Sunday, January 27, 2019

2019

kalau korang pembaca setia blog aku, aku mula blogging sejak zaman habis SPM.. dalam tahun 2008
aku rajin post entry

kadang kadang ada sehari tu lebih dari satu entry

pendek je selalu aku tulis
tapi bila baca balik post2 dulu.

alhamdulillahh..


lega

lega aku tak tulis merepek-repek
lega aku tak pernah post pasal boyfriend, which is tak pernah ada pun /sad/
lega aku tak guna bahasa wicet

Thursday, July 10, 2014

Saya ada bestfriend.
Ala orang lain pun ada.
So?

Tak tak, saya punya special. Sbb bestfriend saya mak saya /insert cool emoji/

Mak, sudi tak jadi bestfriend saya?


Love you,
Kaklong

Saturday, June 8, 2013

Tengah tengah malam lapar. Singgah mamak.

Aku order roti tisu.
Lepas tu tolong orderkan half boil egg

'Roti bakar dengan telur separuh masak ada?'
'Ada. Ada.'

/roti dan telur pun sampai/

'Eh saya nak satu je telur'
'Satu set dua biji telur. Satu mana kenyang.'

Mula mula innocent, aku okeykan aje lah.

Tiba tiba teringat.
Dalam hati aku nak gelak guling guling dah.

.

Tuesday, March 19, 2013



Baru baru ni maktok dok kata dia tak berapa dengaq, bukan takat tak berapa memang tak dengaq lah senang cerita.


Dia kata macam dengar berdengung je dalam telinga.

Pergi hospital apa segala, cucuk buang sinus lah apa lah.
Last sekali ikhtiar nak buat hearing aid.

Dalam sebulan dua siaplah katanya.

Mak/ Maktok
'Ni mak tau dakk, chaq pun kata dia pi hospital jugak. Dia kata dia pun tak dengaq.'
'Laaaaa ya kaaaa? Pakat dok berlawan sapa jadi pekak masing masing'



Tok chaq tu kembar maktok.

Hahaha.

Bukan nak tergelak kenapa, sebab dua dua pun ada penyakit sama. Padahal rumah lain lain, duduk bukan dekat dekat, tapi dalam time frame yang sama, dua dua tak berapa boleh dengaq.

Haha.


Pernah dulu maktok cerita, dia pi beli kain. Nak buat baju. Dah siap baju tu dia pun pakai pi kenduri.
Dekat kenduri dia jumpa lah Tokchaq.
Cuba teka Tokchaq pakai baju apa?


Tepat sekali!
Baju yang sama sebijik warna dengan corak dia.
Hahaha.
Taste pun sama, padahal bukan pi beli sekali punn.


.

Sunday, March 17, 2013



Aku tak tahu kata Sushi King ni sedaaapp oiiiii. Tapi sedap gile ahh.
Tak tau lah kann, sebab aku lapar ke sebab memang sedap. Hahaha.
Tapi memang kena lahh dengan tekak melayu aku ni.


Ni first time masuk kedai sushi. Kalau tak dok beli kat Jusco @ TESCO tu je. Haha.


Itu pun ajak orang yang selalu masuk, sbb tak reti.

'Ala Dayahhh, bukan susah. Amekkk je, masuk mulut.'
'Urghhhhfffjasdl, Korang tak faaaahhhaaaammm. Aku tak retiiiii'

Aku order bento, sebab lapar gilaaaa. Aku rasa sushi saja tak cukup, sbb tu order bento. Tapi sushi pun aku telaaannn jugakk. Hahaha.




Tengok balik gambar ni pun rasa lapar balik. Yang aku kagum tu bukan apa, makan dekat kedai sushi kena guna chopstick. Aku ni bukan reti punn. Tapi lapar punya pasal, yang tak reti pun jadi reti.

Licin nasik. HAHAHA.


Saturday, March 16, 2013

Haha. Kaklong pun dapat red velvet



'Untung laaa balik, boleh celebrate birthday dekat rumah'
'Takde untung nyaaa, sama je. Family kiterang bukan jenis celebrate birthday. Haha. Dulu kecik kecik iye lah sambut :)'

Definisi 'sambut' bagi aku ialah, kena ada kek, kena tiup lilin, kena ada bagi hadiah, kena wish birthday. 
We don't usually have that, bagi family aku its not a MUST. 

Ayah cakap kita tak perlu sambut sambut ni. Bagi ayah kalau setakat nak makan makan, anytime boleh. Cakap je nak makan apa. Haha. 
Tu yang jadi macam ni tuuuu.


Ayah memang tak suka benda benda materialistik macam ni. Sebab sepanjang dia membesar dulu memang tak de celebrate celebrate ni. Bagi ayah birthday is just a date, bukan apa apa pun. Seingat aku ayah memang tak pernah pun bagi hadiah birthday. 
Haha. 
Tak pernah kisah pun dapat hadiah ke tak, sebab dah macam macam dah ayah kasi. Tak ternilai kalau nak kira.
Thank you ayah!


Tapi tahun ni ada lain sikit. Mak buat kek! Hahaha.*orang pencen, senang hati tak ada apa nak buat hehe* 
Ini satu pencapaian! Mak memang fobia buat kek.
Tak pernah (since ever) mak bake cake untuk birthday!
Red velvet pulak tu. 
Thank you emak!








Friday, March 8, 2013




Dekat library ni. Teman kawan kita ni haa.
Dia tak pernah pinjam buku.

Haha.



Tak apa. Sebelum hbis belajar boleh lah, belajar pinjam buku dekat library UM tercinta ni.

Hey, bayar mahal tau setiap sem.


Dia kata dia tak pernah rasa bodoh macam ni lepas masuk kelas. Jadi dengan meminjam buku mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.
Kot.

InsyaAllah.

Alang alang tu boleh lah saya pun pinjam buku. Sebab saya kan tak berapa suka membaca, jadi mungkin perlu dipupuk sikit. Err.



Monday, March 4, 2013

Bila boleh dapat ni? Tahun ni boleh?

Ini betul betul. Bukan cobaan.


'Dayah, aku ada satu soalan. Aku nak kau jawab.'
'Soalan apa?'

'Kau nak orang terima kau seadanya ke, kau nak kurus sebelum cari someone?'

..... Hrmm
Jujur aku cakap aku tak pernah terfikir pun.

Aku jawab, 'Kalau boleh aku orang terima aku seadanya. Mungkin bila dah ada someone, dia akan drive aku utk kurus? Mungkin aku lebih bermotivasi.'

'Tapi kalau dah tak ada sangat, aku kena kurus dulu lah kot.'

'Kenapa tak nak start kuruskan badan sekarang?'
'Bukan tak nak, tapi entah. Aku ni kurang motivasi sikit. Hmm.'

'Lagi pun aku selesa dengan hidup aku sekarang. Bukan maksud aku selesa jadi gemuk. Macam mana nak cakap eh, maksud aku aku gembira je tak ada someone special, aku happy dengan kawan aku, family aku. Cukuplah.'

Bertuah laaahh hoi, orang nak makwe gemuk.

.