Monday, May 10, 2010

formspring #15


Q: camane nak jadi comel mcm dayah?


just smile and wave.

'penguin in the madagascar part 1'



only question will be answered.


Sunday, May 9, 2010

banyak songeh



ini HANYA pendapat saya seorang.
orang lain saya tidak tahu.


bila ianya bercakap tentang blog. ia adalah hak persendirian.
jadi, terpulang lah kepada individu individu tersebut, bagaimana beliau ingin mempersembahkan blog mereka.
betul bukan?

semua orang ada citarasa sendiri. sama juga saya.
dan ini contoh blog yg saya kurang gemar baca


1. blog yg letak autoplayed songs

bila buka je halaman blog tersebut lagu lagu akan berkumandang.
arghh. mengganggu.

sbb ianya akan interfere dgn lagu yg saya sedang mainkan dekat music player saya.
tetapi, kalau saya nak baca jugak blog tersebut, cuba teka apa saya dan cik cantik manis buat?

nak tauu?



kami akan mute-kan suara.
dan baca dgn senang hati :)

atau paling teruk punnn, kami akan cari butang selalunya berwarna merah dekat atas corner kanan dan klik.

aaah, lega.



2. blog yg suka letak kisah kisah kasih sayang mereka yg sedang hangat bercinta dgn ayat ayat sedia jiwang.

terima kasih. sbb saya akan terus cari butang yg sama dan klik.


entah2 ayat ayat yg ditulis pun di copy paste dari mana mana entah.
dan gambar gambar yg menggelikan.
blerghh :U
nak muntah sekarang jugak.

no offence ya.
sbb readers ada hak utk memilih.




3. blog yg menggunakan short form terlampau

sampai tak dapat difahami. seolah olah mereka ada bahasa mereka sendiri.
maaf juga saya tidak akan baca.


semua masalah ada penyelesaiannya.
jgn runsing runsing.
terus sahaja tekan butang
senang bukan?




tetapi jangan risau. kepada blog2 yg telah saya follow,
saya akan baca sebagaimana anda tulis
:)





tetapi seperti apa yg telah saya nyatakn diatas. blog adalah hak individu.
terpulang kepada anda utk mempersembahkan blog anda.



jika saya kurang gemar blog anda, ada lagi ramai yg mungkin sukakan blog anda.
cheers! n_________n




.........................................................

status :

saya tidak dilamun mabuk cinta. tapi satu saja : SAYA CINTA EMAK SAYA | selamat hari ibu
!

pssst, semalam dah kasi kek. hhahhaaha :))

.........................................................





gambar diambil dari tumblr.com ^^


Saturday, May 8, 2010

tolong laaaa tukar seluar





sreek srok srek srok

aaarghh, annoying gila!
di atas merupakan bunyi seluar track yg di perbuat daripada material yg seperti plastik


adik ketawa.
dan lantas menghentak kaki dgn laju depan aku.
macam yg anda boleh tgk ketika kawad kaki pengakap peringkat sekolah rendah.


dan aku ketawa sambil menutup telinga.
'dah laaa tuhh, apesal seluar tu bunyi tak boleh belaah?'

adik meneruskan aksi tak-tahan-aku-nak-tergelak-golek-golek
'tak pe laaaaaa, nanti kalau hilang dalam hutan, buat macam ni cikgu boleh pergi cari dgn senang'

'ape2 laaa adekkk'
=='

lalu dia meneruskan perjalan ke depan rumah utk meletakkan barang barang dia utk ke camping.
owh, adik aku camping 3 hari 2 malam somewhere dekat bentong. (kott)

tiga empat kali jugak laaah dia mengangkut barang barang. dan aku mmg tak tahan dengar bunyi seluar dia.

'adekkkkk! bila nak siap neyh?'
'tak larat dengar bunyi tuh'

diam.

dan adik lalu sambil mengengkangkan kakinya.
kengkang kengkang mengangkut barang.


BHAAAAAAAAHAHHAHA
aku ketawa lagi.



Friday, May 7, 2010

dua hari




benar, org kata.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
jadi ini sedikit tips bagaimana mahu bertutur agar tidak terlajak kata.



1. fikir dahulu sebelum bertutur.

pastikan anda kaji dahulu siapa yg anda sedang bercakap dengan. terutamanya jika beliau lagi tua dari anda. sila hormat. jgn kurang ajar.

walaupun mungkin fakta yg anda berikan itu benar. jangan tunjuk pandai. kerana mereka yg menyekolahkan anda. mereka makan garam lagi byk dari anda.


2. kawal nada suara

mungkin anda mahu mengekspreskan yg anda betul dgn cara anda sendiri. tp sila ingat. mereka bukan kawan anda.

jika nak bercakap dgn kawan juga ada caranya.
sama juga jika anda mahu bercakap dgn mereka.


3. jgn bercakap penuh emosi

emosi di sini, bermaksud penuh kemarahan. kerana sbb2 yg saya nyatakan tadi. anda sedang bercakap dgn beliau yg mana, beliau merupakanseorang yg lagi tua dari anda dan sudah lama makan garam daripada anda.

anda akan menyesal.

cuba kawal.

walaupun anda sememangnya sedang menghadapi bad day di sebabkan rembesan hormon yg dtg saban bulan.




jika anda terlupa utk membaca satu, dua dan tiga di atas.
dan telah membuat mereka marah, kecil hati dan merajuk.

ya, mereka juga merajuk. jika anda fikir anda sahaja boleh merajuk. fikir semula. they are humans too.

tapi rajuknya tak akan lama jika anda ambil langkah seterusnya.
harap harap lah.




4. terus minta maaf

siapa pun akan marah jika seseorang bersikap kurang ajar dan berlagak pandai dengannya, dan bercakap secara kurang ajar dan tidak fikir akan apa yang dituturnya.

jika anda pernah berbuat demikian, fikir semula. fikirkan yg anda berada di tempat beliau.
fikirkan apa yang anda akan rasa.

jadi minta maaf dalam keadaan yg segera. dan ikhlas. ini penting.

anda diingat kan agar tidak berharap yg beliau akan memaafkan anda secepat itu.
jadi biar perasan beliau reda dahulu. biar beliau settlekan hati beliau.

dan minta maaf sekali lagi.

jika beliau masih lagi belum cool. ulang semula perkara diatas.



sampai bila?
soalan yang bagus

sampai beliau sudah bersedia memaaafkan.
susun tutur kata sehingga beliau nmpk keikhlasannya.








................................................................................

nota:
disebabkan saya terlupa nak baca tips 1,2 dan 3.
saya runsing 2 hari. jiwa kacau.
nak duduk dalam rumah sendiri pun takut.


................................................................................



Tuesday, May 4, 2010

chef dayah



sudah pukul 12.15pm.
aku bangun dari tempat bertapa, menuju ke dapur.
aku ambil periuk nasi, isi 3/4 pot beras.
basuh 3 kali sambil selawat ke atas nabi Muhammad SAW junjungan besar.
isi air secukupnya, lalu aku letak di dalam rice cooker.
aku tutup periuk nasi dan suis ditekan.


kemudian, aku ambil 4 ekor ikan kembung kecil
sedikit garam dan kunyit ditabur.
aku goreng dlm minyak yg panas.
kemudian sambal tumis disiapkan dan dicurahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi.

teringat emak suruh buat sup kundur.
lalu bwg putih di cekau. di chop halus halus.
dan buah kundur di belah 4, di hiris x berapa halus.
ambil periuk, panas kan minyak, tumis bawang putih.
satu cawan air dituang.
garam dan perencah 'secukup rasa' di letak secukup rasa.
dan kundur diletakkan selepas air tadi mendidih.
kacau kacau.



teringat.
kena buang kulit dulu ke tak ye?

api diperlahankan, handphone di capai
nombor emak di dail.

'mak, kaklong tgh buat sup kundur. tp nak tanye, kena buang kulit dulu ke tak payah?'
'buang dulu kulit'
'hah? ye ker?'
'dah masak dah kot'
'nak buat mcm mana, kamu dah letak dulu. bukan nak tanya mak tadi'
'hehheee, lupa lah. rasa mcm tak payah kupas'
'terpaksa la makan mcam buah tembikai'


erk =='

.fail.

satu persoalan




sedang di dalam perjalanan. aku terlihat signboard bahu jalan sebelah kiri.
aku diam.

dalam hati berkata
'jalan baru turap lah'

tak sampai 100meter, kembali semula ke jalan asal yg tidak berturap.
'masalah kewangan kot. tapi nak jugak buat'

tiba2, ayah bersuara
'buat jalan berturap pun nak kena bg tahu ke siapa yg buat. dah mmg tanggungjawab pihak berkenaan lah buat jalan. itu pun perlu ke nak letak signboard'

sambil menggelengkan kepala, dia memandu kereta penuh cermat.

ayah berkata lagi.
'tapi tak boleh salahkn pihak tersebut juga. sbb pihak yg lagi satu pun sama. pihak yg satu lagi memulakan dulu, dan mereka juga mahu tunjukkan apa yg mereka telah buat utk masyarakat. sbb kebiasaannya, pihak yg satu lagi akan menaikkan papan tanda besar, lagi gah mahu menunjukkan keprihatinan mereka kepada rakyat. buat sekolah, klinik, baik pulih infrastruktur. sepatutnya x perlu nak bg tahu, sbb itu sememangnya tanggungjawab mereka utk kepentingan rakyat. kalau tak mahu bertanggungjawab, jangan memerintah. senang.'

'habis tu, mcm mana dgn ibu bapa yg membesarkan anak2 mereka?
bagaimana dgn guru2 yg berhempas pulas mendidik anak murid mereka?
perlukah anak2 mereka memakai name tag bertulis 'ibu bapa saya yg membesarkan saya'?
perlukah guru2 tersebut menaikkan papan tanda 'kami yang mendidik anak2 puan puan dan tuan tuan'?

tak perlu bukan?
kerana dah sememangnya, tanggungjawab seorang ibu dan bapa membesarkan anak mereka. dan tanggungjawab seorang guru mendidik anak murid mereka.'


aku mengiyakan apa yg ayah ckp. emak cuba menambah sesuatu, tetapi aku lupa apa yg mak cuba bangkitkan. adik khusyuk mendengar lagu dgn headphone di telinga.




aaah, ini semua permainan politik. mahu memancing undi rakyat.
sesudah pilihanraya kecil. semua pun kembali ke asal.

kuala kubu bharu, aman semula. lengang. seperti tiada pernah berlaku apa2.





aku terbayang lagi... aku sedang memakai name tag tersebut.
patutkah aku bangga atau patutkah aku malu?




nota: perbualan diantara kami, tidak mungkin se'skema' ini.




formspring #14


Q: dayah kenape org pggl awak diba?:P


dah lama x dgr org panggil diba.


hrmmm, alkisah bermula masa saya f4.
disebabkan saya pelajar baru. dan baru jugak tukar kelas, cikgu2 tak kenal kami.

nak di jadikan cerita, saya tertidur waktu agama. ustaz popo sedang mengajar.
waktu tuh, saya duduk dekt belakng sekali.

tiba2.
'dibah, dibah yg kt belakang tuh, bangun'

dan semua anak mata memandang ke belakang.
disertai gelak tawa yg berdekah dekah.

aku terdiam, termalu.
muka bertukar merah sebentar.



ini soalan dari ashwan. HAHHAA :))



only question will be answered.


Monday, May 3, 2010

mengimbau




tengok adik study utk spm.
teringat zaman aku dulu dulu.


adik aku belajar dekat rumah, maksud aku, dia x duduk asrama.
sekolah harian

kalau nak study
ikut suka nak meniarap ke, dgr lagu ke
nak stay up atau tak mau stay up
ikut suka hati.

kalau rasa letih, nak tidur awal
boleh jugak berbuat demikian.

mcam hari ni, pukul 10.30pm semua dah masuk tidur

seronok owh.


tak ada org nak paksa pergi kelas prep
tak ada org pressure suruh cepat
study pun boleh sorang sorang

bukan aku x suka study ramai2,
tp kadang2 perlu jugak belajar sorang2
mcm bio, sejarah yg perlu membaca lah.

apa2 pon, semashur tetap kenangan terindah yg aku akan kenang sampai bila bila :'D



good luck in your SPM adik !
kaklong dah lepas dahh.






bila tgk semua dah masuk tidur, teringat lagi.
aku tak pernah tidur awal, sejak aku masuk semashur.



Saturday, May 1, 2010

ice-cream sedap ^^




maaf dan terima kasih ;)

maaf kerana buat tuduhan melulu.
terima kasih utk semua nya !


hahhaa


saya sayang kucing saya




hey budak.
apa masalah kau sbnrnya?

tak boleh tgk org lain hidup senang ke?
kau igt kucing tuh tak ada perasan ke?

dia tahu laah apa tu sakit, apa tu terseksa.

kucing tu tak pernah pun kacau kau kan?
walau lapar sekali pun, tak pernah dia nak curi makanan kau kan?

yang kau nak buli kucing tu kenapa?


apa semua aku cakap betul kan?

kau nak aku ikat kau pulak, macam kau buat kt kucing tuh?
biar kau rasa separuh mati pun aku x nak lepaskn kau.
biar aku pula jadi kejam.
sbb kau kejam kan?

dasar pembuli.

huh.