatkan aku rasa nak lari pi Mid Valley beli benda ni je.

Aku pernah kot buat, pegi Mid Valley beli Roti Boy, masuk carrefour kejap. Dah. Balik.
Dua jam je.

Hahaha.

Mengidam punya pasal.
Mocha sedap, Buttermilk sedap, Original pun sodaaap.
Nasib baik dekat SP pun ada Roti Boy, takde lah ngidam kalau balik SP. 

Hehehehehehek


Tapi kalau nak buat macam tu, kena pi awal pagi. Balik sebelum tengah hari. 
Sebelum orang ramai tolong meriahkan Mid Valley tu, chow cecepat.


Dah biasa dahh buat macam tu. Hehehehehek.


Gambar curik. Maap.



//\/\/\/\/\/\/\\



Tuesday, December 25, 2012

Panjang


Bila aku tengok blog kawan kawan aku semua post panjang panjang, rasa jeles.
Lama tak tulis panjang panjang.
Dah tak reti nak tulis.





mungkin aku bolehh sebenarnya tulis panjang panjang.


Paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang paaaaaaaaaaannnnnjjjaaaaaaaaaaaannnnnnnggggggggggggggggg.



Sekian.


Sebelum 2012 berakhir