Wednesday, June 30, 2010

random #9



pernah terfikir soalan apa yang sukar dijawab oleh anggota 2PM?




soalan yang sukar dijawab adalah:

what are you(2PM members) doing at 2pm?


bobbo hagoshipso!


credit to tumblr

orang yang tak ada internet lagi susah



one word, sucks!



dulu pernah Encik Muli menulis mengenai ketidakpuasan hati nya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN). dan kali ini giliran aku pula.



pertama, kena beli no pin dekat BSN. tak kisah sangat, sbb kt KKB ni hampir semua bank ada. dan lagipun ayah yang beli.

kedua, daftar di http://epinjaman.ptptn.gov.my/. daaaaan di sini laah timbul masalah jiwa.
webpage yang sepatutnya di buka, tidak dapat dibuka. cuba punya cuba, lebih sepuluh kali cuba untuk mendaftar sebagai pengguna kali pertama. tak jugak dpat dapat.

oooo, rupa2nya aku dpt maklumat kena bukak browser Internet Eplorer 6 (IE) dan ke atas.

okey, fine. baiklah. cuba lagi.

dgn harapan setinggi Gunung Everest, aku cuba lagi.


keputusannya?

NEGATIF.
dank!

kata tadi guna BROWSER INTERNET EXPLORER ENAM DAN KE ATAS sekarang apacer? tak boleh jugaaak beb.

masa tu baru pukul 4.15pm. rasa2 orang belum punched card kaan?
dekat situ diberi talian HOTLINE : 03-2092 7788
mmg HOT. langsung x boleh lepas. enganged.

100 kali refresh pun website still kosong. apakaaaaaah?!


lalu aku cuba bertanya kepada member yg sudah selesai mengisi borang.

namun org lain yang respon dulu.



statement :

'dah daftar PTPTN? aku x boleh daftar dohw. web page die x boleh bukak. kau buat mcm mane?'



respon:
1. tak payah daftar, guna MAS je.
2. kawan aku kata mmg x boleh guna Firefox, kena guna IE
3. semalam aku pun tak boleh bukak, tapi aku pegi cc depan rumah aku tiba2 boleh! ajaib!

*aku tak suka respon nombor satu, sbb ianya respon yang menyakitkan hati.
utk pengetahuan, 'MAS= mak ayah support'. aku dah laaa tgh emo sbb tak boleh masuk webpage tu, lepas tu ditambah lagi dgn respon yang menyakitkan hati buat aku geram dan menyampah.

boleh fikir logik tak sebelum komen. kalau mak ayah aku boleh support sepenuhnyaaaa tak payah laaa aku pening kepala, sakit jiwa, sakit hati nak isi borang YANG HANYA BOLEH DIISI DIATAS TALIAN SAHAJA. *faham faham bila aku dah guna CAPS tu*


nak mintak orang tolong isi pun, susah gak. ada banyak hal ehwal yg hendak di isi.


kenapa kena guna IE? gila kuno.
kenapa tak boleh load? UPU punya okey je. mantap && terbaik.
kenapa date line hari ni *30/6? ade dateline ke? x tau pulak.
kenapa server anda lembab? ade org kata PTPTN miskin

rupa2nya bukan aku seorang yang mengalami masalah ini. hanya setakat yang aku tahu, hanya 2 org sahaja yang mampu mengisi dgn jayanya. yang lain, stuck sama seperti aku.




dan utk kesekian kalinya mencuba dan masih tidak berjaya. aku fed up dan putus asa
'and yes, PTPTN's webpage still sucks && the Operator too. pick up the phone laaah!'



boleh saya tanya sesuatu?

tak ada cara lainkah untuk apply mende alah ni? cara oldskool mungkin lebih berkesan isi guna borang dan pos.
sbb sepatutnya isi secara online memudahkan kerja. bukannya menyusahkan.

dan, come on laaaaah, tak still guna Internet Explorer kott?




Monday, June 28, 2010

untuk di ikuti atau tidak di ikuti



punyai blog bukan utk punyai sejuta pengikut.
punyai blog hanya utk kepuasan hati.

punyai blog bukan utk punyai sejuta pengikut; salah niat.


saya jadi pengikut anda, bila saya rasa blog anda seronok utk diikuti.
jika tidak seronok, saya tidak ikut.

terima kasih.


we ------ Muslim follow Allah.
we, obey Allah.

Your heart is still waiting for me, say no!


correction : My heart is still waiting for you, say yes.


saya pergi OU semalam, dgn harapan dpt jumpa B2ST jugak. actually, kebetulan je pun maksu nak bwk pegi OU.

saya call Nisa' Mohd, tanya 'B2ST dekt OU ke hari ni ?'
cik Nisa' Mohd kata 'ha'aaah, tp kena kena tunggu pukul 5 utk fan meeting'

tgk jam, pukul 12.52pm.

haaih, tak ada peluang lah nampak nya.


tengah jalan nak keluar ke tempat kereta. lagu 'Say No ---- B2ST' dimainkan.
ceyt.kentutberapikambinggurunbetul.

Saturday, June 26, 2010

Hush, keep quiet, hear me say



jauh bau bunga, dekat bau tahi.


aku rasa emak rindu kan adik. ayah juga. aku? sikit lah.
haha. okey, tipu. rindu laah jugakk ;)

ayah selalu tunggu SMS adik.
emak selalu tanya, adik dah call ke?

tu lahh, kalau ada dekat selalu gaduh. bila berjauhan baru tau.


rasa lain macam keluar makan 3 org je.
rasa lain macam makan Secret Recipe dgn emak je.
sebb selalu ade adik sekali.

agaknya macam mana keadaan, bila dierang makan tiga orang je?
tanpa aku.


FYI: adik pegi camping dekat Sik, Kedah.




__________________



liyana fizi tu dulu yg kumpulan Estrella tu eh? die comel kott.

Friday, June 25, 2010

cik cantik manis yg kacak



saya rasa dia kawan perempuan saya yg kacak.

hari ni hari jadi kawan saya, nama dia Nurul Hazirah. dia kata dia kawan saya && juga peminat saya. betul tak tipu. dia mmg peminat saya. dia yang cakap arhh. bukan saya tau.

kalau dulu masa beratur ambik kunci bilik, kami beratur sama2. confirm! kami roommate. tapi, entah. tak terfikir masa tu nak jadi roommate. tak ada jodoh kott. jodoh saya lagi kuat dgn Cik Fatehah.

selalunya kami mmg geng bab2 membahan org dan memangkah org. HAHAHA. dan cik Hazirah seorang yg otaknya geliga. idea tak pernah kering. kadang2 rasa malu pulak gelak sorang2 depan laptop. tapi peduli hape kan? lantak lah.

kalau kita masih kat PASUM confirm. dan yakin pasti, saudari akan dicampak didalam tasik. rugi laaaah.

tak pe, saudari masih dekat UM kaan? tasik UM macam lagi bessst je. hrmmmm.


apa pun, selamat hari jadi laaah.

terima kasih sbb jadik kawan
yg boleh aku tumpang tidur masa roomate kau x de,
yg boleh aku ajak gosip,
yg boleh aku call ckp merepek2 sbb free,
yg boleh aku CINTAI
*tipu je eh, hehehe*,
yg boleh aku mengadu masalh,
yg boleh dgr cerita tak best aku,
yg boleh aku pinjam sabun mandi time sabun mandi aku kena curik,
yg kasi aku pinjam kasut utk pergi dinner,
yg selalu datang lepak bilik aku
yg pakai shawl dgn cunnya
yg suka warna purple

weyh, jom tgk wayang nt! hahaa :DD







kacak kan?

Thursday, June 24, 2010

S.O.S ---- Send Out Someone (help me)




emak cakap kalau aku terus macam ni ----- internet 24/7

"bai bai laaah, UM kamu tu"


aku diam. sedang berfikir. bila aku mahu berhenti. bila aku mahu slow down. sekarang cuti mmg lah. lepas ni? macam mana? dpt ke aku slow down?

aku di tahap ketagihan melampau. nak tolong sendiri pun tak mampu. nak mintak tolong pun aku tak tau la ade org boleh tolong ke?

sampai ade member tanya. kau tak bosan ke FB 24/7?

aku jawab 'tak, aku ada byk alternative' *sambil HAHA.




Help me ~

Wednesday, June 23, 2010

kemusykilan besar : WC



mcam mana korang boleh kata pemain bola tu handsome?
aku tak nampak muka pun time dierang sibuk berlari dekat padang. laju sangat kott x dapat nak tgk muka pon.


macam mana korang tgk WC dgn gembira?
aku sakit telinga dgr bunyi yg macam lebah tu.
*baru tahu semalam nama menda alah tu vuvuzela


macam mana korang larat tunggu game tamat?
sedangkan nak tunggu bola gol sikit punya lama. dan bosan. orang tgk bola nak tgk gol je. baik tgk highlight je, lagi best. kejap kejap,gol. HAHAHA


macam mana korang boleh tidur kemudian bangun balik semata mata nak tgk bola?
aku tak dapat arh. jam loceng pun belum tentu lagi weyh.


macam mana rasa nak rasa happy bila bola GOL! ?
aku teringin nak rasa.


macam mana korang pilih pasukan favourite?
aku tak ada pasukan favourite. South Korea bukan pasukan favourite. itu sebb aku ikut adik aku. yang pasti die bukan sokong korea sebab pemain nya. faham faham lah ye.


macam mana korang tahu pasukan tu terel ke tak main bola?
hrmmmm.


macam mana rasa tgk bola dekat mamak?
kena spend duet kat situ sikit eh?

Tuesday, June 22, 2010

pakai baju uniform putih, ingat kan hati murni



cik ngeng ngeng memberi pesanan:

1. klu k0 jmpe ad s0runk nurse india ati2 ckit aw.. mulut die cam nk kne sel0tep jer ngn ak smlm.. huhuhu.. gudluck eh

2. klu k0 nmpk,, 0wg gler tuh pkai s0ngk0k,, pastuh ad kain pak arab petak2 kat leher dye.. k0 duk ja02 aw..

3. wat appmnt b4 pkul 4 stgh, klu ta nnt dye tama0 lyn..

translate

1. kalau kau jumap ada sorang nurse india, hati hati sikit tau.. mulut die macam nak kena selotep je dgn aku semalam.. huhuhu.. goodluck eh

2. kalau kau nampak, orang gila pakai songkok, lepas tu ada kain pak arab petak2 dekat leher dia.. kau duduk jauh jauh tau.

3. buat appointment before 4 setengah, kalau tak nanti die tak mau layan



saya datang pukul 2.45. saya datang nak buat appointment. bukan nak buat medical check up. dan saya rasa masa tu tak ramai orang pun. saya ikut prosedur. ambil nombor giliran dan tunggu. saya tunggu, dan tunggu. dan tunggu.

nombor yg ada di screen, kekal. tidak naik naik.

saya tunggu lagi, bila giliran saya mahu sampai.

dan sabar yang menggunung tadi kian merudum. saya ketuk pintu bagi salam. tak ada orang menyahut. mereka tak dgr kott. x pe lah, tunggu kejap lagi, kejap lagi dia panggil kot. hrrmmph.

harapan meleset sama sekali. nombor yg tadi, masih kekal. nampk org keluar masuk bilik tu sesuka hati. tak guna nombor pon.

aiik, pelik jugak. saya pun pergi mencuba nasib. ketuk, bg salam. dan terus masuk.

ada seorang nurse dekat dalam bilik dgn seorang pelajar sedang buat meds check up jugak.


'assalamualaikum nurse, saya nak buat medical check up ni. nak buat appointment boleh?'

'appointment apa pulak, dah penuh xboleh buat dah. budak budak ni bukan nak dtg awal awal, dah suntuk baru nak datang, org sibuk ni. banyak lagi kerja nak buat' nada membebel, marah marah.

aiik, kite ni sikit punya baik kasi salam, tanya elok elok. boleh pulak cakap macam tu? tiba tiba nak marah marah. apehal weyh.

'awak nak masuk mana neyh?'

'UM'

dgn rasa tak best, rasa macm nak balik terus je. malas nak layan makcik tu.

*makcik tuh bebel lagi, ntah ape butir butir. tak pasti*

'nah awak amek borang ni, isi sampai sini. lepas tu pegi bayar, X-ray, urine test, dtg sini balik, pastu jumpa doktor'

aiik, aku pelik lagi. kata dah penuh. boleh pulak dapat buat terus hari ni. pelik pelik.

'awak buat cepat cepat, sebelum pukul 4 kene siapkan semua. kalau tak saya tak nak layan'

*bebel bebel lagi*

angguk je lah. dan senyum. sikit pun tak buat muka meluat dan menyampah. entah, tiba2 rasa hati ni masih banyak sabarnya. lagi pun, sebelum datang tadi mmg dah prepare fizikal dan mental. mak dah pesan, mak cik tuh songeh nye banyak. sabar je lah.

tgk jam. dah pukul 3.30pm. sempat ke? hati sendiri berdetik.

'aah, buat je lah mana yg sempat'

1. bayar RM 20

2. X-ray *uurghhhh, x suka!



'3.50pm dah ni, sempat ke eh?'

rasa2 macam tak sempat, saya terus menghubungi ayahanda tercinta. suruh datang ambil di hospital. saya sorang2 dekat hospital.

ingat mmg dah nak balik. esok dtg balik. pegi jumpa mak cik tadi. die suruh habis kan jugak, sementara sempat.

text dekat ayah
'tunggu kt bilik 8, die suruh habeskan'



3. urine test *tunggu result dlam 5 minit.

4. jumpa makcik tu balik. *haaaih

cek mata, ambil BP (blood pressure), timbang berat, tinggi
*die buat semua benda tu sambil membebel lagi =='

'dah tauu nak pegi apesal lambat buat appointment. tgk kan dah lambat. dah pukul 4 neyh, aku nak balik pun susah. korang ni x habis2 menyusahkan aku yada yada yada'

ambil no untuk jumpa doktor. tunggu lagi. dekat 15 minit lagi.

jumpa doktor. doktor tgk borang. tgk X ray. cop dan sign. siap.


agak was was, saya tanya nurse India kat situ
'dah siap? boleh balik?'

'dah siaap, boleh balik x de masalah' dgn nada yg amat menyenangkan hati berbanding makcik tadi tuh.



legaa dah sikit. medical check up saya siap dalam sehari. w.pun terpaksa menadah telinga menerima bebelan.

kesian cik ngeng ngeng, beliau punya belom siap. w/pun dia buat awal dari saya.

lepas ni siapa nak buat medical check up dekat HOSPITAL KUALA KUBU BHARU sila siapkan diri dari segi mental dan fizikal. jgn cepat emosi. rilek sudaa.


saya cerita lah hal di hospital dgn emak.
ini point yg emak keluarkan

1. mak cik tu mmg macam tu. kita tak buat salah pun. tapi dekat mata dia, semuaaaaa pun salah.
2. kalau dah tak suka buat kerja tu, tok sah keja. berenti keja. senang. orang pun tak meluat.
3. tak ada orang komplen pasal dia ka?


buat pengetahuan semua. ini kali ke EMPAT medical check up saya. dan worst.
pertama, masa masuk SEMASHUR,
kedua PLKN,
ketiga PASUM
dan ini yg keempat.
sebelum ni okey je. ikut prosedur. x de la marah marah sangat.

agak nye die dah bosan kott.



lagi satu, kalau staff kerajaan, boleh balik pukul 4 ke? bukan kalau ikut pekeliling JPA kena punched card pukul 5 laaah. ikut suka hati je.


saya tgk doktor yg dekat Jabatan Pesakit Luar tuh, ramai lagi patient nak kena rawat tauu. masa tu dah 4.15pm. patient ada lagi 50 org. dierang x bising pon kalau kena balik lewat.



tak silap, tahun lepas pun makcik yg sama. dan masa ayah pegi Haji dulu pun kena dkat makcik tu jugak. dan ayah pun kena marah marah jugak.



Monday, June 21, 2010

tweet deck!



sorry kalau aku nampak jakun sikit pasal menatang ni. haha.

tapi mende alah ni mmg satu pakej yg hebat! sangat efficient (setakat ni) cepat, dan smart.
boleh tweet, hantar status dekat fb. boleh tgk fb news feed, boleh komen dan like dekat situ terus, notification yg pantas.

banyak lah lagi! yg penting tweet deck ni mantap.

dan dapat mengatasi masalah over capacity dekat twitter homepage yang buat aku selalu rasa nak mengamuk.


they call it STUPID WHALE



ini application utk computer. bukan utk smart phone je. desktop pun boleh


download di sini | tweetdeck (desktop)
selamat mencuba!

tak guna ada tweet deck kalau tak ada akaun twitter!
so, create one!



ini rupa tweetdeck aku :)



come and join me at twitter!
we tweet almost anything and everything!
so lets tweet!


tweet deck yang cool!